Gayanya tidak ubah seperti supermodel! Melangkah penuh yakin sambil menyarung busana berjenama mewah antarabangsa, pemergiaan Noor Neelofa Mohd Noor ke Milan, Itali bagi menghadiri Milan Fashion Week pada tahun ini benar-benar menarik perhatian. Tidak hanya menjadi buruan photographer di sana bahkan para peminat di tanah air juga sentiasa ternanti-nantikan gaya selebriti popular berkenaan.

Menerusi gambar yang dikongsikan Neelofa, setiap penampilannya di Milan Fashion Week didakap dalam persalinan pelbagai potongan dan warna. Tidak terlalu memilih stail yang eksentrik, sisi fesyen mogul yang ada dalam diri wanita berusia 31 tahun itu diserlahkan dengan padanan warna natural, di samping aksesori-aksesori minimalis.

Ads

Berikut beberapa gaya fesyen terbaik Neelofa sepanjang berada di Milan Fashion Week.

Cipta Kelainan Di Kota Milan, Gaya Fesyen NEELOFA Jadi Buruan Lensa Kamera!

1. Ferragamo
Warna tanah liat dipilih bersepadan dengan hijab bagi menyerlahkan aura lady boss yang ada dalam diri Neelofa.

Cipta Kelainan Di Kota Milan, Gaya Fesyen NEELOFA Jadi Buruan Lensa Kamera! Cipta Kelainan Di Kota Milan, Gaya Fesyen NEELOFA Jadi Buruan Lensa Kamera!

2. Versace
Pertama kali menghadiri acara Versace, Neelofa memberikan statement mudah dalam trench coat biru serulean. Skarf berona hitam dan tas tangan kulit ular dipilih sebagai
pelengkap gaya.

Cipta Kelainan Di Kota Milan, Gaya Fesyen NEELOFA Jadi Buruan Lensa Kamera!

3. Maxmara
Warna abu-abu meletakkan Neelofa sebaris dengan sosialit ternama, tetapi masih mencerminkan wanita dirinya sebagai wanita muslim timur menerusi penggayaan tudung
yang cukup sinonim dengan gaya wanita Melayu.

Cipta Kelainan Di Kota Milan, Gaya Fesyen NEELOFA Jadi Buruan Lensa Kamera! Cipta Kelainan Di Kota Milan, Gaya Fesyen NEELOFA Jadi Buruan Lensa Kamera!

Ads

4. Fendi
Motif flora dengan rona musim luruh yang feminin, tetapi cukup ampuh untuk memaku mata khalayak di kota fesyen itu.

Cipta Kelainan Di Kota Milan, Gaya Fesyen NEELOFA Jadi Buruan Lensa Kamera! Cipta Kelainan Di Kota Milan, Gaya Fesyen NEELOFA Jadi Buruan Lensa Kamera!

5. Prada
Padanan busana yang memberikan ilusi boxy, cukup mudah meletakkan Neelofa sebagai individu yang berani bergaya.

Ads

Cipta Kelainan Di Kota Milan, Gaya Fesyen NEELOFA Jadi Buruan Lensa Kamera!

https://www.instagram.com/p/B86UVP4HtYy/

6. Bottega Veneta
Sekali lagi tampil dengan imej berani, Neelofa mengenakan busana all black ketika menghadiri pertunjukan Bottega Veneta.

Cipta Kelainan Di Kota Milan, Gaya Fesyen NEELOFA Jadi Buruan Lensa Kamera! Cipta Kelainan Di Kota Milan, Gaya Fesyen NEELOFA Jadi Buruan Lensa Kamera!

7. Dior
Cantik, elegan dan minimalis. Pemilihan dress rona lembut yang mengetengahkan unsur alam semula jadi nyata sepadan dengan imej muslimah yang dibawa Neelofa!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI