19 April lalu, genap setahun usia perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia (YTM) Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra di samping isteri tercinta, Yang Amat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson. Mengimbas kembali detik bersejarah tersebut, pasangan diraja ini telah melangsungkan majlis pernikahan pada Jumaat malam, 19 April 2019 dalam suasana ringkas tetapi meriah yang diadakan secara tertutup di Istana Balai Besar Kota Bahru, Kelantan.
Che Puan Sofie meskipun bukan berasal dari Malaysia dan menjalani perbezaan budaya sebelum bergelar suri hati kepada YTM Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, namun beliau dilihat bijak menyesuaikan diri. Malah biarpun baru setahun menjadi keluarga diraja, penampilan dan kemunculan Che Puan Sofie telah disedari ramai bukan hanya dalam kalangan rakyat Kelantan bahkan seluruh rakyat Malaysia.
Ads
Ini kerana penampilan yang digayakan Che Puan Sofie cukup sopan dan manis dipandang. Masih terbayang kelibat wanita kelahiran Sweden ini yang muncul di khalayak buat pertama kalinya ketika mengikuti Tengku Muhammad Fa-iz Petra mengunjungi rakyat Kelantan yang terlantar sakit dan kurang bernasib baik. Waktu itu, Che Puan Sofie baru empat hari bergelar isteri. Lebih manis, penampilan sopannya menggayakan persalinan tradisional baju kurung biru dan berselendang polos warna senada berjaya mencuri perhatian ramai.
Begitu juga ketika Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang menyaksikan Che Puan Sofie hadir bersama Tengku Muhammad Fa-iz Petra. Setia berada di sisi suami tercinta, beliau kelihatan cukup anggun dalam persalinan kebaya labuh songket dan selendang kuning. Pada sebelah malam pula ketika Majlis Santapan Diraja, Che Puan Sofie menggayakan baju kurung emerald green yang digandingkan dengan selendang rona senada.
Apa yang pasti, Che Puan Sofie bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik semata-mata. Sebaliknya, beliau juga seorang wanita yang tidak kekok bertemu masyarakat, aktif dengan aktiviti kemasyarakatan, ligat di dapur, gemar berbasikal dan pandai menjahit. Wah, memang beruntung Tengku Mahkota Kelantan!
Menerusi perkongsian Che Puan Sofie di laman media sosial miliknya, terserlah bakat menjahit beliau. Istimewanya, mesin jahit yang digunakan adalah pemberian Raja Perempuan Kelantan, YMM Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid.
Pada bulan Ramadan lalu pula, Che Puan Sofie menyantuni orang ramai semasa jualan amal ‘meat ball’ dan ‘cinnamon bun’ hasil air tangannya sendiri di bazar Ramadan di Kota Bharu. Difahamkan beliau menggunakan sebanyak 7 kilogram daging untuk jualan ‘meat ball’ berkenaan selain tidak melepaskan peluang menyediakan juadah berbuka buat suami tercinta.
Ads
Sekitar Februari lalu, Che Puan Sofie mengenakan persalinan kurung moden berwarna biru ketika membuat kunjungan ke Sabah dan melawat Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Di sana, beliau berkesempatan melawat kelas pengajian Al-Quran bagi golongan kanak-kanak istimewa. Selain itu, Che Puan Sofie turut melawat Muzium Sabah dan mempelajari budaya serta sosioekonomi masyarakat di Negeri Di Bawah Bayu. Awal Mac lepas, beliau membuat kunjungan ke tempat pembuatan songket dan wau di Kelantan.
Semoga Allah SWT memelihara rumah tangga YTM Tengku Mahkota Kelantan dan Che Puan Sofie.
Sumber: Instagram Che Puan Sofie Louise Johansson
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti Hollywood, Halle Berry, tentu saja dikenali dunia kerana pencapaian hebatnya dalam arena lakonan. Selain berlakon, beliau juga pernah bergelar model dan merangkul tempat kedua dalam pertandingan ratu cantik, Miss USA serta tempat keenam dalam Miss World 1986.
Pernah menggenggam trofi Aktres Terbaik di Academy Award, Halle Berry yang berusia 54 tahun itu juga selalu memegang watak high-profile antaranya sebagai Storm dalam filem X-Men, gadis Bond dalam filem Die Another Day dan heroin utama dalam filem Gothika.
https://www.instagram.com/p/CCo-1bPDsuh/
Menariknya, duta Revlon itu juga tersenarai sebagai individu No. 1 dalam ’50 Most Beautiful People in the World’ serta dalam ‘100 Sexiest Women in the World’. Bagaimana ibu kepada dua anak itu mampu mengekalkan tubuh badan berlekuk cantik?
