Pastinya semua tahu, isteri kepada pelakon Fattah Amin, Fazura telah lama mengusaha dan mengeluarkan jenama keluaran dirinya sendiri. Bukan sekadar berbakat besar dalam bidang seni, malah Fazura turut handal dalam selok belok perniagaan.
Dan baru-baru ini, Fazura menzahirkan rasa kesyukuran apabila tudung keluarannya disarung dan digayakan oleh Permaisuri Selangor Norashikin dalam sebuah majlis ilmu.
Apatah lagi sejak pulang dari mengerjakan ibadah haji, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dilihat cukup manis mengenakan tudung dalam setiap majlis-majlis rasmi yang dihadiri seterusnya mendapat pujian dari warga maya apabila melihat keanggunan baginda.
Fazura sebentar tadi telah memuat naik semula gambar-gambar dari Instagram @Selangorroyalofficial dengan menzahirkan rasa kesyukuran apabila baginda Permaisuri Norashikin sudi mengenakan tudung keluaran jenamanya, jenis square satin in “Onyx” dari koleksi Black Label.
Permaisuri Norashikin berkenan untuk berangkat ke Kuliah Dhuha Perdana & Zikit Munajat yang berlangsung di Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 14 Julai 2023.
Kuliah tersebut telah disampaikan oleh penceramah tersohor dari Indonesia, Tuan Guru Prof. Hj. Abdul Somad, sementara Zikir Munajat dipimpin oleh Imam Masjid Negeri, Ustaz Haji AbdulKarim Almakki.
Melihat pada ruangan komen, ramai netizen memuji penampilan Permaisuri Norashikin yang begitu cantik apatah lagi baginda cukup terkenal dengan kesopanan dan sikap mesra dengan rakyat.
NONA mendoakan semoga baginda Sultan Selangor dan Permaisuri selangor terus diberi kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
This website uses cookies.