Alahai, comelnya tengok anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine. Macam Barbie Doll! Iyalah, macam mana tak comel.. mak ayah pun dah memang cantik dan handsome. Kalau diamati betul-betul, anak perempuan sulung mereka, Tengku Ratu Haidar (8 tahun) mewarisi kecantikan ibunda tersayang. Sementara si comel Tengku Cleopatra Haidar (6 tahun) pula lebih iras wajah bapa.
Ads
Selain dikurniakan wajah comel dan cantik, puteri kesayangan Que dan Linda ini juga sebenarnya berbakat dalam bidang peragaan. Sempena Aidilfitri, dua beradik ini telah dipilih menghiasi kempen lebaran koleksi kanak-kanak untuk label fesyen terkenal, Jovian.
A post shared by linda jasmine (@official_lindajasmine) on
Bukan itu saja, Ratu dan Cleo juga sebenarnya sangat suka menari. Haih, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Ingat lagi zaman kegemilangan program Akademi Fantasia, kelincahan Linda Jasmine selaku choreographer untuk para peserta berjaya melonjakkan namanya di persada seni.
Jadi, tak hairanlah anak-anak pun secara tak langsung meminati dan mewarisi bakat ibunda mereka. Dalam erti kata lain, darah seni sudah sebati dan mengalir dalam diri Ratu dan Cleo.
Alangkah baiknya jika ada produk solekan yang mampu bertindak seperti produk penjagaan kulit. Blusher yang menghapuskan jerawat, eyeshadow yang merawat dark circles dan gincu yang… eh?
Terkejut pun ada apabila hari ini Nona diperkenalkan dengan dua produk terbaru Avon iaitu True Color Perfectly Smooth Lipstick dan Supreme Length Nourishing Mascara yang menjanjikan fungsi merawat yang kita idam-idamkan.
Percaya tak gincu ini dihasilkan dengan kebaikan balm bibir? Warnanya bukan saja cantik, malah ia membantu melembap bibir kering dan kusam dalam satu masa. Bagusnya!
Ia didatangkan dalam 8 warna dan diadun dengan minyak jojoba, madu dan lilin lebah yang terbukti baik untuk mengembalikan lembapan serta hidrasi bibir. Bila dioles ke bibir, memang terasa lembut dan licin tau!
Kalau bulu mata anda pendek dan jarang, sapuan maskara ini pula bagus untuk memanjangkan dan menyihatkan bulu mata. Ia diperkaya dengan khasiat minyak kelapa dan minyak argan yang bernutrisi supaya bulu mata kekal panjang, berkilat dan menawan sepanjang hari.
Produk dwifungsi seperti ini bukan saja menjimatkan masa, malah berpatutan dan terbukti berkesan. Sungguh praktikal digunakan oleh wanita berkerjaya dan kesuntukan masa seperti kita. Cubalah! Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Tahun ni adik dah kena mula puasa tau. Tak dapat puasa penuh satu hari, setengah hari pun boleh. Nanti bila adik dah besar sikit kena puasa penuh ya.”
Bila tiba bulan Ramadan, bagi ibubapa yang mempunyai anak kecil dalam lingkungan 5 hingga 8 tahun pasti akan mengungkapkan dialog di atas untuk menggalakkan anak-anak untuk belajar mengerjakan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadan.
Sebenarnya pada umur berapakah kanak-kanak perlu diberi pendedahan tentang ibadat puasa? Laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui artikel Irsyad Fatwa Ramadan merungkai perkara tersebut.
Para ulama bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, berdasarkan hadith yang menyebut bahawa tidak terdapatnya taklif dan tanggungjawab ke atas seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh. Saidina Ali bin Abi Tolib meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Terdapat tiga golongan yang amalan mereka tidak dicatat: seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh, orang yang tidur sehinggalah dia terjaga dan seorang yang hilang akalnya sehinggalah dia kembali waras.
Sunan Abi Dawud (4402)
Namun, jika seorang kanak-kanak yang telah mumayyiz itu berpuasa, maka hukumnya adalah sah. Kata Imam al-Qalyubi:
Maksudnya: (Dan salah satu syarat sah puasa itu) ialah beraqal, dalam erti kata tamyiz, iaitu mampu membezakan antara baik dan buruk; maka sah puasa seorang kanak-kanak yang sudah mumayyiz. (Rujuk Hasyiyata al-Qalyubi wa ‘Umairah 2/76)
Timbul pula persoalan, pada umur berapakah seorang kanak-kanak itu perlu diajar dan dididik untuk berpuasa? Menurut Imam Zainuddin Ahmad al-Malibari dan Syeikh Dr. Muhammad Hassan Hito, ibu bapa atau wali perlu menyuruh kanak-kanak untuk berpuasa seawall umur tujuh tahun, dan mendidiknya dengan ‘pukulan kecil’ yang tidak menyakitkan ketika dia berumur sepuluh tahun jika dia engggan. Hal ini diqiyaskan dengan hadith suruhan mendidik anak-anak untuk solat:
Maksudnya: Ajarilah kanak-kanak untuk solat setelah dia berusia tujuh tahun, dan apabila dia berumur sepuluh tahun, pukullah dia (dengan pukulan yang tidak menyakitkan dan melukakan dengan tujuan untuk mendidik).
Sunan Abi Dawud (494) (Rujuk Fath al-Mu’in bi Syarh Qurrah al-‘Ain bi Muhimmat al-Din, hlm. 38 dan Fiqh al-Siyam hlm. 23)
Namun, ibu bapa atau wali hendaklah memastikan puasa itu tidak menyebabkan kemudaratan kepada kanak-kanak tersebut, dan menilai sejauh mana kemampuan mereka untuk meneruskan puasa.
Tuntasnya bahawa ibu bapa atau wali perlu mengajar dan menyuruh anak-anak supaya berpuasa seawal umur tujuh tahun, dan mendidik dengan pukulan yang ringan ketika dia berumur sepuluh tahun jika dia enggan. Hukum ini diqiyaskan dengan hadith mendidik anak-anak untuk solat yang dinyatakan di atas.
Wallahu a’lam.
Artikel disediakan oleh Unit Buhuth,Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan https://www.muftiwp.gov.my/ Foto: Pixabay.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal Jennifer Lopez mengesahkan dirinya kini sudah bergelar isteri kepada pelakon Ben Affleck pada hari Ahad, selepas 18 tahun perhubungan percintaan on and off mereka.
Berita gembira itu turut dikongsikan sendiri oleh Jennifer menerusi laman web rasminya, On The JLo. Pasangan dua sejoli yang digelar Bennifer ini mengumumkan pertunangan mereka pada April lalu.
Jelas Jennifer dalam hantarannya, “Kami berjaya! Selepas 20 tahun menunggu, dan malam semalam (Sabtu) kami terbang ke Vegas, beratur bersama dengan empat pasangan lain mendaftar perkahwinan dalam satu tujuan yang sama.”
Jennifer Lopez yang dilihat berseri menyarung busana perkahwinan serba putih nyata anggun, terserlah perasaan cinta yang menyelebungi jiwanya setelah sekian lama menantikan hari bahagianya ini.
Berdasarkan lesen perkahwinan yang mereka failkan di Clark County, Nevada, pasangan yang terkenal dengan gelaran Bennifer ini melangsungkan perkahwinan di Little White Wedding Chapel, sebuah lokasi istimewa untuk pasangan yang ingin melangsungkan resepsi yang sederhana tanpa persiapan yang berlebihan.
Untuk pengetahuan, pasangan itu berkenalan ketika sesi penggambaran filem Gigli pada 2002. Hubungan mereka kemudian dapat dihidu para media serta mendapat liputan meluas, namun pasangan itu menangguhkan majlis perkahwinan yang dirancang pada 2003. Pada tahun 2004, kedua-duanya kemudian mengumumkan perpisahan.
Ini adalah perkahwinan keempat untuk Jennifer Lopez dan kedua untuk Ben Affleck Jennifer sebelum ini pernah berkahwin dengan Ojani Noa, Cris Judd dan penyanyi Marc Anthony yang mana mereka dikurniakan anak kembar Max dan Emme, 14.
Manakala Ben Affleck pula pernah berkahwin dengan pelakon jelita Jennifer Garner dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu, Violet, 16, Seraphina, 13, and Samuel, 10
Ulas Jen lagi “Apabila cinta itu benar, perkara paling utama adalah perkahwinan adalah penjanjian untuk saling menyayangi, memahami, serta menjadi lebih baik untuk satu sama lain. Malam yang sangat indah buat kami.”
Congratulations Bennifer!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...