Hari ini dah 26 Ramadan menandakan hanya lagi 4 hari kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam empat hari ini mesti ramai lagi yang belum menyediakan kelengkapan secukupnya. Baru meriah raya nanti!
Lebih-lebih lagi mak-mak yang bukan hanya fikir tentang keperluan sendiri tetapi kena fikirkan tentang kelengkapan suami dan anak-anak. Itu belum termasuk juadah raya dan deko rumah. Itu yang kadang-kadang mak-mak tak sempat nak sediakan keperluan diri sendiri.
Biasanya setiap tahun mak-mak akan menyediakan tema. Warna-warna pilihan yang dekat dengan hati pasti menghiasi timeline masing-masing pada raya pertama nanti. Agak-agaknya warna apa yang paling popular tahun ini?
Bagi yang masih tercari-cari lagi tema untuk digayakan pada pagi raya nanti mungkin boleh mengambil idea dari rekaan yang ditampilkan di sini.
Tudung Raya
Baju Raya
Solekan Raya
Aksesori Raya
Wangian Raya
Beg Tangan Raya
Kasut Raya
Jangan Hanya Kerana USIA, Kulit Terpaksa TANGGUNG DERITA! Tips CANTIK Untuk Anda.
Kecantikan seorang wanita tak hanya terhenti pada tahap umur tertentu. Keseluruhan hidupnya menjadi perhatian suami, keluarga dan teman. Jadi, biarpun usia meningkat, anda perlu tampil cantik ok!
Regimen penjagaan kulit dan tona solekan semakin berubah mengikut usia. Bukan bermakna pabila usia cecah 40’an, anda perlu tampil hanya dengan wajah polos dan kulit bibir kering dan pucat! Cara solekan akan berubah anda menjadi semakin tua atau semakin muda. Jom perhatikan satu per satu:
Primer
Jadikan primer sebagai teman baik anda. Primer wajah yang baik akan memenuhi ruang kedut pada wajah, menutup garis halus, menjadikan liang roma semakin kecil dan memperbetulkan kompleksi wajah.
Gincu bibir
Gincu bibir boleh menentukan usia anda. Pilih gincu yang mempunyai tona warna satu atau dua tahap lebih gelap dari warna bibir. Elakkan gincu matte kerana ia menutup garisan bibir.
Apa kata cuba gincu bibir berkrim atau pengilat bibir. Pengilat bibir bukan sahaja memberi ilusi lebih muda tetapi menjadikan bibir lebih mungil.
Pemerah pipi
Teruskan menggunakan pemerah pipi berkrim. Kulit tua biasanya kulit kering jadi pemerah pipi berkrim tidak mampu menyelesaikan masalah garisan halus dan kedut pada wajah . Produk berkrim cenderung ‘memejalkan’ kulit anda.
Penggaris mata
Penggaris mata membantu menonjolkan mata. Menggaris mata boleh menjadikan ia lebih galak. Melukis penggaris mata pada bahagian atas mata membuatkan bulu mata anda lebih cantik manakala garisan bawah mata member efek lebih kemas.
Tip untuk anda: Gunakan penggaris mata berona lebih gelap pada bahagian atas mata manakala penggaris mata lebih cerah pada bahagian bawah.
Selain itu, perhatikan juga:
Teliti perubahan kulit
Tentukan sama ada kulit anda memerlukan kelembapan atau tak. Pilih palet solekan yang sesuai dengan kulit.
Pilih bedak asas yang berbeza. Tak mungkin kulit anda hanya sesuai dengan satu tona warna sejak tiga dekad lalu kan?
Cuba solekan yang lebih sofistikated dan sesuai dengan kulit serta personaliti anda. Pastikan anda jangan over confident pula dengan solekan garang atau berwarna-warni pada usia 40’an ni.
Kontur
Tip kontur ini akan menjadikan anda jauh lebih muda dari usia. Hanya dengan menggunakan bedak kompak dua atau tiga tahap lebih gelap dari kulit wajah, sapukan ia secara ringan pada bahagian garis rahang, garis anak rambut dan dahi.
