Alahai, comelnya tengok kedua-dua anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine. Macam Barbie Doll! Iyalah, macam mana tak comel mak ayah pun dah memang cantik dan handsome. Kalau diamati betul-betul, anak perempuan sulung mereka, Tengku Ratu Haidar mewarisi kecantikan ibunda tersayang. Sementara si comel Tengku Cleopatra Haidar
pula lebih iras wajah bapa.
Tengku Ratu Haidar atau mesra disapa sebagai Ratu kini berusia 10 tahun sementara Tengku Cleopatra Haidar atau nama timangannya Cleo mencecah usia 8 tahun pada 26 April lalu. Disebabkan ulang tahun kelahiran Cleo ‘jatuh’ ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19, sambutan hari lahirnya disambut secara sederhana di samping keluarga tersayang.
Ads
Turut berkongsi momen Syawal tahun ini, seisi keluarga selebriti ini tampil segak dan anggun dalam persalinan raya masing-masing. Que mengenakan baju melayu rona champagne, Linda pula dalam memilih busana hitam elegan lengkap berselendang sementara Ratu dan Cleo comel berbaju kurung moden coklat serta beige.
Selain dikurniakan wajah comel dan cantik, puteri kesayangan Que dan Linda ini juga sebenarnya berbakat dalam bidang peragaan dan seni. Saban tahun sebelum tibanya Aidilfitri, pasti dua beradik ini menerima tawaran untuk menghiasi kempen lebaran bagi koleksi kanak-kanak. Sebelum ini, Ratu dan Cleo pernah mewarnai kempen hari raya bagi jenama fesyen terkenal, Jovian.
Bukan itu saja, Ratu dan Cleo juga sebenarnya sangat suka menari. Bak kata pepatah, ‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi’! Menerusi perkongsian Que dan Linda di laman
media sosial masing-masing, jelas menunjukkan Ratu cukup meminati tarian dan aktif mengikuti kelas tarian balet. Terkesima tengok aura dan lenggok tarian anak gadis pelakon
Rock Oo ini!
https://www.instagram.com/p/B_J8gD4JIz2/
Melihat bakat Ratu tersebut pasti membuatkan ramai peminat Linda yang terkenang kembali zaman kegemilangan program Akademi Fantasia. Dari situlah nama Linda Jasmine
melonjak naik dalam persada seni kerana kelincahannya selaku choreographer untuk para peserta program popular berkenaan. Dengan raut wajah cantik, ramping, bertenaga
dan suara yang lantang, ramai anak muda menjadikan Linda sebagai idola dalam seni tarian.
Ads
https://www.instagram.com/p/B_7WQ6tpM-1/
Jadi, tak hairanlah kedua-dua anak perempuannya pun secara tak langsung meminati dan mewarisi bakat ibunda mereka. Dalam erti kata lain, darah seni sudah sebati dan mengalir dalam diri Ratu dan Cleo. Selain dikurniakan dua anak perempuan, Linda juga mempunyai seorang anak lelaki yang merupakan anak tiri Que iaitu Qalif Khan yang kini berusia 20 tahun.
Ads
Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Hiadar mendirikan rumah tangga bersama Linda Jasmine Hashim pada 15 Februari 2009. Que ketika itu berumur 30 tahun sementara Linda Jasmine pula berusia 37 tahun. Majlis persandingan mereka diadakan dalam suasana indah dan meriah berkonsepkan ‘Bali Dalam Taman’ di Bora Ombak yang turut dihadiri para peserta Akademi Fantasia dan rakan artis.
Penjagaan kesihatan seisi keluarga bermula di sini.
Sumber : Instagram Linda Jasmine & The Haidars
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasanya baharu sahaja bertemu mesra dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat (YB) Datuk Seri Rina Mohd Harun sewaktu beliau hadir merasmikan majlis Nona Superwoman Award pada 18 Disember 2020 yang lalu.
Namun, pada hari ini Nona telah menerima berita bahawa Datuk Seri Rina Harun telah disahkan positif COVID-19 seperti yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Menurut kenyataan akhbar tersebut, Datuk Seri Rina Harun telah menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam. Setelah Datuk Seri Rina Harun disahkan positif, beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada jam 11.00 pagi ini untuk pihak hospital menjalankan pemantauan lanjut.
Datuk Seri Rina Harun juga memohon maaf sekiranya situasi ini telah menimbulkan kesulitan dan keresahan kepada semua dan memohon agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan untuk semua yang terlibat.
Beliau akan memastikan, semasa ketiadaannya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneruskan kerja-kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala urusan pengoperasian Kementerian akan tetap berjalan seperti biasa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah dikhabarkan bakal bercerai sekitar Mac lalu, pelakon sensasi Indonesia Nia Ramadhani meluahkan rasa syukur apabila hubungannya dengan suami iaitu Ardi Bakrie semakin erat selepas pasangan suami isteri itu terlibat dengan kes dadah.
“Semuanya semakin baik, Alhamdulillah. Selepas apa yang berlaku, hubungan kami lebih erat dan menjadi keutamaan. Selepas apa yang berlaku, hubungan kami lebih erat dan menjadi keutamaan.
Sekitar Mac lalu, rumah tangga Nia Ramadhani yang dibina bersama ahli perniagaan Ardi Bakrie selama lebih 10 tahun dikhabarkan sedang berantakan.
Memetik portal KapanLagi, Nia didakwa bakal memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya biarpun kedua-dua mereka ketika itu berada di pusat pemulihan akibat penyalahgunaan dadah.
Dalam pada itu, suami Nia iaitu Ardi turut berasa bangga mempunyai seorang isteri yang bukan saja menyokong malah membantunya dalam menguruskan perniagaan.
“Alhamdulillah, saya sebagai suami rasa senang mempunyai isteri yang sama-sama bekerja dalam bidang yang sama. Dia banyak membantu saya. Nia kini mahu beri fokus kepada keluarga dan kerjaya.
Menjengah laman media sosial milik Nia, pasangan ini kita memilih menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan aktif bersukan. Antara aktiviti sukan kegemaran pasangan ini termasuklah golf, menyertai maraton, tennis, scuba diving dan sebagainya.
Malah aktiviti bersukan ini ternyata telah dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri ini dan kedua-duanya amat mendukung antara satu sama lain untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk tiga cahayamata mereka.
Aktress berusia 32 tahun ini berkahwin dengan Ardie Bakrie pada 2010 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mikhayla Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zaladrie Bakrie.
Pada Julai tahun lalu Nia ditahan bersama suaminya, Ardi Bakrie atas kesalahan penyalahgunaan dadah dan dia dikehendaki menjalani proses rehabilitasi selama 10 bulan.
Pelakon drama Bawang Merah Bawang Putih ini selesai menjalani proses tersebut pada 29 Mac lalu dan kini sedia menjalani aktiviti seni seperti biasa.
Memilih menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan menumpukan perhatian terhadap tiga cahayamata merupakan keputusan yang tepat buat Nia yang mengimpikan sebuah keluarga yang harmoni bersama suami tersayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penularan pandemik COVID-19 yang sedang merebak ke seluruh dunia ini sangat membimbangkan. Sehingga ke hari, seperti yang telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia telah meningkat menjadi 15 kes.
Berhadapan dengan saat getir ini, sudah pasti para petugas hadapan adalah orang yang paling sibuk. Mereka telah mengorbankan masa dan tenaga serta bertungkus-lumus melaksanakan tanggungjawab membendung penularan pandemik COVID-19 ini.
Demi menghargai jasa dan pengorbanan para petugas hadapan yang berkorban nyawa serta bersekang mata untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19 ini, isteri TYT yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Kurdi Taib telah memberi sumbangan sebanyak RM60,000.00 kepada Hospital Umum Sarawak (HUS) dalam usaha menangani wabak Covid-19.
Sumbangan yang disalurkan itu adalah bertujuan untuk membeli ubat-ubatan dan kelengkapan hospital untuk Wad COVID-19 di Sarawak.
Toh Puan Raghad juga turut menzahirkan rasa terharu dan berterima kasih atas segala usaha murni pihak petugas-petugas di barisan hadapan terutamanya pihak hospital dan klinik kesihatan.
Saat ‘Wira COVID-19’ ini menjalankan tanggungjawab dan berusaha melakukan langkah pencegahan, pengesanan serta rawatan, selain berkorban masa dan tenaga serta bersikap profesional dalam menangani situasi pandemik COVID-19, turut mendapat perhatian Toh Puan Raghad.
Toh Puan Raghad juga mendoakan semoga wabak ini dapat dikawal dan dihapuskan sepenuhnya dalam masa terdekat.
Sehubungan dengan itu, Toh Puan Raghad juga berharap agar rakyat Sarawak akan terus bertenang dan berganding bahu mengawal penularan penyakit itu dengan mematuhi arahan dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang tempoh Arahan Kawalan Pergerakan yang bermula 18 hingga 31 Mac ini.
Sumber: Astana Negeri Sarawak
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...