MashaAllah, comelnya anak perempuan Sheera Iskandar! Memiliki sepasang mata bundar dan hidung ‘terletak’, ramai memuji kecomelan anak selebriti ini. Makin membesar sihat dan aktif, bayi perempuan yang diberi nama Puteri Long Harissa ini nyata mencuri tumpuan peminat ibunda tersayang.
22 Februari ini, genap sembilan bulan usia Harissa. Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra selamat melahirkan anak sulung pada usia 37 tahun pada 22 Mei 2022 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Difahamkan, bayi Sheera dan suaminya iaitu Mohd Halim Abdul Gani ini pernah ditahan di wad hospital hampir sebulan atas faktor kesihatan. Namun kini Harissa makin sihat dan manja. Alhamdulillah!
Sejak berkahwin dan bergelar ibu, tidak dinafikan anak kepada pelakon jelita veteran, Aznah Hamid ini kian matang dan makin berseri-seri.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Dalam temu bual bersama Nona, Sheera memberitahu dia terdetik berniaga sabun pencuci muka Tomasoap secara tidak sengaja apabila meminta pihak kilang mengeluarkan pencuci muka untuk kegunaannya sendiri.
“Sebelum ini memang saya cari produk untuk rawat kulit muka. Tambah-tambah bila pakai tudung, area dagu dan dahi akan mudah naik jerawat. Disebabkan susah nak cari produk yang sesuai, saya minta kilang hasilkan satu produk yang tidak mengandungi chemical dan boleh pakai tiap hari. Setelah buat beberapa kali kajian, akhirnya ada penyelesaian untuk masalah kulit muka saya.
Mula-mula Tomasoap ada sabun je dan saya test dekat diri dulu. Saya tak nak jual sebab risau kesannya mungkin tak sama bagi sesetengah orang. Lepas percaya dengan keberkesanan Tomasoap, baru saya berani jual pada tahun 2018. Dari sabun, kami keluarkan krim muka dan kemudian serum. Alhamdulillah sejak tahun 2018 sampai sekarang kami dah ada regular customer.”
View this post on Instagram
Tiap kali tengok Sheera pasti ingat Gerak Khas. Memang namanya cukup sinonim dengan drama kepolisan berkenaan. Lebih istimewa, takdir Allah juga telah mempertemu Sheera dengan seorang anggota polis tampan yang kini bergelar suaminya. Kuat betul penangan Gerak Khas dalam diri pelakon cantik ini sampai bertemu jodoh pun dengan anggota badan beruniform!
Dalam pada itu, Sheera juga amat mementingkan kesihatan diri apatah lagi dengan usia yang kian meningkat. Dia mendedahkan pernah menjalani pembedahan membuang cyst di ovari. Hasil pembedahan itu doktor mendapati Sheera turut mengalami Polycystic Ovary Syndrome atau PCOS.
“Doktor kata faktor penyakit ini adalah daripada keturunan dan genetik diabetic. Bila dah berumah tangga ni, lagi saya kena jaga. Sebelum bedah, bahagian yang ada cyst tu timbul tapi sekarang dah susut.
Waktu saya kena bedah kalau tak silap tahun 2015. Masa tu saja pergi buat medical check up memandangkan umur pun dah lebih 30 tahun.
Start dari situ, saya jaga pemakanan dan elakkan makanan yang boleh aktifkan cyst tu balik. Alhamdulillah, kahwin ada rezeki dapat mengandung semula jadi tanpa apa-apa rawatan kesuburan.
Yang penting kena tahu keadaan badan macam mana. Jaga pemakanan itu penting. Sebelum kahwin lagi memang saya dah amalkan pengambilan folic acid dan fish oil. Saya dapat tahu saya hamil bulan September lepas.”
Semoga rumah tangga Sheera dan suami lebih bermakna dengan kehadiran puteri sulung di samping sukses dalam kerjaya yang diceburi.