Sesetengah orang bertemu jodoh pada usia 16 tahun dan sesetengah yang lain berkahwin pada usia 40-an. Tapi ada juga sesetengah lagi yang langsung membujang sampai ke akhir hayat.
Gejala wanita terpelajar lewat berkahwin di Malaysia tetap menjadi topik hangat masyarakat meskipun zaman sudah berubah dan keadaan itu tidak menggentarkan kelompok terbabit.
Stigma digelar anak dara tua atau lebih kerap disebut sebagai andartu bermaksud anak dara lanjut usia, seolah-olah tidak menghantui diri mereka sama sekali.
Sepertinya …
Soraya, 30, berkata, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia jarang dapat bersosial seperti rakan-rakan lain.
“Memanglah kita nak berkahwin tapi tak ada calon sesuai lagi ditambah dengan waktu kerja tak menentu dan waktu cuti pun tak sama macam orang lain. Kalau waktu cuti pula saya lebih memilih untuk berehat di rumah sebab dah penat kerja,” katanya kepada Sinar Online.
Sarah, 31, juga akui kekangan masa menyebabkan dia masih belum bertemu calon yang sesuai.
“Lepas balik kerja memang terus balik rumah dan rehat. Tak ada keluar-keluar lagi dah. Tapi lewat kahwin ini beri saya peluang untuk luangkan masa lebih dengan keluarga.
Memang ada keluarga kenalkan tapi kurang sesuai dengan saya. Tak bolehlah nak tangkap muat sahaja kan? Sebab saya nak cari yang serius untuk berkahwin bukan nak bercinta, tarik tali,” katanya.
Manakala Madiha, 35, berkata, selain tanggungjawab kepada keluarga, pengalaman lampau membuatkan dia serik untuk membina hubungan baharu.
Amy pula memberitahu pada usia 34 tahun ini, dia sering didekati lelaki berstatus duda, lelaki yang lebih muda ataupun suami orang…
Pelbagai alasan, sebab dan keadaan yang membuatkan ramai wanita sekarang terus membujang dan belum berkahwin…
(a) Belum sampai jodoh
“Kalau ada jodoh, tak ke mana”. Sudah biasa dengar ayat inikan, lebih-lebih lagi dari golongan yang lebih tua. Semua orang mempunyai jodohnya sendiri, walau di mana pun mereka berada.
Kalau jodoh mereka kuat, “Asam di darat, ikan di dalam kuali pun boleh bertemu!” So, it’s safe to say that salah satu sebab kenapa wanita tak berkahwin ialah kerana mereka ‘belum bertemu jodoh’.
(b) Terlampau Selesa Membujang
Menjadi trend bagi sesetengah orang yang berasakan lebih selesa hidup seorang sehingga tidak melihat keperluan untuk berumahtangga. Perlu diingat, berkahwin merupakan satu ibadah dengan niat kerana Allah SWT.
(c) Lebih Berjaya Daripada Lelaki
Kebanyakan wanita cantik inginkan lelaki yang lebih berjaya daripada mereka dan tidak memandang lelaki yang bekerja biasa.
(d) Banyak Meminta Dari Memberi
Jika kita asyik meminta bantuan daripada orang, terkadang tanpa sedar pintu rezeki kita tertutup. Jodoh juga merupakan salah satu pintu rezeki.
(e) Serik Nak Bercinta
Apabila segelintir daripada mereka pernah menjadi mangsa lelaki buaya darat, mereka sudah serik bercinta dan sukar untuk mendapatkan kepercayaan mereka.
(f) Tidak Serius
Ada di antara mereka tidak serius dalam menjalinkan hubungan kerana ramai lelaki yang menaruh hati pada mereka. Mereka menganggap ada lelaki lebih baik untuk mereka.
(g) Kriteria yang sangat ketat
Meletakkan kriteria calon suami yang terlampau ketat seperti selebriti dan sebagainya. Mahu yang sempurna dari hujung rambut hingga hujung kaki memang tidak akan bertemu.
Ibu bapa yang anak perempuan mereka yang belum bertemu jodoh pasti sudah rasa gelisah. Ada yang berusaha keras untuk mencari jodoh buat-buat anak perempuan.
Dengan harapan akan berputik rasa cinta itu seperti yang mereka telah lalui, bercinta selepas berkahwin. Tetapi harus ketahui secara umum kriteria jodoh untuk anak perempuan, antaranya:
- Mampu menjadi pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab.
- Mencari nafkah yang jujur dan berhasil.
- Bersikap baik terhadap isteri.
- Dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberikan pendapat.
- Dapat menerima kelebihan dan kekurangan isteri.
- Dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu.
- Dapat menjaga kewibawaan isteri.
- Dapat membimbing isteri.
- Menghormati keluarga dan sanak saudara isteri.
- Boleh jadi bapa yang baik kepada anak-anak.
- Boleh menjadi pasangan yang baik, zahir dan batin.
Doa Minta Jodoh (Bagi Wanita Yang Berharap Jodoh)
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا أَخْطُبُهَ وَأَتَزَوَّجُ بِهِ وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدُنْيَا وَالْأَخِرَة
ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THOYYIBAN WAYAKUUNA SHOOHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH
Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat. KR