Rahsia Halle Berry sebenarnya terletak pada amalan bersenam, atau setepatnya mengangkat berat. Dalam satu hantaran terbaru beliau di Instagram, Halle Berry dan trainer peribadinya, Peter Lee Thomas, berkongsi cara-cara mendapatkan lengan yang diidamkan di Instagram Stories.
https://www.instagram.com/p/CFkiKRLJVCu/
@peterleethomas and I will show you 3 quick exercises to wake up those biceps, triceps and shoulders using @respin’s very own #WristWeights. Check stories now for killer moves that you can tag on to just about any workout and give those arms a little wake up call!
(1) Shoulder Circles
Senaman untuk menguatkan bahu dan triceps. Caranya buat gerakan memutar kecil, ke depan dan belakang.
(2) Flys
Seterusnya adalah flys, atau mengepakkan tangan seperti sedang menarik tali kabel di mesin angkat berat.
(3) Touchdown Squat Jumps
Akhir sekali adalah touchdown squat jumps.Squat dan kemudian melompat tinggi.
Hanya tiga gerakan ini rupanya rahsia lengan pejal seperti Halle Berry. Senang sangat boleh diamalkan di rumah nanti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wow, belum pun cecah usia 20 tahun tapi model dari Perancis ini sudah dinobatkan Wajah Wanita Tercantik Di Dunia 2018! Satu kejayaan besar bagi remaja bernama Thylane Blondeau ini. Raut wajah unik Thylane terutamanya di bahagian bibir menyerlahkan aura seksi gadis ini dan sudah tentu ia salah satu tarikan yang membuatkan ramai terpegun.
Menampilkan 100 Most Beautiful Faces of 2018, keputusan TC Candler itu menyaksikan Thylane berada di kedudukan paling atas mengalahkan 99 calon wanita cantik di seluruh dunia. Antaranya nama-nama bintang terkenal antarabangsa termasuk Keira Knightly, Ariana Grande, Selena Gomez, Deepika Padukone, Natalie Portman dan Emma Watson.
Tahun lalu, model dari Filipina iaitu Liza Soberano dinobatkan sebagai The Most Beautiful Faces of 2017. Acara yang mula diadakan sejak tahun 1990 ini turut pernah menampilkan wajah aktres, pelakon dan penyanyi terkenal seperti Nicole Kidman, Lindsay Lohan, Keira Knightly, Emma Watson dan Natalie Portman sebagai pemenang hasil undian pengguna Internet.
Thylane Blondeau merupakan Duta Loreal Paris dan juga Pengasas Heaven May. Menerusi Instagram miliknya, gadis ini turut berkongsi rasa teruja dan tidak menyangka sama sekali akan terpilih sebagai The Most Beautiful Faces of 2018.
Dilahirkan pada 6 April, Thylane kini bertapak kukuh sebagai model popular bernaung di bawah agensi IMG Models yang menghiasi kempen label terkenal seperti Ralph Lauren, Fendi dan banyak lagi.
Kredit: Instagram Thylane Blondeau
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Filem Catatan Si Boy mencipta fenomena tersendiri baik di Indonesia mahupun Malaysia ketika ditayangkan pada tahun 1987. Meskipun sudah 36 tahun berlalu, filem tersebut masih menjadi sebutan sehinggakan ia dibuat edisi terbaharu berjudul Catatan Si Boy (2023) yang diarahkan oleh pengarah tersohor, Hanung Bramantyo. Filem Catatan Si Boy juga merupakan antara buah tangan yang melonjakkan nama Ayu Azhari di persada perfileman Indonesia.
Diam tak diam, Ayu Azhari kini telah menjengah usia 54 tahun. Selebriti yang dilahirkan pada 19 November 1968 ini sudah memiliki 6 orang anak dan melalui tiga perkahwinan. Meskipun sudah berusia 50-an, namun kejelitaan aktress ini masih dapat dilihat meskipun tidak mengenakan solekan yang tebal dalam kegiatan hariannya.
Kakak kepada Sarah Azhari ini juga terlibat dalam dunia politik dan aktif dalam dunia hiburan. Salah satu film terbarunya, NOKTAH MERAH PERKAWINAN merupakan adaptasi dari sinetron tahun 1996. Ketika itu, Ayu Azhari memegang watak sebagai Ambarwati. Namun kini, Ayu Azhari memainkan watak Kartika.
Isteri kepada Mike Tramp ini juga amat mengutamakan keluarganya dan sering menghabiskan masa bersama anak-anak tersayang. Malah salah seorang anaknya, Isabel banyak mewarisi kecantikan Ayu Azhari yang mempunyai darah kacukan Pakistan dan India.
Sekitar Ramadan lalu, Ayu Azhari pernah menghasilkan single berjudul Marhaban Yaa Ramadhan yang turut menampilkan suaminya, Mike Tramp sebagai music arranger serta tiga orang anaknya, Isabel Azhari, Lennon Azhari, dan Maryam Azhari berpadu suara dalam single tersebut.
Untuk rekod, Mike Tramp merupakan penyanyi berasal dari Denmark berkahwin dengan Ayu Azhari pada tahun 2004. Ayu Azhari dan Mike Tramp memiliki dua orang anak, Isabelle Tramp dan Lennon Tramp.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...