Seronoknya tengok percutian Datin Nina Sabrina Datuk Seri Ismail Sabri dengan anakanda tersayang ke Australia baru-baru ini. Perkongsian momen indah Datin Nina dan Jeanelle di media sosial isteri kesayangan Datuk Jovian Mandagie berkenaan meraih perhatian peminat.
Apatah lagi, Australia cukup dekat di hati Datin Nina yang pernah menetap di sana ketika zaman universiti.
Tampil ceria dan bergaya sepanjang percutian, anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri ini kelihatan teruja menyaksikan keindahan bumi Australia di samping Jeanelle.
Bagaimana pun Dato’ Jovian tidak turut serta dalam percutian mereka kali ini.
“Jeanelle’s first time meeting Kangaroos and Koalas. The first time she went to Australia she was just 7 months old, then the pandemic hit so I didn’t get to bring her here. So happy to see her enjoying herself and lovin’ it here as well.”
Sebelum tiba di Australia, Datin Nina dan Jeanelle sudah pun bercuti ke Hong Kong. Yang pasti, gaya dan pakaian ibu anak ini menjadi tumpuan khalayak kerana mempunyai cita rasa fesyen yang menarik dan eksklusif.
View this post on Instagram
Lebih-lebih lagi, suami Datin Nina seorang pereka fesyen dikenali ramai sudah tentu wanita cantik ini bijak menyuaipadankan pakaian anak tersayang from head to toe.
Bahagia melayari alam rumah tangga di samping Dato’ Jovian, perkahwinan mereka lebih bermakna sejak kehadiran puteri sulung, Jeanelle Nika Mandagie.
Kakak kepada penyanyi Dafi ini juga merupakan usahawan Capello by Nina di empat lokasi strategik iaitu Shah Alam, Bangi, Ampang dan Johor.
Selain menguruskan Capello by Nina, dia juga merupakan pemilik pusat asuhan kanak-kanak Peterana Kindergarten.
Walau sibuk dengan perniagaan namun ibu seorang anak tersebut tetap aktif menjalani gaya hidup sihat dan gemar melakukan aktiviti berbasikal bersama suami tercinta.