Kediaman yang dihias cantik menjadi satu terapi untuk penghuninya. Dekorasi pada kediaman Dr. Fara Izzati Yusoff ini membuatkan ramai seronok ‘mencuci mata’ melihat sentuhan doktor ini menjadikan kediamannya tampak mewah dan kemas walaupun mempunyai dua orang anak.
Ramai ibu yang merungut kerana tidak mempunyai banyak masa menghias rumah. Maklumlah, selain bekerja, ibu terpaksa mengawal anak-anak yang sedang membesar. Susah nak kekalkan aura rumah cantik tanpa ada pembantu.
Namun menurut Dr. Fara, itu semua bukan masalah. Beliau yang bekerja mengikut shif di salah sebuah hospital swasta di Johor Bahru mempunyai pendapat berbeza.
“I’m managing my home with 2 boys on my own with the help of my husband (and superdad)! It’s challenging as most of the time we’re like passing ships, but we’re both grateful and happy with the way we’re living at the moment.”
Malah dalam satu balasan komennya di Instagram, jawapan Dr. Fara ada betulnya.
Jika ramai yang berpendapat kediaman mewah hanya mampu dimiliki orang berada, nampaknya anda perlu ubah paradigma itu.
“Saya dan suami bukan dari keluarga berada. Kedua-dua ibu bapa kami adalah guru dan mereka telah mendidik kami untuk belajar hidup berdikari. Kami berdua bekerja keras bersama-sama untuk mencapai impian kami. Kebanyakkan sharing saya di sini adalah untuk memberi inspirasi dan tidak berputus ada serta sentiasa mempunyai keimanan dan kepercayaan terhadap apa yang dilakukan.”
Menurut Doktor Fara Izzati Yusoff, rumah mewah jenis cluster di sebuah kawasan elit di Johor Bahru ini dimiliki dan disusun atur bukan sekaligus.
“Saya dan suami beli rumah ni kerana kami ditawarkan harga yang begitu baik dari pemaju. Zero down payment, free legal fees, diskaun untuk Bumiputera, rebat tunai, free 1 year maintenance fee dan baucar IKEA yang membolehkan saya mendekorasi rumah!” katanya.
Bila melihat dekorasi rumah mewah ini juga, Dr. Fara banyak berkongsi tips untuk berbelanja dengan lebih bijak.
“Saya tak banyak menabung, tapi we had a really good deals. Dengan rebat tunai, kami belanjakan untuk renovasi rumah. Duit simpanan lama dan hasil dari locum di klinik saya gunakan untuk membeli barangan dekorasi dan perabot.” katanya.
Dalam perkongsian di Instagramnya juga beliau tidak lokek dengan tips membeli barangan perabot mewah tetapi pada harga berpatutan.
Begitu juga beliau berkongsi tips untuk dekorasi rumah. Walaupun beliau seorang doktor, tetapi taste
dalam dekorasi ada class tersendiri! Bilik anak-anak pun cantik!Selain informasi dekorasi rumah yang dikongsi dalam laman Instagram, Dr. Fara juga banyak kata-kata inspirasi buat para ibu dan sesiapa sahaja untuk memotivasikan diri seandainya rasa down. Itu belum termasuk lagi aktiviti senaman dan travel dengan pelbagai gambar-gambar menarik. Memang kita akan terkesima dan terdorong untuk keluar dari ‘zon selesa’.
Video yang terakhir ini mesti akan menaikkan semangat anda untuk melakukan aktiviti sama di rumah nanti.
Kredit foto dan video: Instagram Dr. Fara Izzati
This website uses cookies.