Cucu Genap Satu Tahun, DATIN SULIZA SALAM Titip Doa Istimewa Untuk Cucu Tersayang!

Sejak kebelakangan ini, nama Datin Suliza Salam sering menjadi perbualan warga maya apabila ia mempunyai hubung kait dengan kelakuan satu-satunya anak lelakinya, Ismail Izzani.

Foto: Instagram @sulizasalam

Bagi  ibu kepada tiga cahaya mata ini, dia amat positif berhadapan dengan kecaman netizen dan beranggapan apa yang berlaku ada baik dan buruknya. Tidak mudah melenting menyalahkan mana-mana pihak, penyanyi era 80-an ini menghargai dengan teguran dan tunjuk ajar yang dikongsikan pengikut selain mendoakan agar Allah SWT menjaga aib masing-masing.

Foto: Instagram @sulizasalam

Minggu lalu, Datin Suliza berkesempatan meraikan ulang tahun kelahiran pertama cucu tersayang, Nur Ayra Allysa Ahmad Imran. Ayra merupakan anak kepada Izzati Zainal dan suaminya, Dr Imran.

Foto: Instagram @sulizasalam

Menjengah laman Instagram miliknya, Datin Suliza Salam memanjatkan kesyukuran cucu kesayangannya kini mencecah usia satu tahun dan menjadi cucu yang manja untuk dirinya.

Alhamdulillh…ayra 1st Birthday…kejap jer dah 1 tahun..moga cucu manja tokma ..membesar..SIHAT..dan ceria..jadi anak yg mudah di asuh dan di didik…jadi anak beriman..berbudi pekerti..berjaya dlm kehidupan dunia dan akhirat..aamiin ya robb..❤️❤️🌺💖

Foto: Instagram @sulizasalam

Majlis sambutan hari lahir cucu tersayang diraikan dalam suasana tertutup dan dihadiri oleh keluarga terdekat. Lebih istimewa, persiapan sempena majlis tersebut dilakukan sendiri oleh keluarga terutamanya ibu Ayra, Izzati Zainal yang bersengkang mata menyiapkan dekorasi majlis untuk puteri sulungnya itu.

Foto: Instagram @chixxy

Malah kek hari jadi juga merupakan hasil air tangan anak kedua Datin Suliza, Fala Zainal  @toothfally.  Sememangnya keluarga seni ini mempunyai kemahiran seni kraftangan yang sememangnya tidak boleh disangkalkan lagi.

Foto: Instagram @sulizasalam

Mana tidaknya, sewaktu kedua-dua anak perempuan Datin Suliza mendirikan rumahtangga, dia menggubah sendiri hantaran dan pelamin akad nikah puteri-puterinya! Kata Datin Suliza, ia sebagai kenangan istimewa untuk anak-anak tersayang!

Nyata kasih dan sayang seorang ibu sememangnya tiada tandingannya. Doa seorang ibu sentiasa mengiringi anak-anak dalam apa jua yang mereka lakukan. Begitu juga dengan wanita ini yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk anak-anak tersayang. Sebagai ibu, berkat kasih sayang, sokongan dari keluarga yang tidak pernah putus lebih penting untuk dirinya serta anak-anak dalam mendepani cabaran baik negatif mahupun positif.

 

Share
Published by
Rosmah Idayu