Cuma Raya Berdua, Air Mata Mamazie Menitis! Ketabahan Ibu Shila & Syada Amzah Undang Sebak

16 April lalu menandakan bertambah lagi angka usianya, Mamazie atau Fauziah Sarman kini mencecah 55 tahun. Di sebalik senyuman serta sambutan ulang tahun yang dianjurkan keluarga dan teman, ketabahan ibu kepada selebriti Shila dan Syada Amzah ini mengundang sebak.

Seorang yang sentiasa tersenyum dan menjaga tutur katanya, kehadiran Mamazie bagaikan seorang ibu yang menyenangkan.

Kini meskipun wanita ini sedang hebat diuji dugaan perkahwinan, pasangan kepada penyanyi dan pelakon 80-an, Datuk ND Lala tabah melaluinya meskipun terlihat beraya tanpa lelaki bernama suami di sisi.

“Awal Syawal rai kemenangan,
Umat Islam saling berkunjungan,
Tahmid bertukar erti ketenangan,
Selamat menyambut hari lebaran.

Dalam masa 3 minggu berat badan turun 8kg. Taktau nak rasa sedih atau happy, saya pilih rasa syukur. Alhamdulillah.” Mamazie

Kata-kata tersebut jelas mengundang sebak di hati pengikut Mamazie yang memahami situasi ribut dalam rumah tangganya.

Paling terkesan, sebuah hantaran pada pagi Syawal lalu ditemani Syada Amzah dan Caca di dalam sebuah kereta meruntun jiwa.

Dalam rasa sedih mengenangkan masalah keluarga, Mamazie masih mampu tersenyum sebelum terlihat bercucuran air mata dengan anak-anak tersayang. Tiada lagi bahu tempat berpaut, mujur ada anak-anak merawat luka!

Syada Amzah turut berkongsi keadaan sebenar ibunya sepanjang Hari Raya ini menerusi IG Story.

“Dari first day raya feeling inferior tengok orang lain ada full family, berpasangan (but of course I’m happy for them). Semalam i macam rasa sebak betul!

Finally get to sambut raya dengan adik-beradik lengkap. Don’t get me wrong, beraya berdua dengan my mum pun best, dia layan je i beraya, tema warna raya tahun ni i yang pilih, and dia ikut je apa i nak makan.

Tapi i kesian tengok dia sebab mesti sambil beraya tu dia tengok je orang lain dengan ibu bapa, suami dan anak anak. It broke me.

Belum dengan i need to jaga her from terdengar lagu raya sedih, before dia start nangis, i dah nangiskan dulu dah. She’s yatim piatu, if my grandparents were still here, i bet it would’ve make her happier.

Semalam at the very least her sisters were there for her, thank you Makngah & Maklang for coming! Cucu sedara penuh satu rumah.

I keep her busy sampai semalam bila balik rumah, we both terus K.O! i love you Mak.” Syada Amzah

TENANG

Apa pun, kagum dengan cara beliau mengendalikan keadaan sampai tenang. Memilih tema pink dan hitam putih sempena sambutan Hari Raya, Mamazie memilih untuk menyerahkan segalanya pada Tuhan.

Biar waktu menyembuhkan… Dan lebih bahagia tatkala melihat ahli keluarga mereka sentiasa bersama.

Adik Shila Amzah, Syada sebelum ini pernah tampil dengan surat terbuka kepada bapanya melalui laman Instagram kerana gagal menghubungi bapa selepas berkahwin lain.

Dalam perkongsian itu, Syada anak ketiga daripada empat adik beradik menitip ucapan selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-62 dan Selamat Hari Raya kepada bapanya.

“Ayah, tiada lagi gambar ayah pada hari ini. Saya menulis surat terbuka sebab tiada sesiapa ada akses untuk bercakap dengan ayah.” Syada

Doa yang baik-baik buat keluarga kesayangan ramai ini. Semoga segalanya berakhir dengan adil dan aman damai.

.

Share
Published by
Norzalina