Seronok melihat gaya hidup Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sekarang. Tidak lagi menjadi Perdana Menteri, bekas pemimpin nombor satu negara ini makin bahagia dan menjalani kehidupan lebih santai.

Ads

Aktif mengemaskini media sosial dengan aktiviti harian dan masa berkualiti di samping keluarga tersayang, bapa kepada penyanyi Dafi ini kelihatan makin sihat dan ceria.

Baru-baru ini, beliau menikmati suasana riadah di Tasik Titiwangsa dan dalam masa sama beramah mesra dengan pengunjung di sana. Walau berstatus bekas Perdana Menteri tapi Dato’ Sri Ismail cukup mesra melayan orang sekeliling.

Jogging dan brisk walk di Tasik Titiwangsa. Memang meriah bila beriadah di tempat awam seperti Taman Tasik Titiwangsa ini.

Dapat merasai suasana keriangan seluruh keluarga dari ‘baby’ berumur tiga bulan sehingga ke peringkat atuk & nenek. Sempat sambut hari lahir seorang cucu bersama keluarga.”

“Cucu Jadi Penghibur,” Dah Tak Jadi PM, DATO’ SRI ISMAIL SABRI Lebih Santai Bersama Keluarga!
Kredit Instagram @ismailsabri60

Menyambut ulang tahun kelahiran ke-63 pada 18 Januari lalu, Dato’ Sri Ismail Sabri diraikan penuh meriah oleh anak-anak dan isteri tercinta.

Awal Januari, beliau sekeluarga berkesempatan melancong ke Dubai. Difahamkan sudah sekian lama pemimpin ini tidak meluangkan masa bersama keluarga di luar negara disebabkan kesibukan tugas.

“Alhamdulillah selesai bercuti bersama keluarga di UAE selepas 3 tahun tidak sempat bercuti kerana urusan kerja.

Ads

Lapang kepala. Tak serabut dengan masalah politik, tak serabut dengan masalah dalam kerajaan dan lain-lain. Ada cucu pulak yang menjadi penghibur.”

“Cucu Jadi Penghibur,” Dah Tak Jadi PM, DATO’ SRI ISMAIL SABRI Lebih Santai Bersama Keluarga!
Kredit Instagram @ninaismailsabri

Dato’ Sri Ismail Sabri mendirikan rumah tangga bersama Datin Sri Muhaini pada tahun 1986. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang anak; seorang perempuan dan tiga lelaki iaitu Datin Nina Sabrina, Gaddafi, Iqbal dan Nashriq.

Anak sulung, Datin Nina Sabrina merupakan isteri kepada pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie. Manakala Gaddafi atau lebih dikenali sebagai Dafi pula ialah penyanyi dan bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF).

Ads

Dato’ Sri Ismail Sabri memulakan karier sebagai peguam sebelum menceburi bidang politik pada tahun 1987.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI