ZARA ZYA

Terpegun tengok kemulusan kulit wajah Zara Zya. Mana tidaknya, meskipun kerap mengenakan solekan tebal setiap kali menjalani penggambaran namun aktres berbakat besar ini cukup prihatin menjaga kesihatan kulit. Apatah lagi dengan status selebriti yang dibawanya membuatkan Zara perlu sentiasa tampil kemas dan menarik di hadapan khalayak.

IKLAN

Ditanya rahsia cantik yang diamalkan selama ini, Zara tanpa berselindung mendedahkan rejim kecantikan diri. Apa yang mengejutkan adalah petua cantik anak seni ini rupa-rupanya ringkas, selamat dan murah. Maklumlah, bila sebut sahaja artis mesti ramai yang beranggapan golongan ini hanya menggunakan produk berjenama dan mahal.

Bercerita tentang produk penjagaan wajah yang mahal, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin mengakui pernah menggunakan set penjagaan wajah bernilai ribuan ringgit namun kesannya tidak seperti yang diharapkan.

Cuma Guna Tomato & Yogurt, Petua Cantik ZARA ZYA Hilangkan Wajah Lesu & Jeragat! Cuma Guna Tomato & Yogurt, Petua Cantik ZARA ZYA Hilangkan Wajah Lesu & Jeragat! Cuma Guna Tomato & Yogurt, Petua Cantik ZARA ZYA Hilangkan Wajah Lesu & Jeragat!

“Ya, saya pernah habis sampai lebih seribu ringgit beli set produk jenama antarabangsa tapi sayangnya tak berkesan dengan keadaan kulit saya. Sudahnya, terpaksa berhenti guna set ini. Mujur mama saya rajin kongsi petua tradisi. Jadi saya amalkan apa yang mama ajar.

Tak perlu susah-susah pun sebab guna barang seperti buah-buahan dan beras saja. Salah satu petua mama ialah kisar buah tomato dan letak yogurt asli. Bila muka nampak kusam dan badan penat sangat, sapu kisaran tomato dan yogurt ini dekat muka untuk dijadikan sebagai mask.

IKLAN

Cuma Guna Tomato & Yogurt, Petua Cantik ZARA ZYA Hilangkan Wajah Lesu & Jeragat! Cuma Guna Tomato & Yogurt, Petua Cantik ZARA ZYA Hilangkan Wajah Lesu & Jeragat! Cuma Guna Tomato & Yogurt, Petua Cantik ZARA ZYA Hilangkan Wajah Lesu & Jeragat!

IKLAN

Petua ini bagus untuk jeragat sebab mama memang ada masalah jeragat yang banyak. Macam-macam rawatan mama buat termasuk laser tapi tetap tak hilang. Alhamdulillah lepas dia amalkan petua buah tomato dan yogurt ini, jeragat mama berkurangan.

Satu lagi tip cantik yang selalu saya buat ialah menggunakan beras pulut. Caranya, beras pulut disangai dan dikisar sampai halus. Boleh digunakan sebagai skrub badan. Memang inilah yang saya buat dari dulu lagi.

Hendak lagi berkesan, beras pulut tadi dicampur dengan madu atau minyak zaitun,” ujar pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 ini. Patutlah kulit muka Zara cantik berseri saja. Ini rupanya rahsia cantik dia. Kena cuba ni!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI