Dame Profesor Sarah Catherine Gilbert yang merupakan seorang ahli vaksinologi dari Jenner Institute & Nuffield Department of Clinical Medicine, Oxford University. Profesor Sarah menjadi individu yang mencipta vaksin AstraZeneca yang digunakan secara meluas di seluruh dunia.
Baru-baru ini, wanita yang telah menolak untuk mematenkan vaksin berkenaan apatah lagi meraih royalti atas usaha kerasnya ini telah berkongsi khabar gembira dengan menyatakan virus COVID-19 ini akan menjadi lemah seperti selesema biasa seperti yang dilaporkan oleh KOSMO.
Menurut Profesor Sarah, virus Sars-CoV-2 yang menjadi penyebab kepada wabak itu, tidak akan bermutasi menjadi varian berbahaya, sebaliknya menjadi virus korona yang wujud dalam kehidupan harian.
Sementara itu, Profesor Sarah menegaskan bahawa vaksinasi adalah perkara paling penting bagi mengawal pandemik pada masa akan datang. Tambahnya, persiapan terhadap sebarang kemungkinan pandemik pada masa hadapan adalah penting bagi memastikan wabak tidak dapat menular kepada banyak negara.
Dalam pada itu, kejayaan yang diraih oleh wanita yang berusia 59 tahun ini mendapat perhatian dunia. Malah, Profesor Sarah telah dianugerahkan gelaran Dame Commander of the Most Excellent Order of the British Empire daripada Kerajaan England atas jasanya dan kebaikan hatinya.
Profesor Sarah berasal dari Northamptonshire, England dan meraih gelaran sarjana ilmu biologi dari University of East Anglia. Setelah itu melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah di Universiti Hull dengan memfokuskan terhadap kajian genetik dan biokimia Rhodosporidium toruliodes.
Sepanjang kariernya, Profesor Sarah banyak melibatkan diri dalam menghasilkan pelbagai vaksin yang berbeza termasuk malaria dan MERS.
Portfolio Mattel francais ikonik seperti Barbie juga telah mengangkat Profesor Sarah sebagai Suri Teladan buat kanak-kanak. Barbie telah mengeluarkan dan menghargai jasa petugas hadapan dengan membariskan 6 pekerja seluruh negara termasuk saintis ini. Wajahnya telah sebagai salah satu patung Barbie.