Tertawan dengan wajah dan telatah comel Arianna Kyla. Bersandarkan statusnya sebagai cucu bilionair ternama iaitu Tan Sri Vincent Tan, sudah tentu kanak-kanak perempuan ini tidak lepas daripada perhatian masyarakat. Apatah lagi, ibu bapa Arianna merupakan ahli korporat dan individu berpengaruh terkenal tanah air.
16 Julai lepas anak sulung kepada pasangan SM Faliq dan Chryseis Tan ini genap mencecah usia tiga tahun. Memiliki sepasang mata bundar dan berkulit cerah, Arianna dikatakan mewarisi wajah bapanya.
Bersempena ulang tahun kelahiran puteri kesayangan baru-baru ini, pasangan ibu bapa muda tersebut meraikan Arianna dengan cukup meriah. Malah tema watak animasi popular Frozen menjadi pilihan untuk hari lahir Arianna Kyla!
Dalam majlis itu, kelihatan anak kecil ini comel mengenakan gaun ala Puteri Elsa yang lengkap bermahkota. Bahkan dekorasi pokok dilitupi salji dan belon berwarna putih, biru lembut dan silver melatari segenap ruang kediaman SM Faliq dan Chryseis.
Berkongsi momen majlis berkenaan di media sosial, tulis Chryseis. “Happy birthday our precious! Love you so so much. May you grow up to be a kind and loving girl!”
Selain Arianna, pasangan ini turut mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama SM Arman Naza yang lahir pada 18 Januari lepas.
Chryseis Tan, anak kepada bilionair terkenal, Tan Sri Vincent Tan dan Puan Sri Esther Tan sah bergelar isteri kepada anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, SM Faliq SM Nasimuddin pada Februari 2018.
Mereka saling mengenali sejak zaman persekolahan di sebuah sekolah antarabangsa.
Artikel lain https://www.nona.my/leia-rose-tamat-sekolah-rendah-warisi-gen-cantik-marion-caunter-jadikan-ibunya-inspirasi/
This website uses cookies.