Cuaca Panas, Bimbang Mekap Rosak & Muka NAMPAK BERMINYAK? Tip Ini Boleh Diikuti Supaya Maintain Anggun

Keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan, malah ia turut menyebabkan timbulnya beberapa masalah pada kulit. Jika tidak diberi perhatian yang khusus, sudah tentu ia akan mencacatkan penampilan seseorang. Selain perubahan cuaca terdapat beberapa perkara yang turut menyumbang ke arah masalah kulit. Tentu saja masalah stres, kitaran menstruasi, kondisi kulit serta pengaruh iklim tropika yang sudah lumrah sering dikaitkan dengan masalah ini. Jika anda mengalami masalah yang sama, jom kenal pasti masalah dan rawat dengan cara yang betul.

Mengapa Wajah Berminyak?

Kulit wajah yang cenderung sensitif memerlukan kandungan semula jadi yang sangat ringan. Jadi, produk dengan kandungan mineral merupakan penyelesaian terbaik. Namun anda perlu tahu kelebihan kandungan mineral dalam produk kecantikan yang berada di pasaran.

Anda harus memilih produk yang bersifat non comedogenic bermaksud tidak menyumbat pori-pori dan tidak menyebabkan jerawat. Paling menarik, produk dengan kandungan mineral memiliki butiran yang berukuran nano partikel sehingga mudah meresap ke dalam kulit. Kebiasaannya, produk yang mengandungi mineral juga tidak mengandungi wangian sintetik, pewarna, minyak mineral dan pengawet sehingga anda boleh meminima berlakunya alahan kulit.


Beberapa doktor dan pakar kecantikan seringkali menyarankan untuk menggunakan kosmetik berasaskan mineral pada wanita yang baru saja menjalani perawatan laser, mikrodermabrasi, dan pengelupasan kimia. Namun, tidak semua kandungan mineral dapat digunakan. Berikut adalah beberapa kandungan mineral yang sesuai dan terkandung dalam sebahagian besar produk kecantikan.

Merawat Kulit Berminyak

Minyak pada kulit wajah penting untuk menjaga kelembapan kulit. Namun minyak yang berlebihan juga tidak baik untuk kulit hingga mengundang rasa tidak selesa. Tahukah anda, masalah ini antaranya berpunca disebabkan pola pemakanan yang salah. Akibatnya, kulit berminyak memerangkap kotoran membuat kulit terlihat kusam.

Untuk mengatasi kulit berminyak ialah mencuci wajah secara teratur. Basuh wajah minima dua kali sehari dengan pembersih wajah yang lembut dan tidak menyebabkan alahan. Lebih bagus lagi jika anda memilih pembersih wajah yang dibuat dari formulasi herba.
Gosok dengan pembersih wajah 2 kali dalam seminggu.

Ada beberapa pembersih wajah yang berfungsi seperti lulur yang menyingkirkan kotoran dan kulit mati hingga wajah menjadi bersih dan cerah. Wajah berminyak lebih mudah memerangkap debu hingga membentuk lapisan di atas wajah. Jadi anda disarankan memilih produk yang selamat dan terbukti berkesan bagi mengurangkan masalah kulit wajah.

Selepas mencuci wajah menggunakan produk pembersih wajah, jangan lupa untuk mengaplikasikan penyegar dan pelembap. Perawatan ini tidak hanya diperlukan untuk kulit berminyak malah juga sesuai untuk kulit tidak berminyak. Pelbagai produk dijual di pasaran seperti penyegar air mawar dan dan teh hijau.

Tidak kira apa jua produk penjagaan wajah yang menjadi pilihan, sebaiknya dapatkan nasihat dari pakar dermatologi agar permasalahan ini dapat diatasi dan memberikan kesan yang positif terhadap kulit seseorang.

Share
Published by
Rosmah Idayu