Sesungguhnya COVID-19 adalah benar. Ia diakui sendiri oleh pelakon yang pandai bercakap dalam bahasa Siam, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Mawar Rashid.
Wanita berusia 26 tahun ini telah berkongsi bahawa keluarganya baharu sahaja sembuh daripada jangkitan pandemik yang membabitkan seluruh dunia ini. Menurut Mawar, pengalaman mengharungi jangkitan ini selama dua minggu cukup membuatkan dirinya trauma.
Mungkin ini yang membuatkan wanita ini telah memasang nazar. “Alhamdulillah Mawar dah lepas niat bernazar ke atas family
Mawar & mommy Mawar. Mawar bernazar sekiranya kami semua sembuh dari COVID-19 dengan izin Allah SWT, Mawar berniat untuk sedekah keperluan di hospital untuk pesakit-pesakit di hospital,” tulis Mawar di laman media sosialnya.Tambahnya lagi, “So Mawar mampu donate 15x Oxygen Tank, 5x Trolley Oxygen Tank & 5 Pressure Regulator untuk Hospital Selayang. 4 Divider and 5 oximeter
untuk Hospital Ampang.Tapi amount yang Mawar sumbang tak cukup untuk keperluan hospital. Hospital urgently perlukan 2 unit Lifting Trolley Bernilai RM35k each. Sebab tu Mawar terfikir untuk nak buat Live dan raise fund untuk hospital,” coret wanita yang pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja ini.
Nampaknya niat murni isteri kepada Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob ini mendapat sokongan rakan-rakannya. Melalui kerjasama rakan-rakannya Mawar berupaya mengumpul lebih RM75 ribu untuk disumbangkan kepada hospital.
Mawar Rashid turut menjelaskan secara terperinci perbelanjaan pembelian keperluan hospital di laman media sosialnya. Ramai yang mengucapkan terima kasih atas usaha pasangan suami isteri ini. Semoga usaha ini dipermudahkan dan sama-sama dapat membantu memutuskan rantaian COVID-19 ini dengan segera.
This website uses cookies.