Seronoknya Datin Paduka Eina Azman apabila niat mengerjakan umrah diperkenan Allah. Tengok dari raut wajahnya pun jelas terpancar reaksi bahagia aktres cantik berusia 24 tahun ini. Lebih-lebih lagi pemergian beliau ke Tanah Suci turut ditemani suami tercinta, anak-anak, ibu tersayang, kakak dan pembantu rumah. Macam mana tidak teruja… seisi keluarga dijemput bertandang ke Tanah Suci Mekah dan mengerjakan ibadah bersama-sama. Allahu, sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik perancang!
Berkongsi foto terkini sebelum meninggalkan tanah air di laman Instagram miliknya, Datin Paduka Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman yang lengkap berjubah dan bertudung putih tampak cukup manis di samping Datuk Paduka Kaiser Gurmeet serta anak kembarnya, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Disifatkan sebagai seorang selebriti yang sangat bertuah kerana dikurniakan rupa paras cantik, suami penyayang, anak-anak comel dan kemewahan hidup yang menjadi impian ramai… Datin Eina bagaimana pun tidak mampu menyembunyikan perasaan gembiranya menjadi tetamu Allah tahun ini. Iyalah, sejauh mana pun kejayaan yang dikecapi dan seluruh pelusuk dunia sudah dijelajahi… bumi Mekah tetap tempat yang paling dirindui seluruh umat Islam.
Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef. Semoga rumah tangga dan kehidupan Datin Paduka Eina Azman kekal bahagia hingga ke syurga.
Kredit: Instagram Datin Paduka Eina Azman
This website uses cookies.