Cipta Suasana Fleksibel & Santai Di Ruang Tamu Untuk Kediaman Berkeluasan Sederhana

Menjadikan ruang tamu sekaligus sebagai ruang keluarga merupakan salah satu cara yang boleh dilakukan untuk memaksimumkan ruangan pada rumah jenis minimalis, sederhana besar atau kecil. Maka, ketahuilah fungsi ruang tamu dan ruang keluarga untuk sesebuah kediaman kerana kedua-duanya mempunyai peranan yang sama penting.

Rumah minimalis atau berkeluasan sederhana mempunyai ruang tamu dan ruang keluarga secara terpisah yang kadangkala mendatangkan kesukaran. Ini kerana ruangan lain juga perlu dipertimbangkan. Salah satu cara penyelesaiannya ialah dengan memanfaatkan setiap ruang rumah dengan efektif serta semaksimum mungkin.

Antaranya ialah menggabungkan ruang tamu sekaligus sebagai ruang keluarga dengan beberapa cara berikut.

LIHAT KEPERLUAN

Tanya diri sendiri adakah anda benar-benar memerlukan tamu? Jika jawapannya ialah ‘Ya’ maka anggarkan jumlah tetamu yang biasa datang dan siapa mereka. Perkara ini sangat penting sebelum anda mengubah ruang keluarga dan ruang tamu sekaligus.

Ramai yang mudah terjebak dengan tanggapan bahawa rumah perlu memiliki ruang tamu sedangkan tuan rumah jarang menerima tetamu di rumah. Jika memang tidak diperlukan, mengapa perlu tergesa-gesa untuk mengubahnya?

GUNAKAN SINGLE CHAIR

Berapa pun jumlah tetamu yang datang ke rumah akan mempengaruhi letaknya perabot terutama tempat duduk. Jika memang tidak ramai tetamu maka tidak perlulah menempatkan sofa yang berukuran besar. Cara ini lebih praktikal kerana single chair boleh dipindahkan ke ruang lain jika benar-benar tidak digunakan.

REKAAN YANG FLEKSIBEL

Manfaatkan sesebuah ruang untuk dua fungsi yang berbeza. Sebaik-baiknya ialah menggunakan rekaan yang fleksibel agar tidak kelihatan terlalu kosong. Penggunaan sofa pada ruang tamu sekaligus sebagai ruang keluarga dapat mengurangkan sofa yang tidak terlalu formal sehingga terkesan santai seterusnya menjadikan suasana lebih tenang. Agar reka bentuk ruangan terasa semakin rileks anda boleh menambah karpet serta beberapa bantal unik.

TIDAK TERLALU BANYAK BARANG

Perabot yang terlalu berlebihan akan membuatkan ruang rumah terasa sempit. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi sebaik-baiknya pilih dan susun semula barang serta perabot yang dietrapkan untuk ruang tamu yang turut menjadi ruang keluarga.

SUSUN RAPI

Memandangkan ruang tamu juga menggabungkan ruang keluarga maka waktu yang dihabiskan di ruang tersebut akan menjadi lebih banuyak. Oleh kerana itu, mengatur ruangan agar menjadi setenang yang mungkin merupakan perkara yang penting. Setiap sudut dan sisi ruangan dapat dimanfaatkan semaksimum mungkin. Contohnya, dengan menempatkan tanaman indoor

agar ruang kelihatan lebih sejuk dan segar.

FUNGSI & KEPERLUAN

Melihat kepada fungsi dan keperluan bagi sesebuah ruang merupakan perkara asas ketika mereka sesebuah ruang agar sesuai dengan yang diinginkan. Demikian juga dengan ruang tamu yang juga sekaligus sebagai ruang keluarga. Ini kerana dengan mempertimbangkan fugsi dan keperluan daripada ruangan tersebut, juga dapat mempengaruhi konsep ruang.

Salah satunya ialah denngan mempertimbangkan jumlah tetamu yang mungkin akan berkunjung ke rumah. Jika tidak terlalu banyak maka tidak perlulah menggunakan sofa yang ukurannya terlalu besar sehingga menjadikan ruang kelihatan terlalu sempit.

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad