Kebelakangan ini cuaca panas membahang sehinggakan tidur di dalam bilik mempunyai pendingin hawa masih terasa panas. Apabila terdedah kepada cuaca panas ini boleh buat demam panas.

Ads
Cuaca Panas Membahang, Kesan Paling Kritikal STROK HABA Bahayakan Kesihatan 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @haniszalikha

Apabila cuaca panas membahang dan melampau boleh menyumbang kepada keadaan kesihatan yang tidak menentu, amat ditakuti. Kesan kesihatan apabila cuaca panas termasuk;

  • Keletihan akibat dari panas (heat fatigue).
  • Pitam atau pengsan akibat dari panas (heat syncope).
  • Kekejangan akibat dari panas (heat cramps).
  • Keletihan akibat dari panas (heat exhaustion).
  • Strok akibat dari panas (heat stroke).
Cuaca Panas Membahang, Kesan Paling Kritikal STROK HABA Bahayakan Kesihatan 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @nelydiasenrose

Kesan cuaca panas terhadap tubuh manusia yang paling kritikal adalah strok haba yang boleh membahayakan nyawa. Kanak-kanak dan warga emas adalah di antara mereka yang berisiko mendapat strok haba sekiranya tidak melakukan langkah pencegahan yang sewajarnya. Tip pencegahan elak strok haba adalah;

  • Banyak minum air putih dan air buah. Tidak perlu tunggu hingga dahaga baru minum air.
  • Jika terasa tubuh terhidrasi minum air isotonik kerana boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang ketika berpeluh.
  • Kurangkan aktiviti luar dan lebih banyak tinggal di dalam rumah atau bangunan.
  • Lebih banyak berehat dan kurangkan kadar perpeluhan yang banyak.
  • Duduk di tempat yang sejuk seperti di dalam bilik berhawa dingin, di bawah kipas atau mandi untuk menyejukkan badan.
  • Pakai pakaian yang menyerap peluh seperti kain kapas.
  • Memakai payung atau sebarang pelindung ketika berada di luar terutama di bawah cahaya matahari.
Cuaca Panas Membahang, Kesan Paling Kritikal STROK HABA Bahayakan Kesihatan 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @errafazira

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Dalam menangani apa juga masalah kesihatan mengamalkan gaya hidup sihat adalah salah satu daripadanya. Mungkin pada pandangan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah makan makanan yang sihat, bersenam secara konsisten dan tidak merokok. Ya, memang benar tiga elemen tersebut adalah faktor hidup yang sihat, namun terdapat tip yang boleh membantu meningkatkan gaya hidup yang sihat seperti;

Ads
  1. Selalu aktif. Jangan duduk terlalu lama di depan komputer atau menonton televisyen. Boleh bekerja di depan komputer dan menonton televisyen tetapi bergerak dan kekal aktif.
  2. Sinar matahari pagi baik untuk kesihatan untuk mengeluarkan vitamin D. Vitamin D berfungsi untuk mengelak penyakit jantung dan mencegah osteoporosis.
  3. Banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dua kumpulan ini membekalkan nutrien yang baik untuk kesihatan tubuh.
  4. Bersenam. Rutin bersenam setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit elok untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
  5. Berhenti merokok. Ini merupakan salah satu gaya hidup yang sihat namun sukar untuk dilakukan terutama lelaki. Namun, tahu kah anda kandungan nikotin itu bahaya untuk tubuh.
Cuaca Panas Membahang, Kesan Paling Kritikal STROK HABA Bahayakan Kesihatan 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @missfazura

Baca juga; Akrabnya ANUAR & ZIANA! Dua Beradik Ini Bakal Bergabung Dalam Satu Konsert

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI