Cipta Sejarah, GIORGIA MELONI Wanita Pertama Dilantik Sebagai Perdana Menteri Itali

Pemimpin sayap kanan Itali, Giorgia Meloni, dilantik sebagai perdana menteri negara itu pada 22 Oktober 2022 lalu sekaligus menjadi wanita pertama memimpin kerajaan di Itali.

Gorgia Meloni menjadi wanita pertama bergelar perdana menteri Itali.

Pelantikan wanita berusia 45 tahun ini telah mencatat sejarah khususnya bagi Brothers of Italy

yang tidak pernah berada dalam kerajaan.

Meloni, ketua parti Brothers of Italy yang bergabung dengan Forza Italia pimpinan Silvio Berlusconi dan Liga Matteo Salvini

, meraih kemenangan dalam pilihan raya pada bulan lalu.

Kerajaan Itali yang ke-68 sejak 1946 itu menggantikan kerajaan perpaduan pimpinan bekas ketua Bank Pusat Eropah, Mario Draghi.

Meloni mengangkat sumpah selepas menerima mandat daripada Presiden Sergio Mattarella untuk membentuk kerajaan baharu.

Barisan Kabinetnya terdiri 24 menteri turut mengangkat sumpah pada hari yang sama.

Sumber: Bernama

Majalah Nona juga ada di Telegram. Jom follow sekarang untuk akses artikel dan video-video terkini. Klik link DI SINI

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad