CP Sarimah Ibrahim Teruja Saksi Adat Jejak Tanah Puteri Sulungnya Buat Kali Pertama

Perkahwinan adalah sebuah ikatan yang unik apabila berlakunya pertemuan dua budaya di antara pasangan suami dan isteri. Che Puan Sarimah seorang wanita pan-asian gembira dan teruja mempelajari adat dan budaya belah suaminya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, seorang kerabat diraja dari Negeri Sembilan.

Foto: Koleksi peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim
Foto: Koleksi peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim

“Jika ditanya perasaan saya sewaktu melangsungkan adat Jejak Tanah untuk YM Tunku Sofia Najihah Binti Tunku Nadzimuddin memang gembira dan teruja. Saya sendiri tak pernah menyaksikan majlis sebegini melainkan majlis cukur jambul yang biasa diadakan. Saya gembira meneruskan tradisi keluarga suami kerana beliau sendiri pernah melalui majlis Jejak Tanah seperti ini 48 tahun yang lalu,” tutur Che Puan Sarimah memulakan bicara.

Foto: Koleksi peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim
Foto: Koleksi peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim

Menurut Che Puan Sarimah, majlis Jejak Tanah yang telah berlangsung itu sebenarnya pernah tertangguh. “Majlis untuk Tunku Sofia ini sepatutnya berlangsung pada bulan Mac tetapi tertangguh akibat penularan pandemik COVID-19 dan kerajaan kita telah mengisytiharkan PKP.

Foto: Koleksi peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim
Foto: Koleksi peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim

Waktu itu segala persiapan sudah tersedia termasuk pakaian kami satu keluarga,” ujar Che Puan Sarimah yang memilih warna off-yellow cream

bagi mengikut tema puterinya yang perlu memakai warna kuning diraja untuk majlis tersebut.
Foto: Koleksi peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim
Foto: Koleksi peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim

Walaupun tertangguh tetapi perasaan gembira tidak dapat disembunyikan oleh Che Puan Sarimah ketika bercerita tentang majlis buat puteri sulungnya itu. “Majlis ini telah dilangsungkan di Istana Nurul Jannah, Bukit Tunku iaitu kediaman YMM Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin yang merupakan moyang kepada Tunku Sofia.

Foto: Koleksi peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim
Foto: Koleksi peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim

Majlis ini berlangsung hanya untuk keluarga dan rakan terdekat sahaja dan paling penting mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti memeriksa suhu badan.

Foto: Koleksi peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim
Foto: Koleksi peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim

Saya juga bersyukur apabila Tunku Sofia tidak meragam sepanjang majlis tersebut berlangsung. Sejak mula majlis sehingga ke akhirnya, Tunku Sofia ceria dan tersenyum saja. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Ibu saya turut teruja untuk menghadiri majlis ini kerana tidak pernah menyaksikan majlis sebegini sepanjang hidupnya,” jelas Che Puan Sarimah mengakhiri perbualan kami.

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed