Aktres popular Indonesia, Marshanda yang juga pejuang Bipolar menjadi sorotan di Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober 2022 lalu.

Ads
“Cuma Ada Satu Di Dunia” Pejuang Bipolar MARSHANDA Lancar Koleksi Kain Batik Bermotifkan Brainwave
Marshanda.

“Cuma Ada Satu Di Dunia” Pejuang Bipolar MARSHANDA Lancar Koleksi Kain Batik Bermotifkan BrainwaveBipolar adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan gangguan emosi yang ketara dalam jangka masa panjang. Ia boleh mempengaruhi pemikiran, perasaan dan tingkah laku pesakit. Terdahulu, penyakit ini dikenali sebagai manic depression namun ia kini tidak lagi diguna pakai dalam bidang perubatan.

Sempena meraikan Hari Kesihatan Mental Sedunia baru-baru ini, Marshanda melancarkan koleksi kain batik yang bermotifkan Bipolar. Ia dikatakan terinspirasi daripada gelombang otak atau brainwave Marshanda sendiri sebagai penghidap penyakit tersebut.

“Cuma Ada Satu Di Dunia” Pejuang Bipolar MARSHANDA Lancar Koleksi Kain Batik Bermotifkan Brainwave
Kain batik bermotifkan gelombang otak ‘Bipolar disorder’ milik Marshanda.

Ternyata, Marshanda seorang wanita yang sangat tabah dan positif kerana dia tidak pernah malu untuk mengakui perkara itu. Sebaliknya, dia lebih bersemangat untuk memberikan inspirasi dan motivasi kepada masyarakat.

Dengan memperingati Hari Kesihatan Mental Sedunia, Marshanda mengeluarkan koleksi istimewa berupa kain batik bermotifkan gelombang otak ‘Bipolar disorder’.

“Cuma Ada Satu Di Dunia” Pejuang Bipolar MARSHANDA Lancar Koleksi Kain Batik Bermotifkan Brainwave
“Cuma Ada Satu Di Dunia” Pejuang Bipolar MARSHANDA Lancar Koleksi Kain Batik Bermotifkan BrainwaveRupa bentuk kain batik tersebut telah dikongsi dalam sebuah video dimuat naik di TikTok Indonesia. Ia menampilkan visual gelombang otak milik Marshanda sebagai penghidap Bipolar.

Ads

Gelombang itu digabungkan dengan motif batik Parang menghasilkan sebuah motif baru yang sangat indah dan belum pernah ada sebelum ini. Gabungan ini dinamakan sebagai Biparang yang membawa maksud keberanian dan kegigihan.

Ads

“Cuma Ada Satu Di Dunia” Pejuang Bipolar MARSHANDA Lancar Koleksi Kain Batik Bermotifkan Brainwave“Cantik sangat batiknya. Kamu pasti belum pernah lihat motif ini sebelum ini kerana ia cuma ada satu dalam dunia. Yang datangnya dari diri aku, dari brainwave aku,” ungkap Marshanda dalam video kempennya yang tular di media sosial.

Selain memberi inspirasi dan motivasi, Marshanda juga mahu menunjukkan bahawa dia adalah pejuang Bipolar yang memiliki kekuatan dan keinginan besar dengan keperibadian yang lebih baik.

“Cuma Ada Satu Di Dunia” Pejuang Bipolar MARSHANDA Lancar Koleksi Kain Batik Bermotifkan BrainwaveSeterusnya, Marshanda juga mahu membuktikan ianya tidak menakutkan dan mampu mengubah sesuatu menjadi lebih indah.

Kredit Foto: Instagram Marshanda

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI