Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca panas yang dialami sekarang dijangka berlarutan sehingga pertengahan September berikutan monsun Barat Daya yang mengakibatkan iklim panas dan kering.

Cuaca yang sangat panas boleh menimbulkan beberapa masalah kesihatan di kalangan orang ramai termasuk ruam panas, kekejangan, keletihan dan strok haba.

Ads

Banyak langkah berjaga-jaga perlu diambil apabila melakukan aktiviti luar, antaranya minum lebih banyak air. Tapi sebaik-baiknya, berlindunglah di bawah tempat redup atau di dalam rumah bagi menjaga kesihatan.

Penghawa dingin adalah pilihan utama bagi kebanyakan orang untuk mengharungi cuaca panas kerana ia sangat selesa untuk kekal sejuk pada suhu pilihan. Walaupun ia memberi kita keselesaan yang tak terbanding, kita mesti sedar tentang masalah yang akan timbul apabila ia digunakan dengan terlalu lama.

Penggunaan penghawa dingin bukan sahaja menyebabkan peningkatan pada bil elektrik akibat tenaga yang diperlukan, ia juga salah satu punca pemanasan global yang merupakan isu alam sekitar utama pada masa kini.

Untuk mengelakkan sebarang masalah seperti yang disebutkan, berikut adalah beberapa penyelesaian alternatif mesra alam dan mesra dompet yang boleh kita lakukan di rumah untuk menyejukkan hari yang panas!

 

1. Gantikan mentol pijar ke mentol LED

Semua peralatan elektronik menghasilkan haba apabila menjana elektrik dan menyumbang kepada peningkatan suhu bilik. Ini termasuk mentol lampu.

Berbanding dengan mentol pijar tradisional, mentol LED menggunakan lebih sedikit tenaga dan menjana lebih sedikit haba serta lebih cekap tenaga.

Oleh itu, jika anda cuba menyejukkan bilik anda, peralihan kecil seperti pertukaran kepada mentol LED dapat membantu dan ia juga akan mengurangkan bil elektrik anda!

Cuaca Panas Terik! Ini Caranya Sejukkan Rumah Tanpa Aircond, Bil Elektrik Pun Rendah
Menukar mentol pijar kepada mentol LED akan membantu mengurangkan haba dan penggunaan tenaga.

 

2. Pasang bidai atau langsir gelap 

Cahaya matahari yang mengalir melalui tingkap akan meningkatkan suhu bilik. Lagi besar tingkap, lagi banyak haba yang akan terkumpul.

Bidai dan langsir gelap adalah salah satu cara paling berkesan untuk menghalang cahaya matahari langsung daripada memanaskan ruang. Sebelum anda meninggalkan rumah, tutup langsir dahulu supaya anda boleh kembali ke rumah yang lebih sejuk.

Cuaca Panas Terik! Ini Caranya Sejukkan Rumah Tanpa Aircond, Bil Elektrik Pun Rendah
Tirai gelap atau bidai dapat menghalang cahaya matahari daripada masuk ke dalam bilik sekali gus mengurangkan peningkatan haba.

 

3. Lekatkan filem gelap pada tingkap

Ads

Walaupun langsir adalah cara yang mudah dan berkesan untuk menghalang cahaya matahari yang terik, ramai yang mungkin tidak mahu berada dalam ruang gelap pada siang hari. Pemasangan filem gelap (tinted) pada tingkap di rumah anda boleh mengurangkan haba daripada cahaya matahari sambil mengekalkan cahaya semula jadi.

Secara amnya, filem gelap memantulkan haba untuk mengelakkan peningkatan suhu bilik. Terdapat juga filem gelap di pasaran yang direka khusus untuk melindungi daripada sinaran UV yang langsung dapat memastikan rumah kekal pada suhu yang lebih sejuk.

Cuaca Panas Terik! Ini Caranya Sejukkan Rumah Tanpa Aircond, Bil Elektrik Pun Rendah
Tingkap berfilem gelap memantulkan sinaran UV sambil membenarkan cahaya semula jadi masuk ke dalam rumah.

 

4. Wujudkan kolam dan hiasan air 

Pemasangan hiasan air di dalam rumah telah menjadi semakin popular kerana ia bukan sahaja bertindak sebagai sistem penyejukan semula jadi cekap tenaga untuk ruang kediaman kita, malah mewujudkan suasana yang amat menenangkan.

Di samping itu, air menambah kelembapan pada ruang kediaman, meningkatkan kualiti udara sambil menyejukkan udara di sekitar kawasan di mana hiasan air diletakkan. Walau bagaimanapun, faedah ini tidak akan kekal jika hiasan air tidak dipasang atau diselenggara dengan baik.

Ads

Menurut Encik Koo Zao Cheong, Pengurus Pembangunan Perniagaan Serantau Waterco, jika semua peralatan dipilih dan dipasang dengan betul, aliran air pasti lancar dan ia hanya akan memerlukan penyelenggaraan yang minimum pada masa hadapan.

Cuaca Panas Terik! Ini Caranya Sejukkan Rumah Tanpa Aircond, Bil Elektrik Pun Rendah
Hiasan air membantu mencipta sistem penyejukan semula jadi dan membawa suasana yang indah ke ruang kediaman.

“Terdapat beberapa faktor yang menentukan hiasan air yang berjaya, dan salah satunya ialah saiz pam. Memilih pam air mengikut reka bentuk hiasan air adalah penting kerana ia akan memastikan kelancaran aliran air tanpa percikan merata.

Sistem penapisan air yang berkesan juga penting untuk memastikan air bersih dan selamat, terutamanya bagi mereka yang ingin menternak ikan dalam hiasan air mereka. Ini untuk mengelakkan bau dan mengurangkan penyelenggaraan yang diperlukan.”

 

5. Lap kipas siling anda dengan kerap

Tahukah anda lapisan habuk tebal pada kipas siling adalah salah satu faktor utama yang mempengaruhi kesan penyejukan kipas? Pembersihan kipas siling sememangnya menyusahkan dan ramai juga yang mungkin hanya membersihkannya setahun sekali.

Habuk pada kipas bukan sahaja kotor malah ia juga memperlahankan kelajuan kipas kerana lebih banyak tenaga diperlukan untuk berpusing. Bersihkanlah kipas siling anda dengan kerap dan anda pasti akan merasai perbezaannya!

Cuaca Panas Terik! Ini Caranya Sejukkan Rumah Tanpa Aircond, Bil Elektrik Pun Rendah
Kipas siling hendaklah dibersihkan untuk mengelakkan habuk bertimbun yang akan memperlahankan kipas dan menjejaskan kebersihan persekitaran tempat tinggal.

 

Cubalah langkah-langkah mudah ini dan jangan bergantung pada penghawa dingin untuk kekal sejuk di rumah! Anda mungkin mendapati langkah-langkah ini bermanfaat untuk dompet anda, ruang kediaman dan alam sekitar.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI