Tumpang bahagia tengok kehidupan penyanyi popular, Wany Hasrita sejak bergelar isteri. Kian bahagia melayari alam perkahwinan, rutin harian pelantun lagu Menahan Rindu ini bertambah bermakna dengan kehadiran cahaya mata sulung pada 8 Julai lepas.
Ads
Ternyata peminat ternanti-nanti hendak melihat wajah permata hati selebriti cantik berkenaan.
Bersempena pelancaran single terbaharu Cinta Hatiku pada awal November lepas, pemilik nama Nurshazwany Hasrita Hasbullah ini akhirnya terbuka mendedahkan wajah anak tersayang kepada umum.
Bayi perempuan yang diberi nama Aishah Al Iman binti Mohd Al-Adib Fahmi tersebut meraih perhatian ramai khususnya peminat setia ibunya, Wany Hasrita!
Kecomelan Aishah menjadi bualan dan dikatakan mewarisi raut wajah kedua-dua ibu bapa. Malah, makin sihat dan ceria pelengkap rumah tangga Wany dan Mohd Al-Adib.
Berkaitan single Cinta Hatiku, ibu jelita berusia 31 tahun ini menerusi media sosial memberitahu lagu tersebut didedikasikan khas buat Aishah.
“Ibu record lagu ni masa Aishah 37 minggu. Lagi dua minggu Aishah nak lahir dah.
Ads
Anak, semoga membesar dengan baik, kuat dan tabah. Suka dukamu, jatuh bangunmu, ibu sentiasa ada.”
Wany yang juga pemenang Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH 31) berkahwin dengan jejaka kelahiran Sarawak iaitu Mohd Al-Adib Fahmi pada 22 Julai 2022 selepas kedua-duanya saling mengenali sejak 2010.
Nama pelakon jelita, Almy Nadia yang juga isteri kepada aktor, Fizz Fairuz sering menjadi sorotan, berikutan ramai yang terkejut melihat perubahan fizikal yang dialaminya hingga warganet mencadangkan agar dia melakukan pembedahan Bariatrik sebelum terlambat.
Terdahulu, ketika menjadi tetamu dalam sebuah program yang membincangkan berkenaan tabungan dan masa depan anak-anak. Almy berkongsikan tip bagaimana dia mendidik anak-anak untuk berjimat dan menabung.
Namun, lain pula yang menjadi sorotan dan perhatian netizen, apabila kulit wajah Almy kelihatan begitu mulus dan ‘glowing’, meskipun sudah menginjak usia 40 tahun.
Netizen Tertanya Apa ‘Rahsia’ Kulit Almy Begitu Glowing?
Perkara berkenaan tular dilaman Tik Tok apabila video berdurasi minit itu dimuatnaik menerusi akaun @bintangkecilmy, meski bertubuh gempal, namun ramai yang memuji bahawa Almy kelihatan comel dan pandai dia jaga kulit muka!
Malah, ramai yang memuji Almy dilihat yang tetap menjaga penampilan dan menitikberatkan penjagaan kulitnya sehingga kelihatan begitu sihat, sekaligus membuatkan netizen terpukau melihatnya.
Selain itu, ramai yang bertanyakan apakah ‘rahsia’ ataupun amalan yang dilakukan Almy hingga mempunyai kulit wajah yang begitu bersih, sihat berseri dan tampak remaja dari usianya.
Netizen Kagum Lihat Kemulusan Kulit Almy!
Susulan itu NONA sempat menjengah ke ruangan komen dan mendapati rata-rata wargamaya mengagumi cara Almy menjaga kulit wajahnya. Bahkan, ada yang mendoakan agar urusannya sentiasa dipermudahkan.
Berikut merupakan beberapa komen yang itinggalkan warganet yang berjaya mencuri perhatian NONA.
“Penah terserempak depan-depan masa dia baru beranak satu.. Memang cantik gila kulit dia. Flawless licin. Satu lagi cantik Erin Malik. Tapi Almy ni memang cantik kulit dia,” Tulis warganet.
“Comeynye… Glowing sugguh! Saya cemburu sangat,” kata netizen
“Glowingnya muka Almy😍,” ujar wargamaya.
Sekadar info, Almy telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga merupakan seorang aktor, Fizz Fairuz pada tahun 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
8 Jun lepas genap 24 tahun usia pelakon cantik, Elisya Sandha! Walau masih muda tapi adik kepada Fasha Sandha ini matang orangnya. Mengikut jejak langkah kakak sebagai anak seni, lakonan Elisya sentiasa menjadi perhatian penonton dan bakatnya sebagai pelakon juga tidak perlu dipertikai lagi.
Berkongsi momen hari lahirnya baru-baru ini, Elisya berkata, “On this date 24 years ago my mother go through pain to give birth to me, thank you mama
Also at 24 years old I macam tak percaya I dah ada anak, family sendiri and this is all Allah’s plan for me, beyond grateful Alhamdulillah.”
Elisya mendirikan rumah tangga bersama anak lelaki Sheila Rusly, Uzair Haqimy atau dikenali sebagai Haq pada 21 Ogos 2021.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Bunga Elhaq. Bayi comel ini selamat dilahirkan pada 18 Jun 2022 dan bakal menginjak usia setahun.
