Aktres jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta memaklumkan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana disahkan positif Covid-19.
Menurut Che Ta, Aaisyah dijangkiti virus tersebut pada ulang tahun kelahirannya yang ke-8 tahun iaitu pada 1 November 2022.
Berkongsi di Instagramnya, Che Ta meluahkan perasaan sayunya apabia melihat keadaan Aaisyah yang terbaring lemah akibat wabak tersebut.
“Hari ini hari jadi puteri Aaisyah Dhia Rana tetapi kesian sayang Mummy kena Covid-19.”
Namun begitu, Che Ta telah berjanji kepada puteri kesayangannya itu untuk mengadakan sambutan hari jadi secara besar-besaran apabila Aaisyah sihat kelak.
“Dah sihat nanti kita sambut all out ye sayang. Kita buat dekat Lantera Venue tau.”
Para pengikut serta rakan-rakan artis mendoakan kesembuhan serta menitipkan ucapan hari jadi buat Aaisyah.
Semoga Aaisyah Dhia Rana cepat sembuh dan kembali ceria. Tak sabar nak tunggu momen sambutan birthday besar-besaran tu nanti.
Kredit Foto: Instagram Aaisyah Dhia Rana & Rozita Che Wan
Catat Jualan Lebih RM 1 Juta, MOMMYHANNA Hadiahkan Siti Jamumall Lamborghini Bernilai RM1.5 Juta
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah gambaran yang boleh dikatakan pada Siti Jamumall yang seakan-akan mendapat rezeki terpijak. “Sangat terkejut dan tangan terketar-ketar.” Demikian perasaan pempengaruh media sosial atau influencer yang juga usahawan, Siti Jamumall yang mendapat hadiah sebuah kereta mewah Lamborghini Hurucan dengan nilai RM1.5 juta sempena sambutan hari jadi yang ke-23, semalam.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka malah jauh sekali terfikir akan mendapat hadiah mewah ini. Sebak dan tak terkata dibuatnya. Terima kasih kepada Mommy Hana yang berjaya membuat kejutan ini pada sambutan hari jadi saya semalam. Ini akan menjadi kenangan dan sesuatu yang sangat berharga dalam diri,” katanya.
Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia masih tidak menjangka dan seperti bermimpi menerima hadiah mewah itu daripada Mommy Hana.
Menurut Siti Jamumall, hadiah itu juga bersempena pencapaian diraih apabila berjaya mencatat jualan produk Mommy Hana lebih RM1 juta yang dibuat secara langsung di TikTok, baru-baru ini.
“Sebelum ini saya ada berkolaborasi dengan Mommy Hana. Jadi, sewaktu sesi ‘live’ di TikTok, dalam tempoh enam jam saya berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta. Bagi saya, ia memang sesuatu yang luar biasa.
“Sekarang saya juga adalah top 1 untuk ‘ranking sale’ paling banyak dalam jangka masa yang singkat yang mana dalam tempoh satu jam ‘live’ terus hit,” katanya. Mommyhana yang lebih dikenali dengan produk interaktif My first book yang sudah terjual lebih satu juta unit dan juga makanan tambahan nombor satu kanak kanak ExcelHana.
Terbaharu, Mommyhana mengeluarkan produk pendidik berteknologi iaitu set kelengkapan sekolah yang boleh bercakap dan berbunyi dengan kualiti premium tetapi harga yang mampu milik.
Tiba-Tiba Boleh Meletup? Ini Dia Panduan Keselamatan Tong Gas Wanita Perlu Tahu!
AWAS! tong gas petroleum cecair (LPG) yang ada di setiap rumah kita boleh meletup. Seperti satu kejadian yang berlaku di Taman Sena Permai, Pokok Sena, Kedah, seorang wanita cedera apabila gas LPG meletup dalam rumahnya pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 8 pagi itu turut menyebabkan hampir keseluruhan struktur bangunan rumah teres dua tingkat itu mengalami kerosakan.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor, Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Hazam Hassan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.13 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, seorang mangsa wanita berusia 26 tahun yang mengalami kecederaan telah dibawa keluar oleh jiran sebelum pasukan bomba tiba. Mangsa telah dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk menerima rawatan,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu turut menyebabkan sebuah kereta serta sebuah motosikal yang di parkir di ruang hadapan rumah mengalami kerosakan.
