Kalau dah mak nya cantik, anak-anak pun akan mewarisi kejelitaan ibu mereka. Wanita ini merupakan artis popular suatu ketika dahulu dan kini sudah melalui fasa anak-anak meningkat dewasa. Pandai selebriti ini menjaga kecantikan dan penampilan mereka kerana kelihatan seperti adik-beradik sahaja dengan anak-anak mereka.

IKLAN

1. Datuk Sheila Majid
Wan Nur Khaleda Aziz, 27 tahun bukan sahaja mewarisi kecantikan ibunya malah mempunyai bakat nyanyian seperti ibunya, Datuk Sheila Majid. Walaupun tidak mengikut genre muzik seperti ibunya yang digelar Ratu Jazz ini, gadis yang lebih mesra disapa Kayda ini lebih cenderung kepada muzik hip-hop dan pernah tampil dengan album pertama, Love For No Reason.

Dah Besar Anak Selebriti Popular Ini! Semua Mewarisi Kejelitaan Ibu Masing-masing
Foto: Instagram @missmajid
Dah Besar Anak Selebriti Popular Ini! Semua Mewarisi Kejelitaan Ibu Masing-masing
Foto: Instagram @sizez3ro

2. Datuk Ziela Jalil
Dr. Puteri Julia Nabilah Tan Sri Megat Junid puteri sulung Datuk Ziela Jalil merupakan seorang doktor. Telah mendirikan rumah tangga dengan Dr. Dziya Faqhran Mahmod Fauzi, pada 1 Julai 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Dah Besar Anak Selebriti Popular Ini! Semua Mewarisi Kejelitaan Ibu Masing-masing
Foto: Instagram @zielajalil
Dah Besar Anak Selebriti Popular Ini! Semua Mewarisi Kejelitaan Ibu Masing-masing
Foto: Instagram @zielajalil

3. Datin Seri Noniswara Al Sheikh
Nur Erysha Emyra Zakaria baharu sahaja berusia 20 tahun dan merupakan anak kepada Dramatis Datin Seri Noniswara. Mempunyai 30.7 ribu orang pengikut di laman Instagram. Terbukti anak kepada Datin Seri Noniswara beauty with brains bila mendapat keputusan cemerlang, 9A dalam peperiksaan SPM.

IKLAN
Dah Besar Anak Selebriti Popular Ini! Semua Mewarisi Kejelitaan Ibu Masing-masing
Foto: Instagram @noniswara
Dah Besar Anak Selebriti Popular Ini! Semua Mewarisi Kejelitaan Ibu Masing-masing
Foto: Instagram @eryshaemyra

4. Datin Suliza Salam
Kedua-dua anak gadis Datin Suliza Salam bukan sahaja mewarisi kejelitaannya malah turut memiliki ‘mata kucing’ yang menjadi jolokan buat penyanyi ini. Izzati Zainal Nazeri dan Falahi Zainal Nazeri masing-masing cemerlang dalam SPM serta telah melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan perakaunan dan arkitek.

IKLAN
Dah Besar Anak Selebriti Popular Ini! Semua Mewarisi Kejelitaan Ibu Masing-masing
Foto: Instagram @sulizasalam
Dah Besar Anak Selebriti Popular Ini! Semua Mewarisi Kejelitaan Ibu Masing-masing
Foto: Instagram @falazainal

5. Datin Sofea Jane
Pelakon yang masih diingat sehingga kini kerana penghayatan wataknya dan kejelitaan yang dimiliki. Datin Sofea baharu menerima menantu apabila anak sulungnya, Arissa Azman mendirikan rumahtangga. Arissa mendirikan rumahtangga pada usia yang sama ibunya berkahwin!

Dah Besar Anak Selebriti Popular Ini! Semua Mewarisi Kejelitaan Ibu Masing-masing
Foto: Instagram @fendisani
Dah Besar Anak Selebriti Popular Ini! Semua Mewarisi Kejelitaan Ibu Masing-masing
Foto: Instagram @fendisani

6. Datin Azie Sidek
Kejelitaan Syarifah Nur Syamim, 25 tahun, sudah tentu mewarisi daripada ibu bapanya, Datin Azie ataupun nama sebenarnya Nor Aziah Sidek dan Datuk Syed Sobrie Syed Kechik. Bukan calang-calang anak perempuan penyanyi yang pernah popular dengan lagu Mengharapkan Cintamu ini kerana sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam kajian kanser.

Dah Besar Anak Selebriti Popular Ini! Semua Mewarisi Kejelitaan Ibu Masing-masing
Foto: Instagram @mimialyahya
Dah Besar Anak Selebriti Popular Ini! Semua Mewarisi Kejelitaan Ibu Masing-masing
Foto: Instagram @mimialyahya
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI