Pejam celik, cucu kesayangan diva Indonesia Krisdayanti ini sudah pun menginjak usia setahun. Bersempena ulang tahun kelahiran puteri kedua Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar ini, pasangan selebriti popular Indonesia berkenaan mengadakan sebuah majlis sambutan hari lahir anak kesayangan baru-baru ini.
Diberi nama Azura Humaira Nur Atta atau mesra disapa Azura, telatah anak kecil ini ketika diraikan dalam majlis bertemakan Under the Sea tersebut mencuri perhatian khalayak. Azura kelihatan comel dalam persalinan gaun ala mermaid, sedondon dengan ibunya, Aurel dan kakaknya iaitu Ameena.
Berkongsi momen indah di media sosial, anak perempuan Krisdayanti dan Anang Hermansyah ini meluahkan rasa syukur dengan anugerah terindah anakanda kedua kesayangan yang lahir pada 11 November 2023.
“Hi anakku sayang Azura Humaira Nur Atta! Hari ini tepat 1 tahun kamu berada di dunia ini, mengisi, memberi warna di hidup Mama, Papa, dan Kakak Ameena.
Anakku sayang, puteri kecil mama. Semoga tahun pertamamu menjadi yang pertama dari banyak tahun lainnya yang dipenuhi dengan cinta dan kebahagiaan yang sama banyaknya.
Anakku sayang, puteri kedua mama. Tak terasa sudah setahun kamu menemani kami. Selamat ulang tahun sayang. Nak, doa baik akan selalu menemani langkahmu. Tumbuhlah dengan percaya diri, kuat, dan selalu rendah hati. Selamat ulang tahun, sayang.”
View this post on Instagram
Antara selebriti Indonesia yang turut meraikan hari lahir Azura Atta ialah Ashanty dan Anang, Nagita Slavina dan Mahalini.
Aurel Hermansyah yang kini berusia 26 tahun sah bergelar isteri kepada Atta Halilintar pada 3 April 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Ameena Hanna Nur Atta yang dilahirkan pada 22 Februari 2022.
Semoga Azura Atta yang merupakan cucu Krisdayanti ini membesar sihat dan menjadi anak solehah kebanggaan ibu bapa serta masyarakat.