Inspirasi

Dah Ada Kiosk Dessert! Bisnes Suri Hati Mawi, Ekin Rahmat Diserbu Penggemar Manisan

Wah, makin maju bisnes suri hati Mawi iaitu Ekin Rahmat sekarang! Hampir lima tahun mengusahakan produk manisan dikenali sebagai Polka Pops, kini Ekin mampu tersenyum bangga apabila berjaya memiliki kiosk sendiri. Tahniah!

Kalau sebelum ini penggemar dessert Polka Pops berpeluang membeli juadah tersebut di rangkaian kedai serbaneka stesen minyak terpilih di Lembah Klang dan agent saja, sekarang boleh terus mendapatkan sajian pencuci mulut ini di kiosk Polka Pops di Bangi.

Dan kalau ada rezeki, dapatlah jumpa sendiri pemilik Polka Pops, Ekin dan kembarnya iaitu Aenn di sana!

Artikel https://www.nona.my/kecur-tengok-jualan-dessert-ekin-mawi-3-tahun-berniaga-permintaan-makin-melonjak/

Dalam temu bual Nona bersama isteri Mawi itu sebelum ini, Ekin atau nama sebenarnya Nora Ashikin Rahmat menjelaskan dia mendapat ilham untuk berniaga Polka Pops kerana suka makan aneka pencuci mulut.

“Idea Polka Pops datang dari Ekin sendiri sebab Ekin terlalu suka makan dessert. Sampai kalau pergi melancong dalam dan luar negara pun Ekin suka cuba pelbagai dessert yang ada.”

Terdapat tiga pilihan dessert ditawarkan iaitu Polka Pops, Cha Cha Pops dan Black Sticky Rice.

Istimewanya, impian memiliki kiosk sendiri akhirnya berjaya direalisasikan pada 14 Februari lepas. Makin dikenali ramai dan laris bisnes suri hati Mawi, Ekin Rahmat!

“Alhamdulillah syukur Ya Allah. Dipermudah urusan kami dan sahabat-sahabat pelanggan kami.

Terima kasih kepada yang datang support perniagaan kami. Kami minta maaf banyak-banyak kalau-kalau ada kekurangan.

Terima kasih juga kepada yang bagi idea pada kami untuk penambahbaikan. Kami hargai sangat.”

Difahamkan Ekin mula berniaga pencuci mulut ini pada Ogos 2019. Terdahulu, ibu kepada seorang anak perempuan ini pernah menjalankan perniagaan kosmetik dan kecantikan serta tudung Hoodie.

Ekin mendirikan rumah tangga bersama Mawi pada 20 Disember 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Cahaya Malaika berusia 12 tahun.

 

IKLAN
Share