Tanggal 1 March yang lalu Datin Seri Zizie Izette telah melahirkan anaknya yang kelima. DS Zizie telah melalui tempoh berpantang selama 44 hari dan sebaik sahaja tamat tempoh berpantang DS Zizie telah memperkenalkan anak kelimanya melalui laman media sosialnya.
Meraikan tamat tempoh berpantang DS Zizie juga telah mengadakan majlis akikah dan cukur jambul. Kongsi DS Zizie, “Alhamdulillah selesailah sudah sesi 44 hari berpantang serta majlis aqiqah & majlis cukur jambul kecil-kecilan untuk anak-anak tersayang,” tutur DS Zizie yang kelihatan anggun menggayakan baju rekaan Rizman Ruzaini.
Majlis yang didekorasi indah dengan kombinasi rona lembut ini rupanya telah dilakukan oleh rakan baik DS Zizie sendiri iaitu Datin Rebecca Nur Islam. DS Zizie turut menzahirkan penghargaannya terhadap teman tersayangnya, “To my dearest friend with a kind soul, Datin @rebeccanuralislamahmad Tanpa you, and of course tanpa izin Allah juga majlis ni tak akan berlangsung dengan sempurna.
Thank you for organizing everything for me yang according to you “too westernized” ni from scratch sehinggalah selesai majlis. Bukan westernized tapi kita ni mana ada pengalaman kalau nak compare
dengan ibu cantik 6 orang anak ni.Anyway, I just want to tell you how proud I am to see the incredible, amazing & strong woman you have become. Betul kata orang, pengalaman mematangkan kita. You only exude love and light. Keep shining my friend,” kata DS Zizie.
Kredit foto: Instagram @zizieizette
This website uses cookies.