“Dah Tahu Baby Bakal Lahir Sumbing Tapi Saya Sedia Terima…,” Tutur Ibu Muda Ini

Saat menerima perkhabaran hamil anak kedua lebih-lebih lagi apabila hidup dengan hanya satu ovari mungkin tidak dapat digambarkan kegembiraannya. Hanya Allah SWT yang tahu betapa bersyukurnya ibu muda ini.

Melalui fasa mengandung seperti wanita lain adalah suatu nikmat yang terindah buat wanita yang pernah melaluinya. Setiap ibu mengharapkan agar bayi yang dikandung berada dalam keadaan sihat dan membesar mengikut yang sepatutnya.

Tetapi, pada usia kandungan 22 minggu, Wajihah mendapatkan perkhabaran yang anaknya adalah Baby Cleff Lip & Palate (CLP) atau sumbing.

Kongsi ibu muda ini, “NUR KHADEEJA SOFIA adalah anugerah terindah, secantik kejadian yang Allah SWT ciptakan. Tak terkejut pun sebenarnya sebab dah tahu since check up

22 weeks. Maksudnya, sedikit sebanyak saya sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan.

Pantang ada orang nak pergi Mekah kami mesti kirim doa. Buat solat hajat minta Allah SWT permudahkan semuanya. Semestinya mengharapkan Allah SWT akan beri yang terbaik untuk kami sekeluarga.

Pada masa sama kami buat sebanyak mungkin research dan dapat sokongan semangat sepenuhnya daripada Dr. Siti Maryam (Salam Specialist’s Doctor sebab every month memang check up dengan beliau).

Nak tanya apapun rasa seronok bila doktor supportive sangat. Dan alhamdulillah lepas dapatkan scan details di PPUM untuk lihat dia punya palate (hanya PPUM dan HKL ada kepakaran untuk baby sumbing), our baby Khadeeja just got minor cleft at her lip and palate.

Minggu ke-32 kandungan saya diuji. Keadaan baby dalam perut sangat padat sebab air ketuban yang melebihi paras normal. Sampai doktor bagi tarikh untuk tebuk perut keluarkan air ketuban mengelakkan baby lemas.

Minggu ke-36 kandungan hampir kena op sebab baby tak sampai 2kg pun. Hati terima dengan reda.

Terngiang ayat suami, “Sayang tahu, Allah SWT sudah beri yang terbaik pada kita. Ujian Allah SWT sikit sangat pada kita sedang ramai lagi yang mahukan anak tapi masih belum diberi rezeki anak,”.

Teringat lagi selepas tahu keadaan baby dalam rahim masa minggu ke-22, lima kali saya mimpikan Khadeeja. Mimpi terakhir 5 hari sebelum bersalin. Dia datang dalam rupa yang sama, bersih tak ada sumbing langsung, tak ada yang benda mengarut pun dalam mimpi tu, tak ada ‘benda’ buruk yang terlibat sebagai background.

Pada saya mimpi itu sangat indah. Sampai saya whatssap sorang ustaz mohon dia tafsir apa sebenarnya di sebalik mimpi tu.

Tapi saya tidak terlalu taksub dengan mimpi tu. Cuma dalam hati masih tetap meminta kepada Allah SWT agar ada keajaiban saat akhir. Dan betul, baby saya keluar dengan sangat sempurna. Allah SWT tetap bagi dia cleft, tapi sedikit sahaja.

Pada saya ini bukan ujian semata tapi salah satu bentuk nikmat yang Allah SWT nak gandakan kemudian hari, InsyaAllah.

Yang kami fikir, pahala jaga baby cleft ni sangat banyak sebab perlu struggle terutama time menyusu untuk elak baby membiru akibat tersedak susu. Sangat kena berhati-hati.

Bila berada di NICU 5 hari, baru rasa betapa bersyukurnya anak lahir sihat sempurna, cukup beratnya, malah boleh pula menyusu direct (ada baby cleft kena pakai sepenuhnya botol sampai operation), berbanding anak-anak yang ada di sana kena struggle too much baru boleh balik rumah.

Anak cleft, mereka ni cantik sangat dan sempurna. Jangan down, jangan menyalahkan takdir kerana sesungguhnya mereka anugerah terindah yang tak semua orang dapat,” tutur Wajihah.

Share
Published by
Hamizatul Maizan