Pasti ramai wanita berkongsi rasa kagum dan bangga dengan kejayaan yang diraih Ayu Damit hari ini. Iyalah, selain sibuk menjalani rutin harian sebagai seorang isteri, ibu kepada tiga orang anak dan juga penyanyi… juara program nyanyian One In A Million ini dalam diam sudah bergelar usahawan pertanian berjaya. Daripada tanaman secara kecil-kecilan, kini Ayu dan suami mampu mengembangkan tanaman di ladang seluas 4 ekar.
Pernah ditemu bual Nona tidak lama dulu, Ayu berharap perkongsian ini boleh dijadikan pembakar semangat buat mana-mana individu khususnya kaum wanita yang menyimpan hasrat bergelar ahli pertanian berjaya kelak.
Ads
Dikenali sebagai selebriti yang merendah diri, ujarnya, “Alhamdulillah, Ayu dan suami mengusahakan cili padi sistem fetigrasi selama tiga tahun. Tapi sebenarnya, kami sudah terlibat dalam bidang pertanian hampir tujuh tahun. Pada mulanya, kami mengusahakan penanaman kelapa mataq dan nanas.
Pun begitu, kami lebih fokus kepada penanaman cili padi. Sebab utama pilih cili padi adalah kerana pasaran yang agak tinggi selain Malaysia kekurangan pengeluar cili dan kebanyakan pembekal cili berasal dari negara lain. Sebenarnya suami yang menggalakkan Ayu ceburi bidang ini sebab dia sangat berminat dengan pertanian. Memang dia di kampung pun dia suka bercucuk tanam.”
Terang isteri Syed Fauzi Syed Baharuddin ini lagi, “Setakat ini kami menyewa tanah Orang Asli yang terletak di Pangsoon, Hulu Langat seluas 4 ekar dan di ladang tersebutlah kami usahakan tiga jenis tanaman iaitu cili padi, timun dan terung.
Namun sekarang alhamdulillah kami dapat menambah satu lagi tanaman iaitu kacang panjang. Selain tanaman sayur-sayuran berkenaan, Ayu turut mengeluarkan produk keluarannya sendiri seperti cili padi jeruk, cookies dan sate.
Ads
Soal pengurusan tanaman dan bisnes pertanian ini dikendalikan sepenuhnya oleh suami. Tugas Ayu lebih kepada membantu dari segi promosi dan penjualan saja. InshaAllah, dalam masa lima tahun akan datang Ayu ingin meluaskan ladang yang ada sekarang ini untuk dieksport ke luar negara. Selain masih aktif bernyanyi, Ayu dan suami juga buat consultant untuk petani-petani baru.”
Pada 12 Julai lepas genap 32 tahun usia Ayu Damit. Bersempena ulang tahun kelahiran tersebut juga genap setahun usahawan berdaya saing ini membuka Restoran Ayu Damit X Tok Mak Citarasa Antarabangsa yang terletak di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Ads
Sebagai ibu bekerjaya, bukan mudah bagi Ayu untuk membahagikan masa di antara keluarga, perniagaan dan karier seni. Pun begitu, baik Ayu mahupun suami kedua-duanya memilih untuk tidak lagi menggunakan khidmat pembantu rumah selepas berdepan dengan pelbagai dugaan.
“Dulu Ayu memang menggunakan khidmat pembantu rumah tapi banyak kali lalui macam-macam ragam pembantu ni. Jadi, buat masa sekarang Ayu dan suami yang menjaga anak-anak. Kalau Ayu ada kerja, suami yang akan jaga dan begitu juga sebaliknya.”
12 tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Syed Nasrul Haikal (11 tahun), Sharifah Alya Adriana (9 tahun) dan Syed Aqif Najmi yang kini berumur 5 tahun.
Kredit: Instagram Ayu Damit
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantik menawan, handal bersukan dan menjadi harapan negara masing-masing, atlet wanita yang berjuang dalam Sukan SEA 2017 kali ini tentunya meletakkan seluruh tenaga untuk memenangi pingat yang diimpikan.
Jadi sambil-sambil menonton upacara pembukaan rasmi temasya Sukan Sea 2017 tu, ayuh semak tiga atlet wanita ini yang paling mencuri tumpuan Nona.
(a) Sirivannavari Nariratana
Sirivannavari Nariratana merupakan puteri Raja Thailand saat ini, Vajiralongkorn, atau cucu mendiang Raja Bhumibol. Pada tahun 2008, kerabat raja ini pernah tersenarai dalam daftar ke-16 sebagai The 20 Hottest Young Royals oleh Forbes.
Bermula dengan sukan badminton dan pernah menyumbangkan medal emas di acara badminton beregu wanita pada Sukan SEA 2005, kini beliau mewakili acara olahraga berkuda pula untuk sukan kali ini.
Bersama kuda yang diberi nama Prince Charming, Sirivannavari mewakili negaranya, Thailand pada Sukan SEA 2017 ini.
