Cipta Kelainan, AEON Fashion Preview 2022 Tampil Elemen Fesyen Berpakaian Untuk Kepuasan Individu

Setiap kali menghadiri majlis pelancaran fesyen atau fashion show, kebiasaannya pentas peragaan atau runway menjadi pilihan untuk memperagakan sesuatu fesyen.

Berbeza dengan acara AEON Fashion Preview 2022 (AFP2022), acara yang diadakan tiga kali setahun ini memilih lokasi tapak makanan jalanan urban popular di ibukota iaitu Tapak Urban Street Dining KL sebagai lokasi memperagakan jenama fesyennya.


AFP2022 menampilkan koleksi November 2022 hingga Februari 2023 dengan beberapa jenama tempatan dan jenama di bawah bumbung AEON. Empat koleksi utama yang diperagayakan termasuklah Neonate X Guy ‘s Vision, Scarlet Loungewear, SCAR, Arcadia, Creme dan J-Kids.


Antara koleksi yang menarik perhatian NONA termasuklah Neonate X Guy’s Vision yang membawakan tema parti sebagai meraikan kehidupan. Tidak kurang hebatnya Ti:Zed mengetengahkan koleksi khas untuk pasangan.


“AEON meraikan ulang tahun ke 39 di Malaysia. Oleh itu kami cukup teruja mengembangkan jenama fesyen AEON dan beberapa jenama dari pereka tempatan untuk sama-sama di bawah naungan AEON. Jenama-jenama seperti Scarlet, Agenda, Suave dan Creme telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.


“Kami juga berterusan menerokai industri dan teknologi tekstil terkini untuk menghasilkan seleksi pakaian yang mementingkan estetika dan juga mempromosikan kesihatan yang baik.
Sebagai contoh, menerusi jenama baru seperti innerCasual dan juga koleksi + Collection yang merangkumi pelbagai saiz,” ujar Ketua Pengarah Operasi dan Timbalan Pengarah Urusan AEON Co (M) Bhd, Naoya Okada.


Menurutnya lagi, antara objektif yang dibawakan oleh AEON menerusi koleksi AFP2022 ialah menerajui kepentingan dalam berpakaian untuk kepuasan individu berbanding memuaskan hati orang lain.


Majlis pengenalan koleksi ini turut dimeriahkan dengan persembahan energetik dari Yonnyboii dan pertunjukan dari Orang Orang Drum Theatre.

Share
Published by
Rosmah Idayu