Cara ini akan membentuk kedalaman palsu atau false depth pada wajah, dan paling penting ia memberi penegasan pada kawasan wajah yang lebih cerah.
TIDAK PERLU melakukan pembedahan, hanya perlu bijak menggunakan gaya solekan.
Pencuci wajah anti penuaan
Terimalah hakikat bahawa usia kita semakin meningkat. Tetapi, dengan cara penjagaan yang betul, anda boleh mengurangkan penglihatan wajah dalam soal usia. Guna pencuci wajah anti penuaan kaya nutrien kerana regim anti penuaan bermula dengan pemilihan pencuci yang betul, sama ada semakin mengeringkan atau melembap kulit.
Serum
Jangan abaikan penggunaan serum pada wajah. Inilah superfood yang kulit mahukan kerana ia menjadi suplemen tambahan agar garisan halus tidak nampak ketara serta kelembapan terpelihara. Antara serum yang sering menjadi pilihan adalah First Care Activating Serum dari Sulwhasoo.
Anda tidak perlu bimbang lagi kerana bantuan kecemasan hanya di hujung jari. Ia membentuk kulit menjadi tegang, booster anti penuaan, meningkatkan pelindungan kulit dan meningkatkan Skin Youth Index. Boleh beli secara online di SINI
Pewarna rambut
Kurangkan uban rambut dengan mencari belahan yang sesuai pada wajah. Warnakan rambut untuk menutupi uban.
Gunakan warna-warna yang natural dan tidak terlalu menonjol.
Biarkan kening menebal
Warnakannya untuk menutup rambut putih yang ada. JANGAN cabut bulu kening kerana anda akan memusnahkan folikel yang mana boleh menyebabkan terdapat jarak di antara bulu kening, di mana ada bulu kening yang tidak tumbuh.
Gunakan krim malam yang kaya dengan nutrien
Pada usia 40’an, fiber kolagen mengental, memberi kesan kedut pada wajah.
Kuncinya..gunakan rose oil, minyak jojoba dan AHA semula jadi untuk mengurangkan sel kulit mati yang menyebabkan wajah kusam dan kelabu.
Buang mindset “hanya pembedahan plastik boleh memberikan kecantikan yang saya inginkan!”
Minum air suam dan teh hijau
Ia membolehkan peredaran darah yang baik dan kulit lembut.
Masukkan facial menggunakan bahan semula jadi ke dalam regim kecantikan anda kerana sesekali kulit wajah perlu dibelai dan diberi nutrisi yang lebih teliti.
Bersihkan hati
Ini akan membuatkan penglihatan anda lebih jelas dan meningkatkan metabolism
ELAKKAN produk tenusu, gandum atau gula selama lima hari. Gantikannya dengan menikmati sayur-sayuran hijau. Ia adalah cara mudah untuk membersihkan hati anda.
Krediti foto: Instagram Datin Seri Maria Farida, Fauziah Latif dan Amy Mastura
Hilang 25 Kg Dalam Masa 4 Bulan, MELLY GOESLAW Tampil Lebih Cantik, Sihat & Yakin
Penyanyi juga komposer terkenal dari negara seberang Indonesia, Melly Goeslaw tampil lebih anggun dan berseri selepas melakukan proses pembuangan usus ataupun dikenali sebagai pembedahan bariatrik.
Namun begitu, ramai juga dikalangan peminat-peminatnya yang tertanya-tanya dengan susuk tubuhnya yang kelihatan semakin kurus dan susut. Hakikatnya, Melly teruja dan gembira dengan saiz tubuh badannya itu kerana berjaya mencapai berat badan yang diidamkan.
Selepas melakukan pembedahan tersebut, penyanyi yang popular dengan lagu Ada Apa Dengan Cinta itu berjaya menurukan sebanyak 25kg. Menurut perkongsiannya di laman Instagram, dia hanya mengambil masa selama tempoh empat bulan sahaja untuk mendapatkan berat badan idamannya itu.
Kongsinya lagi, kandungan gula dalam darahnya juga kembali normal dan stabil menyebabkan dia lebih teruja dengan perubahan dirinya.
Today is happy day. Hari ini tepat empat bulan pasca aku bedah bariatrik, aku sudah turun 25kg, dan gula darah ku tetap stabil.
Di bahaian ruangan komen, ramai juga yang turut memuji Melly kerana usaha kerasnya untuk menurunkan berat badan biarpun harus kental melakukan pembedahan tersebut. Terkesima dengan kecantikan isteri kepada Anto Hoed, netizen memberi pujian yang begitu menyenangkan kepadanya.
Sudah terang lagi bersuluh, perjalanan penyanyi yang seringkali tampil dengan gaya fesyen pelik tapi menarik ini untuk menurunkan sebanyak 25 kg bukanlah sebuah perkara yang mudah.
Malah, sebelum melakukan pembedahan, Melly juga pernah melakukan senaman dan diet seperti biasa, namun berasa sedih kerana tidak mendatangkan hasil. Sehinggalah, rakan karibnya, Tompi mencadangkan untuk melakukan pembedahan bariatrik.
Apa yang pasti, kini, Melly yang bakal mengadakan konsert Ada Apa Dengan Melly di Kuala Lumpur nanti sedang menjalani kehidupan yang sihat dan lebih gembira.
Sumber gambar: Instagram Melly Goeslaw
Ini Rahsia Tudung Cantik Terletak NORYN AZIZ, Mesti Anda Jatuh Cinta Nak Berhijab!
Sejak kemunculan semula penyanyi bersuara lunak Noryn Aziz ni, memang tak lepas ikut perkembangan dia. Dari karier seni, sisi kehidupan peribadi… sampailah tip cantik yang diamalkan Noryn, ramai peminat yang menanti-nantikan perkembangannya. Lagi-lagi sejak pemilik nama Norazmahwati Abdul Aziz ini mengenakan hijab sekitar tahun 2011.
Disifatkan antara selebriti wanita berhijab yang sering tampil bergaya, populariti Noryn semakin meningkat naik selepas dia menjuarai program realiti Gegar Vaganza Musim Kelima pada September tahun lalu. Berbekalkan bakat nyanyian dan sifat merendah diri serta ramah melayan para peminat… maka tidak hairanlah saban tahun ada saja rezeki Noryn.
Terbaru, Noryn kembali menyuntik inspirasi dan ‘superwoman’ kepada golongan wanita menerusi perniagaan terbarunya, By Noryn. Label hijab Noryn yang baru dilancarkan pada 1 Februari lepas ini adalah buah tangan kepada semua wanita khususnya yang berhijab juga buat mereka bakal mengenakan hijab. Patutlah selama ni tengok Noryn pakai tudung cantik terletak je, rupa-rupanya sebab ada label hijab sendiri.
“Bismillahirrahmanirrahim. By Noryn is OFFICIALLY ONZ. Launch. Berdesup!!! Menemui anda… Superwoman collection of instant shawl berwarna-warni menyinari hari-hari anda yang indah ceria walau terkadang mendung.
We have 21 colors to grab. Hoodie Shawl yang multipurpose pula memudahkan look anda. Tak caya, cubalah. Anda akan nampak lebih mysteriously fashionable. Hoodie Shawl ni boleh digayakan pelbagai style.”
https://www.instagram.com/p/BtfIjTvBaW4/
Seriously, memang rambang mata tengok koleksi By Noryn. Siap buat tutorial lagi. Memang mudah, cepat dan cantik bila digayakan. Sesuailah untuk anda yang sibuk bekerjaya atau yang ada anak ramai. Tak perlu lagi berdiri lama depan cermin lepas ni.
Noryn yang kini meniti usia 42 tahun mempunyai seorang anak lelaki, Raja Bariq Umar Shah yang berusia lima tahun. Tahun 2019 nyata tahun yang bertuah bagi figura ini kerana selain berjaya menghasilkan jenama sendiri, Noryn bakal mengadakan konsert Soul Sisters bersama paduan suara penyanyi hebat, Misha Omar dan Siti Sarah pada 5 dan 6 April nanti.
Kredit: Instagram Noryn Aziz