(b) Farah Ann Abdul Hadi
Farah Ann Abdul Hadi, 23, anak kelahiran Subang Jaya dan merupakan adik kepada perenang synchro negara, Katrina Ann.
Dua tahun lalu, nama Farah Ann viral selepas mempamerkan prestasi memukan dan meraih banyak pingat dalam Sukan SEA 2015.
Pernah terpalit kontroversi tentang bajunya yang terdedah sewaktu itu, atlet jelita itu kini tekad membuktikan kehandalan dirinya dalam acara gimnastik.
Selain memiliki rupa paras yang sangat cantik, seluruh rakyat Malaysia juga meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat Farah Ann mengharumkan nama Malaysia pada Sukan SEA 2017.
(c) Lindswell Kwok
Cantik dan lincah, inilah atlet wushu Indonesia yang berasal dari Medan, Sumatera. Nama Lindswell Kwok pernah menjadi sebutan apabila meraih dua pingat emas dalam acara sukan wushu di Sukan SEA 2015. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mudahnya seorang wanita nak kumpulkan pahala. Sebab itu Ustazah Asma’ Harun menegaskan, gudang pahala adalah di rumah sendiri.
Bertepatan dengan sambutan Hari Wanita Sedunia, sesuai sungguh jika kita berkongsi informasi yang bermanfaat lebih-lebih lagi untuk menjadikan wanita itu sebagai penghuni syurga Allah. Melalui perkongsian ceramah dari Ustazah Asma’ Harun, keistimewaan wanita sungguh hebat sekali. Tetapi ada syarat-syaratnya.
Dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W:
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Diringkaskan oleh Ustazah Asma’, terdapat empat syarat untuk seorang wanita masuk ke syurga Allah iaitu:
Menjaga solat
Menjaga puasa di bulan Ramadan
Menjaga maruah diri
Mentaati suami
Namun, syarat-syarat pertama hingga ketiga sangat mudah untuk dilaksanakan namun syarat keempat, memerlukan kesabaran paling tinggi.
“Diri kita istimewa apabila Allah jadikan kita wanita. Allah meletakkan kitab oleh memasuki mana-mana pintu syurga Allah dan Allah ikat kita dengan suami kerana dari suamilah pahala kesabaran kita. Kita akan diuji dengan suami sehingga kita mati.”ujarnya.
Dalam perkongsian hadis lain pula, Nabi bersabda:
“Apabila hambaku diuji, aku akan sertakan bersamanya malaikat dan sekiranya hambaku terima dengan redha dan sabar, dia akan mendapat redhaku iaitu syurga Allah. Tetapi jika hambaku terima dengan marah, dia juga akan mendapat kemarahanku.”
TIP MENGHADAPI UJIAN
Ucaplah Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un yang bermaksud dari Allah ia datang, kepada Allah ia dikembalikan.
“Kalau ditimpa ujian, lagi cepat seseorang menyerahkannya kepada Allah, lebih cepat pertolongan Allah itu akan datang kepada kita.”katanya lagi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Dato’ Dr Azlina Aziz menjadi bualan warga maya kebelakangan ini sejak kisah perkahwinan bekas suami, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak pada 17 November lepas bertebaran di media sosial. Disifatkan seorang yang bijak dan jelita dalam kelas tersendiri, ibu kepada dua cahaya mata ini nyata bukan calang-calang wanita.
Beliau merupakan anak perempuan kepada Tan Sri Abdul Aziz Taha iaitu bekas Gabenor Bank Negara Malaysia dari tahun 1980 hingga 1986.
Meskipun berasal dari keluarga ternama namun jelitawan ini low profile dan berdikari.
Dato’ Dr Azlina Aziz mendirikan rumah tangga dengan adik kepada bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak pada 10 Januari 1992 selepas bertemu di Bristol University.
Namun perkahwinan yang dibina lebih 30 tahun itu tidak berkekalan dan mereka dilaporkan berpisah pada tahun 2023.
Menelusuri latar belakang wanita berjiwa cekal tersebut, Dato’ Dr Azlina ketika masih bergelar isteri dan ibu menjadi kebanggaan kaum wanita kerana kemampuannya menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di University of Oxford.
Walau sibuk urus anak-anak dan keluarga, beliau bijak membahagikan masa untuk menuntut ilmu.
Berdasarkan perkongsian di media sosial miliknya, Dato’ Dr Azlina ada memuat naik gambar dirinya yang lengkap berjubah konvokesyen selepas tamat pengajian Oxford DPhil (English) sekitar November 2019.
Sepanjang 31 tahun berkahwin, Dato’ Dr Azlina Aziz dan Tan Sri Nazir Razak dikurniakan sepasang cahaya mata kembar iaitu Marissa dan Arman yang kini berusia 24 tahun. Menerusi perkongsian Tan Sri Nazir Razak sebelum ini, Arman ialah graduan di University College London (UCL). Sementara Marissa pula lulusan London School of Economics (LSE).
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...