Coklat KitKat Ramuan Anis Nabilah Ini SERIUS LUAR BIASA. Baru Makan Dah Teringat Kampung!

Lagu keramat nyanyian Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad, ‘Tanggal Tiga Puluh Satu, Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh…’ Oh, sekali lagi bakal menjadi siulan rakyat Malaysia.

Jalur Gemilang berkibar megah di seluruh Malaysia. Selain teruja meraikan acara Sukan Sea Ke-29 Kuala Lumpur 2017, kita juga riang menghitung hari untuk merayakan sambutan ulang tahun ke-60 kemerdekaan negara.

Mahu berkongsi cara istimewa untuk memanjakan selera pada hari bersejarah ini, Nona ‘dikejutkan’ dengan kedatangan cef selebriti kesayangan kami, Anis Nabilah. Datang seperti biasa dengan mulutnya yang riuh, Anis hulurkan sebuah beg kertas merah untuk dibuka.

Wah, KitKat Chocolatory perisa baru! Kata Anis, menariknya tentang perisa kali ini, ia diramu bercirikan selera Malaysia. Aromanya yang asli, rasanya yang hampir sempurna dan tekstur seakan makanan tempatan sebenar pasti mengejutkan sesiapa saja. Cubalah!

Ternyata memang betul cakap Anis. Tiga perisa itu, onde-onde… teh tarik… dan durian memang sedap belaka.

 

Ketiga-tiga perisa ini adalah gabungan sempurna yang menceritakan selera tempatan yang sebenar

Paling Nona suka, KitKat Chocolatory perisa kuih tradisi onde-onde. Bayangkan coklat putih perisa pandan hijau dengan adunan Gula Melaka, kelapa parut dan garam laut. Saat coklat cair di mulut… aduh, aroma kuih lazat ini bagai menggamit nostalgia kuih buatan emak di kampung.

Anda juga mesti rasa coklat KitKat perisa teh tarik dan durian sebenar yang dicampur kepingan biskut serta coklat putih. Sedap sangat-sangat tau! Kalau nak beli pun tak mahal iaitu hanya RM13.90 untuk setiap perisa.

“Nah, sedapkan? Sebenarnya saya suka coklat tapi kurang gemar menikmati bar coklat biasa. Tapi KitKat memang favourite saya sebab ada wafer rangup di dalamnya.

Kali ini, saya sangat teruja menghasilkan resipi istimewa yang boleh mengingatkan kita pada sajian kegemaran rakyat Malaysia,” kata Anis yang nampak smart dalam persalinan KitKat Chocolatory rona merah menyala.

Anis’ Ice Cream Potong Creation


Eh, apa pula ni? Empat perisa coklat wafer yang mirip perisa aiskrim potong kegemaran kita dalam satu bekas KitKat?

“Inilah yang paling latest saya hasilkan! Percaya tak, ada perisa aiskrim potong yang kita suka makan macam Mangga Harum Manis, Rose Sirap Bandung, Ais Kacang dan Three Layer Tea serta Santan Kelapa! Rasalah,” pelawanya.

Anis’ Ice Cream Potong Creation hanya berharga RM30 sekotak dan hanya didapati dalam jangka masa terhad. Kalau nak dengar Anis promote sendiri coklat-coklat KitKat ni, klik jer video ni. By the way, thank you Anis and KitKat! Norzalina Mohd Alias

 

Share
Published by
Norzalina