Nona kini berada di dalam aplikasi   
Nona kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita Dah Lama Teringin Pergi Umrah, DATIN PADUKA EINA AZMAN Berangkat Ke Tanah...

Dah Lama Teringin Pergi Umrah, DATIN PADUKA EINA AZMAN Berangkat Ke Tanah Suci!

Datin Paduka Eina Azman

Seronoknya Datin Paduka Eina Azman apabila niat mengerjakan umrah diperkenan Allah. Tengok dari raut wajahnya pun jelas terpancar reaksi bahagia aktres cantik berusia 24 tahun ini. Lebih-lebih lagi pemergian beliau ke Tanah Suci turut ditemani suami tercinta, anak-anak, ibu tersayang, kakak dan pembantu rumah. Macam mana tidak teruja… seisi keluarga dijemput bertandang ke Tanah Suci Mekah dan mengerjakan ibadah bersama-sama. Allahu, sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik perancang!

IKLAN

Berkongsi foto terkini sebelum meninggalkan tanah air di laman Instagram miliknya, Datin Paduka Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman yang lengkap berjubah dan bertudung putih tampak cukup manis di samping Datuk Paduka Kaiser Gurmeet serta anak kembarnya, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Dah Lama Teringin Pergi Umrah, DATIN PADUKA EINA AZMAN Berangkat Ke Tanah Suci!Dah Lama Teringin Pergi Umrah, DATIN PADUKA EINA AZMAN Berangkat Ke Tanah Suci!Dah Lama Teringin Pergi Umrah, DATIN PADUKA EINA AZMAN Berangkat Ke Tanah Suci!“Assalamualaikum… alhamdulillah tahun ini ada rezeki lebih untuk pergi ke umrah bersama keluarga. Bersama suami, abu, mummy, kakak, anak-anak dan bibik mega untuk menunaikan ibadah umrah. Dah lama sangat nak pergi ke umrah. Alhamdulillah hari ini dapat pergi bawa mummy dan abu Eina. Doakan kami semua mendapat umrah yang mabrur.”

Disifatkan sebagai seorang selebriti yang sangat bertuah kerana dikurniakan rupa paras cantik, suami penyayang, anak-anak comel dan kemewahan hidup yang menjadi impian ramai… Datin Eina bagaimana pun tidak mampu menyembunyikan perasaan gembiranya menjadi tetamu Allah tahun ini. Iyalah, sejauh mana pun kejayaan yang dikecapi dan seluruh pelusuk dunia sudah dijelajahi… bumi Mekah tetap tempat yang paling dirindui seluruh umat Islam.

IKLAN

Dah Lama Teringin Pergi Umrah, DATIN PADUKA EINA AZMAN Berangkat Ke Tanah Suci!Dah Lama Teringin Pergi Umrah, DATIN PADUKA EINA AZMAN Berangkat Ke Tanah Suci!Dah Lama Teringin Pergi Umrah, DATIN PADUKA EINA AZMAN Berangkat Ke Tanah Suci!Dah Lama Teringin Pergi Umrah, DATIN PADUKA EINA AZMAN Berangkat Ke Tanah Suci!Datin Paduka Eina Azman sah bergelar isteri kepada usahawan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet pada 31 Ogos 2014 dalam sebuah majlis gilang-gemilang yang menyaksikan Datin Paduka Eina menerima hantaran berupa sebuah kereta Chevrolet Camaro, mas kahwin RM770 dan wang hantaran RM 77, 000.

IKLAN

Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef. Semoga rumah tangga dan kehidupan Datin Paduka Eina Azman kekal bahagia hingga ke syurga.

Kredit: Instagram Datin Paduka Eina Azman

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI