Ketika masyarakat sedaya upaya mengurangkan contact dengan pesakit COVID-19, tiba-tiba doktor selebriti Shazril Shaharuddin atau Dr Say, tekad turun padang sebagai frontliner.
Meskipun sebagai freelancer perubatan beliau mempunyai pilihan untuk duduk di rumah, namun tentu saja mustahil bagi Dr Say, lebih-lebih lagi kala melihat pasukan saf depan negara tersandar keletihan.
Kata pengacara rancangan My Doctors ini, “Sebulan lepas sebelum saya isi borang, saya bagitau parents dahulu tentang niat jadi volunteer dan mereka terus reject.
Realiti yang dialami frontliners kita, berhujan dan berpanas tak kira masa
Kata mereka “It’s too dangerous boy. Think of Ace and Azura. What if you got the infection and spread it to them? Kesian kat Ace, dia kecik lagi.” Saya tahu saya patut dengar nasihat mereka tapi kalaulah one day saya ditanya,
“Where were you when your country need you most?” Apa saya nak jawab peeps?
Kalau saya rakyat jelata, I’d be more than proud to say, ‘I stayed at home like a responsible citizen should’ tapi saya doktor, freelance pulak tu takkan nak tengok je rakan sejawat lain bertungkus-lumus sedangkan saya duduk rumah ber-Dalgona coffee?
Atas sebab ni saya terpaksa tolak tepi larangan parents saya. Pagi semalam saya mesej mereka yang saya akan memulakan misi sukarelawan bersama @mercymalaysia. Pantas mak saya reply,“Praises to your kind volunteerism. Just make sure you take very very good care of yourself. Please keep in touch and let us know your where about. Love you.”
Berair mata saya. Bayangkan parents saya yang pada awalnya melarang keras kerana concern akan kesihatan saya dan orang sekeliling saya pun akhirnya akur, ia cukup bermakna. Kerana saya tahu pasti kita semua dah penat dan meluat dengan COVID-19 ni.
Kita nak COVID-19 berakhir dengan cepat supaya dapat berjumpa yang tersayang, dapat menikmati masa bersama, dapat berpuasa dan beraya. Tapi selagi virus masih ada, saya tahu kita tak berani nak merisikokan kesihatan sesiapa,” jawabnya serius.
Ads
DI SEBALIK KAWAT BERDURI
Banyak perkongsian Dr Say tentang pengalaman yang dialaminya sebagai frontliner di zon merah keenam yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 21 April lalu.
“Kepada yang tertanya-tanya, apa skop pekerjaan saya sepanjang sukarelawan ni, meh saya cerita. Saya ditempatkan di Pasar Borong Kuala Lumpur kerana baru-baru ni @kementeriankesihatanmalaysia berjaya mengesan satu kluster dari sini. Kluster Pasar Borong namanya.
Kalian tahu tak kisah di Singapura yang mana mereka mencatatkan 1,111 kes positif dalam sehari hanya daripada pekerja asing? Well inilah yang kami cuba tangani di Pasar Borong KL.
Seperti yang kita ketahui, pekerja asing ni duduk bukan seorang tapi mahu dekat 20-30 orang dalam satu rumah. Bayangkan kalau sorang positif ape akan terjadi kepada 19-29 orang yang lain? Maka here we are doing mass sampling tak kisah sama ada mereka ni bersimptom atau tidak.”
Ads
Gambar menunjukkan hasil Dr Say memakai PPE selama 3 jam walaupun cuaca sejuk dan hujan. “Bayangkan dalam cuaca begini pun saya berpeluh lencun, macam mana kalau cuaca terik kat luar?”
PERASAAN ISTERI
Sambil mengikuti perkembangan Dr Say dari lokasi kawat berduri, Nona mendapatkan komen isterinya, Dr Azura Abas tentang perasaan ‘melepaskan’ suami berjuang sebagai frontliner.
“Mula-mula memang terkejut! Kerana ramai yang kalau boleh nak kurangkan contact dengan pesakit COVID-19, tapi dia nak volunteer pula. Risau tu memang ada, lebih-lebih lagi mengenangkan risiko untuk sebarkan ke anak kami.
Tapi saya tahu dia seorang yang cermat dan perfectionist. Kalau dia patuhi SOP (Standard of Procedure) dan pemakaian PPE dengan betul, insyaAllah risiko transmisi tu sangat kurang,” jawab Dr Azura Abas penuh tawakal.
Dr Azura dan bayi, Aezriel (Ace) 11 bulanKeluarga kecil Dr Say & Dr Azura
“Sebenarnya saya bangga sebab suami masih ingin berkhidmat sebagai frontliner secara sukarela walaupun tanpa menerima sebarang bayaran,” jelas Dr Azura yang kini masih bertugas sepanjang PKP di sebuah klinik swasta di Cyberjaya.
RAMADAN
Ads
Dr Azura sentiasa memanjatkan doa dan harapan agar suaminya sentiasa dalam lindungan dan peliharaan Allah SWT. “Saya kira Dr Say sentiasa berbakti kepada negara. Sebelum dan semasa PKP. Definisi berbakti tu besar, selagi kita memberi manfaat dalam negara dan rakyat Malaysia, tak kira bidang atau kerja yang dilakukan, bagi saya tu adalah berbakti.
Saya seorang doktor dan masih bekerja tetap sehingga hari ini. Sekarang mungkin tiada kesempatan lagi untuk membantu secara sukarelawan, tapi dengan adanya klinik swasta (dimana saya bekerja), insyaAllah dapat mengurangkan beban frontliner especially beban pesakit yang ramai di klinik dan hospital kerajaan.”
Mengakhiri perbualan, sedikit kisah Ramadan menjadi topik kami. “Memang setiap tahun kami sambut puasa secara sederhana. Pergi bazar pon jarang-jarang sebelum ini. Sahur dan berbuka, kami biasa makan berat macam nasi dan lauk-pauk.
Cuma kuantiti selalu dijaga mengikut saranan KKM iaitu suku suku separuh. Dan waktu siang memang waktu kami berdua bekerja, bila balik terus berbuka. Itulah rutin harian kami setakat ni,” jawabnya.
TIP CERGAS UNTUK FRONTLINERS
Dr Azura sempat menitipkan beberapa tip cergas untuk semua frontliners yang menjalani ibadah puasa sambil bertugas tanpa mengira masa.
Minum air banyak selepas berbuka.
Dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi.
Jangan skip sahur.
Kalau boleh elakkan direct contact dengan matahari. Kalau terpaksa, hadkan waktu atau bergilir dengan rakan sekerja lain.
Elakkan minuman kafein sewaktu sahur.
Makan makanan yang seimbang semasa sahur dan berbuka. Elakkn processed food atau makanan terlalu berminyak.
Sumber: Instagram @say_shazril
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantik dan berpengaruh, kenali anak bongsu multi-billionaire Bill Gates iaitu Phoebe Adelle Gates yang kini popular diperkatakan.
Berusia 21 tahun, Phoebe baru saja menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Biologi Manusia dari Universiti Stanford.
Sering dilihat bersama cucu Paul McCartney, gadis ini juga membangunkan jenama fesyen Phia, menghadiri pelbagai minggu fesyen dunia dan lantang bersuara sebagai aktivis masyarakat.
Sebagai Muslim kita wajib percaya bahawa rezeki sudah diatur oleh Allah SWT. Cuma tinggal bagaimana cara seseorang itu menjemput rezeki dalam kehidupannya. Jangan hanya memandang kebendaan sahaja sebagai rezeki.
Ini kerana kesihatan dan kebahagiaan juga tergolong dalam kurniaan rezeki. Dalam perkahwinan, salah satu pembawa rezeki buat suami ialah isteri yang solehah seterusnya membentuk keluarga yang sakinah mawadah warohmah.
Namun begitu, suami juga wajib bertanggungjawab buat keluarganya agar rezeki akan ikut terus mengalir tanpa henti. Berikut ciri-ciri seorang isteri pembawa rezeki.
TAHU BERSYUKUR
Mensyukuri rezeki pendapatan suami sama ada besar atau kecil. Bersyukur menjadi seorang ibu yang terbaik buat anak-anak. Kesimpulannya sentiasa bersabar dan bersyukur dengan apa yang diperolehi.
SUKA BERSEDEKAH
Apabila diberikan nafkah dia menggunakannya untuk bersedekah. Maka dengan izinNya, rezeki keluarga akan bertambah, boleh jadi rezeki itu diperolehi dari pendapatan suami atau dari orang lain.
SELALU MENDOAKAN SUAMI & KELUARGA
Selain berusaha bersungguh-sungguh, banyakkan berdoa kepada Allah SWT. Wanita yang selalu mendoakan suami dan keluarga, dengan izinNya doa itu akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
MENYENANGKAN HATI SUAMI
Suaminya akan selalu mahu berada di rumah untuk bersama keluarga. Selain itu, pandai menjaga adab dan tingkah laku di hadapan suami seterusnya menunjukkan kesetiaan sehingga rezeki dapat mengalir kerana membahagiakan hati suami.
SUKA BERSILATURRAHIM
Menjaga hubungan dengan orang tua, saudara mara, keluarga suami, jiran tetangga dan rakan-rakan. Ini bukan saja membantu melancarkan rezeki suami bahkan keluarga.
SERING SOLAT DHUHA
Jika seorang isteri sering melakukan solat dhuha pada setiap hari, dengan izinNya dapat menjemput rezeki buat dirinya, suami serta keluarga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular di media sosial seorang wanita Fatin Nursyahirah Yusuf,24, pelajar Jabatan Geografi, Fakulti Sastera, Universiti Malaya telah kembali kerahmatullah pada subuh sabtu lepas akibat menghidap kanser Sacorma (sejenis kanser tisu) tahap 4 selepas tidak sampai 24 jam dinikahkan dengan suami Muhammad Saiful Azzam.
Azzam dan Fatin Nursyahirah ketika majlis pertunangan mereka Jun 20018Azzam mencium dahi isterinya ketika majlis pernikahan mereka
Apa yang menyentuh hati, setelah isterinya disahkan meninggal dunia, Azzam turut memuat naik gambar terakhir beliau mengucup dahi isterinya yang ketika itu sudah dikafankan di insta story berserta kapsyen yang menyentuh hati. Azzam juga memakai baju melayu yang sama ketika majlis pernikahan mereka yang diadakan pada pagi Jumaat, 3 Ogos.
“Saya juga memakai baju melayu yang sama ketika majlis pernikahan kami kerana dia cakap saya nampak segak dengan baju ini. Tidak ada sesuatu yang berinspirasi dengan cerita saya sebenarnya. Saya yakin, anda juga akan melakukan perkara yang sama dengan orang kesayangan”, tulisnya di insta story disertakan gambar kali terakhir mencium dahi isterinya.
Fatin Nursyahirah disahkan menghidap kanser Sacorma pada tahun 2017 yang pada ketika itu sudah berada di tahap 3. Kemudian, pada September 2017 Fatin melakukan pembedahan untuk membuang kanser tersebut namun pada Disember 2017, kanser datang kembali tapi kali ini lebih agresif. Fatin seterusnya melakukan pembedahan kedua pada Februari 2018 namun tidak dapat membuang sepenuhnya kanser dan mula melakukan sesi radioterapi. Kemudian, beliau disahkan lumpuh separuh badan pada Julai 2018.
Benar cinta sejati itu wujud. Walaupun Fatin sudah lumpu separuh badan, Azzam masih tetap mahu meneruskan majlis perkahwinan mereka dan sudi menerima Fatin seadanya. Walaupun kebahagiaan mereka hanya sementara, tapi memori ini pastinya terpahat dalam ingatan Azzam buat selama-lamanya.
Takziah NONA ucapakan kepada seluruh ahli keluarga Fatin Nursyahirah terutama suaminya. Semoga terus kuat dengan dugaan yang diberikan dan dipermudahkan segala urusan.
sumber: instagram
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!