Justeru, berikut panduan keselamatan lain di dapur yang disyorkan Petronas;
1. Pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi dari silinder.
2. Jangan simpan silinder gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.
3. Bau pelik atau busuk daripada silinder gas bermakna ada kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.
4. Guna air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika terdapat buih, bermakna ada kebocoran berlaku. Buka alat atur gas dan alihkan silinder ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.
5. Nyalakan api sebelum menghidupkan alat memasak.
6. Sentiasa pastikan pengudaraan yang baik dan jangan tinggalkan ketika sedang memasak.
7. Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.
Sementara itu, ini apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan :
1. Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan tegak dengan injapnya di atas. Jangan baringkan tong gas anda.
2. Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara.
3. Jangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.
4. Jauhkan kedudukan langsir daripada dapur memasak.
5. Jangan tinggalkan apa yang anda tengah masak tanpa pengawasan.
6. Jika anda ingin meninggalkan rumah untuk satu jangkamasa yang panjang, matikan kepala gas.
7. Pastikan kedudukan dapur memasak anda lebih tinggi dari tong gas.
8. Sebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah dalam injap tong gas.
Cara mengesan kebocoran gas;
1. Jika anda terhidu bau gas itu bermakna terdapat kebocoran gas.
2. Sesetengah serangga sukakan bau gas dan mereka akan mengerumuni kawasan yang terdapat kebocoran gas.
3. Dalam sesetengah keadaan, anda juga akan dapat mendengar bunyi berdesir menandakan terdapat kebocoran gas.
4. Cara terbaik mengesan kebocoran gas pada saluran gas atau sambungan alat atur gas ialah dengan menggunakan air sabun dan perhatikan jika ada buih sabun pada tempat tersebut.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Sinar Plus, Awani, Metro
Perkahwinan Diraja Anak Raja Jordan Abdullah II, PUTERI IMAN Curi Tumpuan, Akauntan Yunani Jadi Pilihan Hati
Sama cantik sama padan! Anak perempuan Raja Jordan Abdullah II, Puteri Iman melangsungkan perkahwinan dengan seorang akauntan berketurunan Yunani. Majlis perkahwinan pasangan terbabit diadakan di istana di barat ibu kota Amman, pada Ahad.
Media tempatan menyiarkan upacara pernikahan itu yang menyaksikan Puteri Iman disatukan dengan Jameel Alexander Thermiotis.
Pengantin perempuan kelihatan cukup anggun sekali persalinan gaun berlengan dengan renda hasil ciptaan Dior malah rambutnya pula dihias elegan dengan menampakkan tiara dan tudung labuhnya. Manakala Jameel pula kelihatan segak menyarung 3-pieces sut dengan tali leher hitam dan sapu tangan kelabu yang sepadan dengan jaketnya.
Selain ibu bapa dirajanya, dan Putera Mahkota Hussein, adik-beradik Iman yang lain, Puteri Salma dan Putera Hashem; dan neneknya, Puteri Muna, turut hadir pada acara yang dihadiri 150 orang itu.
Upacara pernikahan itu turut dilangsungkan di hadapan raja, permaisuri dan ahli keluarga diraja serta keluarga pengantin lelaki.
Dilahirkan pada 1996, Puteri Iman ialah puteri sulung kepada Raja Abdullah dan Permaisuri Rania. Puteri Iman berkelulusan dari Universiti Georgetown di Washington, Amerika Syarikat.
Sementara itu, Thermiotis dilahirkan pada 1994 di Venezuela dalam keluarga yang berasal dari Greece, dan bekerja sebagai akauntan di New York. Istana diraja Jordan mengumumkan pertunangan mereka pada Julai lalu, malah perkahwinan mereka turut disiarkan secara langsung di laman Facebook Royal Hashemite Court.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***