Tak berkelip mata menonton video dihasilkan Auntie Purple, atau nama sebenarnya Noor Suhaili Mohamed Amin, 44 tahun. Kecintaannya terhadap warna ungu mendorong wanita ini menghasilkan pelbagai video ‘transition’ kreatif di platform TikTok, sekaligus mengumpul ramai pengikut mencecah hampir 1 juta.
Mula bergelar suri rumah sejak 10 tahun lepas, Auntie Purple yang merupakan suri rumah dan ibu kepada tiga cahaya mata itu mencuit perhatian ramai sejak pelaksanaan PKP 2.0 pada 2021.
Menurut Auntie Purple, beliau sebelum ini pernah bekerja sebelum menjadi suri rumah. Hobi menghasilkan video kreatif kini akhirnya menjadi kerjaya sampingannya di rumah.
Menggunakan pengaruhnya di media sosial, Auntie Purple kini banyak berkolaborasi dengan usahawan produk dan mengeluarkan koleksi pewangi sendiri dinamakan Transcention by Auntie Purple.
Habiskan masa dua minggu untuk hasilkan video, ikuti temu bual eksklusif Nona bersama Auntie Purple ini…
Minat terhadap warna ungu sebenarnya sudah berputik lama bahkan baju kahwinnya pun dari warna yang sama. Ungu bukan sekadar pada penampilan baju dan tudung, malah barangan rumah dan perkakas dapur mereka juga keseluruhannya berwarna ungu!
“Di rumah, hanya ruang peribadi anak-anak saja saya tak kacau. Suami dan anak-anak saya semuanya tahu dan sokong minat saya pada warna ni.
Suami saya okay saja dan dia sokong minat saya. Katanya asal sedap mata memandang . Kebanyakan koleksi baju pun, 80 peratus ungu siap ada ruangan khas.
Bagi saya, kalau tidak ada ungu tak cantik. Saya sanggup tak beli barang itu. Melainkan kalau memang tidak ada pilihan, saya terpaksa ambil warna selamat iaitu putih.” Auntie Purple
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/usia-40-bapa-anak-dua-kenali-ceo-tiktok-shou-zi-chew-asal-singapura-ini/
This website uses cookies.