Sejak minggu lalu, sudah ramai bakal jemaah haji berlepas ke Tanah Suci Mekah untuk menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadat haji. Tetapi berlainan pula nasib selebriti Indonesia, Baim Wong apabila dia dilaporkan terpaksa membatalkan perancangan untuk menunaikan ibadah haji bersama isteri dan anak-anak.
Liputan6.com melaporkan Baim dikatakan sudah menaiki pesawat untuk ke Tanah Suci Makkah namun terpaksa turun daripada kapal terbang selepas timbul beberapa masalah yang tidak dapat dielekkan.
“Saya pada awalnya terfikir adakah saya kena prank tapi rupanya belum masa saya ke Makkah. Saya sudah naik kapal terbang,” katanya.
Menurut Baim lagi, isu dia terpaksa membatalkan perjalanan ke Tanah Suci bukan disebabkan masalah daripada pihak agensi haji dan umrah sebaliknya menanggap bukan rezeki untuk dirinya ke sana.
Walau bagaimanapun, Baim akan menjelaskan situasi sebenar yang menyebabkan pembatalan penerbangannya dalam satu sidang media yang akan diadakan dalam jangka masa terdekat. Sebelum ini, media melaporkan Baim dilaporkan berangkat ke Makkah pada 7 Jun malah sudah mengadakan majlis kesyukuran.
This website uses cookies.