Cuci Muka Pun Ada Caranya, Bukan Main ‘Hentam’ Je! Baca Dulu Tip Ni

Mencuci muka dapat mengembalikan kesegaran pada kulit wajah kita lagi-lagi selepas seharian terdedah dengan cahaya panas matahari, debu dan habuk.

Selama ni mungkin anda fikir mencuci wajah dengan hanya menggunakan pencuci muka sudah bersih dan kulit sudah boleh jadi cantik, halus dan flawless. No, no, no… tidak tepat sangkaan anda. Untuk memiliki kulit flawless kena ada effort yang lebih sikit. Iya lah, nak cantik ni bukan boleh buat sambil lewa. Disiplin diri dalam mencuci wajah menggunakan pencuci muka amat diperlukan. Bukan itu sahaja, kena ada cara yang betul juga untuk mencuci wajah. bukan main ‘belasah’ saja ya.

Ini ada tip cara yang betul untuk mencuci wajah yang boleh dipratikkan oleh setiap wanita bermula seawal usia remaja untuk mendapatkan kulit wajah idaman.

 

1. CUCI TANGAN

Langkah pertaman ni yang paling penting sekali. Sebenarnya, wajah menjadi bahagian yang paling jarang disentuh dengan tangan kerana tanpa disedari tangan adalah anggota yang banyak bakteria. Sebelum mula menyentuh atau mencuci wajah, pastikan basuh dulu tangan anda. Jika tangan anda kotor, tak guna lah anda mencuci wajah kerana kotoran seperti debu, habuk dan kuman masih ada di tangan.

 

2. BUANG KOTORAN PADA WAJAH

Buang kotoran dan kesan make up di muka anda dengan menggunakan make up remover. Make-up amat susah untuk  ditanggalkan jika hanya dengan mencuci muka sahaja. Jika make up tidak dicuci dengan betul, liang-liang pori akan tersumbat dan akan menyebabkan kulit yang bermasalah seperti jerawat dan berminyak.

 

3. PILIH PENCUCI MUKA YANG SESUAI

Kenali kulit wajah anda. Contohnya, jika jenis berminyak, pilih pencuci muka yang mempunyai elemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi. Kemudian, ratakan pencuci muka ke suluruh muka. Jangan sampai ada bahagian yang tertinggal. Cara urutan yang betul boleh dilihat di gambar, anda harus fokus kawasan dahi dan t-zone. Urut perlahan-lahan dan jangan menekannya sama sekali.

 

4. CUCI DENGAN AIR SUAM

Membasuh muka dengan air suam lebih menyegarkan dan dapat menyingkirkan segala kotoran. Namun, elakkan daripada menggunakan air dengan suhu ekstrem, terlalu sejuk atau panas kerana ia menyebabkan saluran kapilari darah (salur darah yang paling halus) pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di sekeliling hidung dan pipi.

5. JANGAN LAP DENGAN TUALA

Selepas mencuci muka, biarkan wajah kering dengan sendiri. Elakkan daripada terus mengeringkan muka kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka menyebabkan kulit wajah tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka. Kalau mahu juga keringkan wajah, lap dengan tuala lembut seperti microfiber towel

.

 

6. MOISTURIZER

Lengkapkan rutian cucian muka anda dengan sapukan krim pelembap pada muka untuk mengembalikan kelembapan kulit muka anda kerana penggunaan pencuci muka boleh menghilangkan kelembapan pada kulit wajah.

 

Nak cantik, kena lah rajin. Betul tak? Bukan untuk orang lain pun, untuk diri sendiri juga. Jangan lupa untuk mencuci wajah anda sekurang-kurang dua kali sehari bagi mengekalkan kesegaran kulit. Bila ada wajah yang bersih dan cantik, baru lah ada keyakinan yang tinggi untuk bertemu orang.

 

 

Share
Published by
Elly Jalil