Kongsi Elisya kepada Nona dalam temu bual eksklusif coverstory digital Jun 2022, dia berharap dapat mempunyai tiga hingga empat orang cahaya mata.
“Kalau boleh rancang nak tiga ke empat orang anak je. Keluarga saya ramai, saya ada enam adik-beradik dan dah ada lapan anak buah. Suami pula quite small.
Jadi untuk ada tiga ke empat orang tu dah memadai. Memang saya ada banyak impian dan boleh achieve sebab sebab muda lagi. Ada orang kata pregnant muda-muda ni sayang. Susah nak dapat apa yang saya nak.
Saya rasa tu salah sebab rezeki semuanya datang dari Allah dan rezeki tu akan datang bersama usaha. Saya akan berusaha ke arah tu sambil ada anak di sisi. Saya nak jadikan anak tu sebagai semangat untuk saya capai impian yang belum tertunai.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelbagai jenama kecantikan gemar menggunakan bunga sebagai salah satu kandungan di dalam produk mereka. Kerana itu, bunga-bunga indah yang kembang mekar di halaman kediaman pun boleh menjadi salah satu rawatan kecantikan untuk kulit yang lebih mulus.
Chamomile
Chamomile mengandungi sebatian yang dikenali sebagai alpha-Bisabolol untuk mengurangkan garis-garis halus dan kedutan. Ia juga mempunyai sel pemutihan. Infusi dingin pada teh Chamomile juga ideal untuk pencuci wajah.
Cara penyediaan:
(1) Masukkan 2 beg teh Chamomile di dalam 1 cawan air panas. Tutup cawan dan biarkan sejuk selama 20 minit mengikut suhu bilik. Curahkan teh yang sudah sejuk ke dalam botol semburan.
(2) Sebagai pembersih wajah: Sembur wajah dan sapu menggunakan kapas muka untuk membersihkan bahagian kulit wajah. Ia mempunyai aroma yang cukup menyenangkan dan meninggalkan bau buah-buahan pada kulit anda.
(3) Beg teh yang sudah digunakan boleh diletakkan pada bahagian atau untuk mengurangkan lebam bawah mata. Hanya letakkan pada mata selama 10 minit.
Ros
Ros mengandungi vitamin C, dan amat sesuai untuk kulit kering dan kesan penuaan pada wajah. Kelopak ros yang direndam di dalam air boleh digunakan sebagai penyegar wajah.
Cara penyediaan:
Didih dua cawan air kemudian tutup api, ketepikan periuk berisi air tadi. Masukkan kelopak ros seberapa banyak yang diperlukan dan biarkan ia direndam selama 30 minit. Ambil cecair rebusan dan masukkan ke dalam botol semburan. Sangat sesuai digunakan sebagai penyegar wajah. Anda juga boleh menggunakan cecair ros sebagai langkah pencegahan jerawat atau mengurangkan ruam pada wajah.
Marigold
Tinggi kandungan karotenoid (sama seperti vitamin A). Marigold bertindak sebagai bahan yang boleh mengurangkan iritasi pada kulit. Ia juga membantu melindungi kulit daripada menjadi nipis serta menjadikan kulit lebih anjal.
Cara penyediaan:
Bersihkan bunga Marigold dengan air sejuk. Asingkan kelopak kemudian campurkan satu sudu besar madu dan satu sudu besar susu penuh krim. Kacau sebati. Ia digunakan sebagai face mask. Biarkan selama 20 minit dan setelah itu, cuci dengan air suam.
ISTIMEWA ROS
Membuka kembali lembaran kisah mengenai penggunaan ros dalam kecantikan, pada zaman Yunani purba dan Rom, kelopak ros digunakan untuk mengharumkan air mandian mereka. Mereka menghargai ros dan menghiasi lantai kediaman dan dewan bankuet dengan kelopak bunga ros.
Malah, mereka juga menggunakan bunga ros sebagai salah satu bahan untuk kosmetik, ubat-ubatan dan rawatan terapeutik. Kini, kelopak ros juga digunakan dalam kebanyakan produk kecantikan.
(a) Anti-bakteria
Minyak yang diperbuat dari kelopak ros secara semula jadinya membantu merawat kulit yang berjerawat. Digabungkan dengan ciri-ciri pembersihan itu, ros menjadi ramuan ideal untuk mencuci muka dan sebagai pembersih wajah.
(b) Anti-radang
Sementelah kita memikirkan kehangatan rona merah, minyak ros juga boleh membantu mengurangkan bengkak atau kemerah-merahan pada kulit. Sedaikan face mask anda sendiri dengan kelopak ros di rumah.
(c) Antioksidan
Ros mengandungi vitamin C sebagai bahan antioksidan yang paling berkuasa. Vitamin penting ini bertindak melindungi sel kulit dari pendedahan kepada cahaya matahari. Ada eberapa kajian menunjukkan air rendaman ros boleh menyembuhkan selar matahari atau sunburn.
(d) Pelembap
Minyak semula jadi yang terdapat di dalam bunga ros membantu kelembapan dan menguncinya terus dalam kulit, memastikan kulit anda menjadi licin dan segar. Ros bermanfaat untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana gula yang terkandung di dalam kelopak mewujudkan ketenangan.
(e) Haruman semula jadi
Kebanyakan produk kecantikan organik akan menggunakan ros untuk memberi aroma lembut dalam produk yang dikeluarkan. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...