COD Sendiri Ke Rumah Pembeli, Ramai Puji Sikap TYA ARIFIN Meniaga “Founder Lain Boleh Ikut Cara Dia ini..”

Pelakon dan usahawan terkenal Tya Arifin membuat kejutan terhadap pelanggan jamu Mutyara apabila dia sendiri turun padang membuat penghantaran secara bayaran tunai atau ‘cash on delivery’ (COD).

Tya, 28, atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari berkata, dia juga terhru dan sebak apabila dapat berjumpa dan mendengar secara langsung maklum balas diberikan pengguna.

“Memang seperti video yang ditularkan di TikTok, saya ada buat kejutan COD kepada pelanggan Mutyara. Kenapa saya buat, sebab saya sudah lima tahun berniaga produk ini, banyak sebenarnya wanita yang amalkan produk ini dan menyokong saya.

“Saya bersama pasukan dan apa yang saya buat ini diharap dapat memberi manfaat kepada mereka. Sejujurnya, apabila sesekali dapat turun padang saya gembira dan sebak juga. Apatah lagi dapat mendengar secara langsung maklum balas mereka selepas mengamalkan jamu Mutyara yang mana membantu menyelesaikan masalah dalaman mereka.

BACA JUGA: “Padanlah Dua Dua Cantik!” Rahsia Kecantikan Tya Arifin Terbongkar, Anna Jobling Kini Wajah Eksklusif Mutyara

“Saya datang pun secara ‘random’ saja. Saya turun berjumpa sendiri mereka sebagai tanda penghargaan saya atas sokongan dan kesetiaan mereka,” katanya.

Menurut Tya yang juga isteri kepada usahawan Asyraf Khalid, disebabkan itu dia dihujani permintaan untuk meneruskan sesi itu di beberapa lokasi lain pula.

“Ada pelanggan Mutyra yang selepas mengamalkan produk ini menambahkan lagi air susu. Begitu juga dengan seorang wanita berusia lingkungan 50 tahun yang mengalami masalah kesukaran berjalan. Tetapi selepas amalkan Mutyara dia dah boleh aktif semula termasuk buat kerja-kerja rumah.

“Rasa tak puas sebenarnya berjumpa pelanggan dan berborak dengan mereka. Hinggakan ramai juga komen suruh saya datang ke rumah dan tempat mereka pula. Insya-Allah,” katanya.

Share
Published by
Wan Firdaus