Asyik menikmati hidangan Melayu, cuba pula sajian pasta barat atau western yang pastinya menjadi kegemaran anak-anak kita. Mungkin ramai yang tidak berani mencuba kerana menyangka hidangan ini susah untuk disediakan dan menggunakan bahan-bahan yang sangat mahal. Kami berkongsi seleksi sajian pasta barat yang mudah, sedap dan boleh dihasilkan sendiri di rumah tanpa menggunakan kos yang terlalu mahal. Selamat mencuba.

CUBA 6 RESIPI PASTA YANG MUDAH, SEDAP & BUKA SELERA!

IKLAN

1. FETUCCINE DAGING PANGGANG

BAHAN-BAHAN:
200gm daging
200gm pasta fettucine | direbus lembut
3 ulas bawang putih | cincang
1/2 biji bawang besar | cincang
1 sudu makan tepung gandum
2 cawan susu segar
3 keping keju cheddar
1/2 cawan keju parmesan
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
1/2 sudu teh oregano
Sedikit air jika perlu
Sedikit daun parsli
2 sudu makan mentega
2 sudu makan minyak zaitun

CARA MEMBUAT:
Perapkan daging dengan serbuk lada hitam dan garam. Kemudian panggang hingga masak. Panaskan minyak zaitun dan mentega. Tumis bawang besar serta bawang putih hingga keperangan. Kemudian masukkan tepung gandum. Gaul sebati. Seterusnya masukkan susu. Kacau hingga semua bahan tidak berketul. Biarkan mendidih. Masukkan keju cheddar, keju parmesan, oregano, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan pastikan sos mempunyai kepekatan yang sederhana. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air atau susu. Hidangkan bersama spageti, kepingan daging panggang, sedikit keju parmesan dan parsli sebelum dinikmati.

CUBA 6 RESIPI PASTA YANG MUDAH, SEDAP & BUKA SELERA!

2.FUSSILI AYAM CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:
200gm pasta fussili | rebus lembut
10 biji cendawan | hiris 4
10 biji tomato ceri | dibelah 2
3 ulas bawang putih | hiris
1/2 biji bawang besar | cincang
50gm isi ayam | potong dadu
1/2 tin sos pasta tomato
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUAT:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga keperangan. Kemudian masukkan isi ayam. Masak hingga air ayam kering. Masukkan cendawan dan juga tomato. Tumis sehingga tomato dan cendawan masak sepenuhnya. Tuang sos pasta dan gaul rata. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukupnya. Akhir sekali, masukkan pasta fussili dan gaul hingga sebati. Sedia untuk dinikmati.

CUBA 6 RESIPI PASTA YANG MUDAH, SEDAP & BUKA SELERA!

3.PASTA BOW TIE BERKRIM TELUR PUYUH & ASPARAGUS

BAHAN-BAHAN:
300gm pasta bow tie / farfalle
6-7 batang asparagus | dipotong 1 inci & dicelur
1 cawan heavy cream
2 biji lemon | ambil parutan kulitnya
1/2 cawan keju parmesan parut
6-7 biji telur puyuh | direbus
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

CARA MEMBUAT:
Panaskan heavy cream hingga mendidih dan sedikit pekat. Kemudian masukkan parutan kulit lemon dan keju parmesan. Kacau hingga sebati dan keju larut sepenuhnya. Perasakan dengan garam serta serbuk lada hitam dengan secukup rasa. Seterusnya masukkan pasta, telur puyuh dan asparagus. Gaul hingga bersalut sepenuhnya. Rasa dan jika perlu, tambahkan parutan keju atau garam. Sedia untuk dinikmati.

CUBA 6 RESIPI PASTA YANG MUDAH, SEDAP & BUKA SELERA!

IKLAN

4.PENNE SOSEJ AYAM & SAYURAN

BAHAN-BAHAN:
200gm pasta penne | rebus lembut
2 sudu makan minyak zaitun
2 biji bawang merah | dadu
4-5 batang sosej ayam | hiris
1/2 cawan air rebusan ayam
1 1/2 cawan krim masakan @ heavy cream
1 kiub pati ayam
1/2 cawan keju parmesan parut
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
1 sudu makan daun parsli cincang

CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak dan goreng hirisan sosej hingga keperangan.Tambahkan hirisan bawang merah. Tumis lagi hingga keperangan.Bila kuali sedikit berasap, masukkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit bagi mendapatkan kesan berdesir.Masukkan krim masakan, garam serta serbuk lada hitam dengan secukupkan. Biarkan sos mendidih. Masukkan pasta. Kacau lagi hingga sebati. Padamkan api. Masukkan keju dan daun parsli. Gaul hingga sebati dan keju cair. Sedia untuk dinikmati.

CUBA 6 RESIPI PASTA YANG MUDAH, SEDAP & BUKA SELERA!

5. SPAGETI TOMATO BEBOLA DAGING

IKLAN

BAHAN-BAHAN:
400gm spageti | direbus hingga lembut. Toskan
500gm bebola daging sejukbeku
1 biji bawang besar | cincang halus
2 ulas bawang putih | dadu kecil
2 biji tomato | buang biji & cincang
250gm tomato puri
250gm sos tomato
1 kiub pati daging
1 sudu makan oregano kering
2 helai daun bay
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUAT:
Panaskan kuali dan masak bebola daging hingga keperangan. Jika masak guna kuali biasa, masukkan sedikit minyak supaya tidak melekat. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan buah tomato cincang, tomato puri, dan sos timato. Masak seketika. Bila sos sebati, masukkan kiub pati daging, oregano, daun bay, lada sulah dan garam secukup rasa. Masak hingga kuah mendidih. Masukkan bebola daging. Gaul rata. Jika kuah terlalu pekat, tambah sedikit air. Angkat dan hidangkan dengan spageti.

CUBA 6 RESIPI PASTA YANG MUDAH, SEDAP & BUKA SELERA!

6. MAKARONI & KEJU

BAHAN-BAHAN:
2 cawan makaroni
100gm isi ayam rebus | dadu kecil
2 sudu makan mentega
2 sudu makan tepung gandum
2 1/2 cawan susu penuh krim
4-5 keping keju cheddar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh oregano kering
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:

Didihkan air, masukkan sedikit garam dan rebus makaroni hingga lembut. Toskan air dan ketepikan. Cairkan mentega dan masukkan tepung agndum. Kacau rata dengan cepat hingga tepung dan mentega jadi sebati. Masukkan susu. Kacau rata sehingga kuah tidak berketul. Tambahkan serbuk lada hitam serta garam secukupnya. Masukkan kepingan keju dan kacau lagi hingga keju cair dan semua bahan sebati. Jika terlalu pekat, tambah sedikit susu. Akhir sekali, masukkan makaroni dan isi ayam. Gaul hingga sekata. Sedia untuk dinikmati.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI