Dah Pakai Skincare, Kenapa Kulit Tak Cerah-Cerah & Glowing? Jangan Tinggal 4 Rutin Asas Ini

Memiliki wajah berseri di samping kulit yang bersih, cerah dan glowing sememangnya menjadi idaman setiap wanita.

Maka, rajin-rajinlah menggunakan skincare yang bersesuaian agar impian itu menjadi kenyataan.

Kredit Foto: Instagram Song Hye Kyo

Namun, ada juga sesetengah yang merasa kecewa kerana tiada sebarang perubahan yang berlaku walaupun konsisten dengan rutin skincare setiap hari.

Nak tahu kenapa? Salah satu puncanya ialah gaya hidup yang tidak sihat.

Kredit Foto: Instagram Mai Davika

Jom amalkan 4 gaya hidup sihat ini bersama pemakaian skincare sebagai rutin asas: –

MAKANAN SIHAT
Nutrisi datang dari makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mengandungi segala zat yang diperlukan oleh kulit seperti vitamin, lemak sihat serta protein.

Kredit Foto: www.pexels.com

Dipetik daripada Healthline, diet yang tidak sihat boleh mengganggu metabolisma, meningkatkan berat badan, merosakkan organ penting seperti jantung dan hati termasuk kulit.

BERSENAM
Tahukah anda, senaman juga bagus untuk kesihatan kulit wajah?

Kredit Foto: www.pexels.com

Memetik laporan American Academy of Dermatology Association, selain meningkatkan peredaran darah senaman juga membantu membekalkan oksigen dan zat ke sel-sel kulit serta membersihkan kotoran. Kulit akan kelihatan berseri selepas bersenam.

TIDUR YANG TERATUR SETIAP HARI
Ketika kita tidur pada waktu malam, kulit juga akan berehat dan memperbaiki sel-sel kulit yang telah rosak secara optimum.

Kredit Foto: www.pexels.com

Kalau kurang tidur boleh menyebabkan kulit kering dan kusam. Kurang tidur juga membuatkan skincare yang dipakai tidak berkesan secara maksimum.

MINUM AIR PUTIH
Selain membantu mengekalkan kadar hidrasi, rutin minum air juga menjaga kelembapan dan menjadikan kulit lebih glowing. Jadi, jangan skip rutin yang satu ini.

Kredit Foto: www.pexels.com

Kredit Foto: www.pexels.com

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad