Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda menjadi seperti magnet yang menarik pasangan dekat di hati anda.

Cuci hati anda dengan menjaga ibadah, solat taubat, istighfar, membaca al-Quran, memaafkan orang lain dan memohon maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Ads

Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa tubuh. Elak bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap pasangan anda.

Belajar mengenal karenah, perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebencian pasangan anda.

Sentiasa berdoa agar hayat rumahtangga anda berdua berkekalan seterusnya dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat.

TIP RUMAH TANGGA BAHAGIA

(a) Jangan suka dengar cakap orang, jangan kuat cemburu dan mengongkong! Baru bahagia…

Memiliki pasangan yang bermasalah sememangnya boleh menimbulkan pelbagai tekanan dalam rumah tangga. Jika berlanjutan boleh menjejaskan hubungan suami isteri seterusnya membawa kepada keretakan rumah tangga. Berikut adalah antara ciri-ciri yang ada pada diri pasangan yang bermasalah dan ambil iktibar daripadanya.

(b) Suka mendengar cakap orang

Lebih mempercayai kata-kata orang di sekeliling berbanding pasangannya sendiri. Sekiranya apa yang diperkatakan itu adalah baik tidak mengapa, tetapi bagaimana pula jika perkara itu buruk hingga menjejaskan kerukunan rumahtangga anda berdua? Sudah pasti keadaan semakin tegang!

(c) Suka mengongkong dan kuat cemburu

Ads

Biasanya pasangan yang bersifat mengongkong mempunyai sikap cemburu yang agak ketara. Sikap cemburu inilah yang menyebabkan mereka berusaha sedaya upaya mengawal pergerakan pasangan. Adakalanya, kewangan pasangan juga dikawal.

(d) Bersikap kasar

Di awal perkahwinan segalanya indah. Namun, apabila usia perkahwinan melalui tempoh beberapa tahun segalanya berubah. Jika bertambah baik tidak mengapa tetapi bagaimana pula sebaliknya? Tentu kecewa, bukan?

(e) Boros dan suka berbelanja

Ads

Mungkin disebabkan latar belakang keluarga pasangan itu yang sudah dimewahkan dengan wang ringgit dan harta benda sejak kecil. Sikap ini mungkin terbawa-bawa di alam rumahtangga dan timbul masalah jika pasangan yang dikahwininya tidak berkemampuan seperti yang diharapkan. Namun, ada juga pasangan yang sememangnya sudah biasa boros dan suka menghabiskan wang tanpa memikirkan kemampuan diri.

(f) Suka berpoya-poya

Pasangan seperti ini biasanya lupa akan statusnya apabila berada di luar. Memburukkan lagi keadaan jika si isteri keluar tanpa keizinan suami dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

(g) Degil dan tidak mahu berubah

Sikap seperti ini dianggap semuanya betul serta jarang mahu mendengar pendapat dan pandangan orang lain. Sikap keras hati dan keras kepala hanya akan membuatkan keegoan pasangan anda tercabar.
Bising dan suka berleter

Pasangan akan mudah rasa tertekan dan bosan duduk di rumah. Isteri sering dikaitkan dengan sikap suka berleter ini. Maka tidak hairanlah ada antara suami yang tidak betah duduk di rumah dan sanggup berada berjam-jam di kedai kopi bersama rakan-rakannya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI