Anggun Berselendang DAIYAN TRISHA Mohon Doa Kekal Istiqamah, Bakal Lancarkan Bisnes Tudung Sendiri

Tular di media sosial dengan imej memakai selendang ala turban selepas pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini, imej pelakon dan juga penyanyi Daiyan Trisha nyata mencuri tumpuan ramai walaupun dirinya menafikan sudah berhijab sepenuhnya.

Jelas Daiyan atau nama penuhnyaDaiyan Trisha Mohd. Nasaruddin memaklumkan imej ‘menutup sebahagian rambut’ yang digayakan bertujuan untuk menghormati bulan Ramadan selain baru pulang daripada mengerjakan umrah.

Ujar selebriti berusia 29 tahun itu lagi, dia akan menutup aurat sepenuhnya apabila tiba waktunya nanti.

Enggan menjanjikan apa-apa dalam masa terdekat kerana takut gagal jika berubah dalam keadaan tergesa-gesa, Daiyan Trisha akui setiap individu mengharungi ujian yang berbeza untuk ke arah kebaikan. Walau bagaimanapun, Daiyan menetapkan matlamat baru dalam dirinya untuk menjadi yang lebih baik.

“Saya mohon orang ramai doakan supaya saya terus istiqamah. Ia agak berbeza pada setiap individu. Perjalanan hidup saya nak jadi seorang muslimah yang sempurna pun jauh lagi,” jelas pelakon siri tv High Council itu.

Menyentuh hal perniagaan yang diusahakan oleh pelantun lagu ‘Penat’ itu, dia memaklumkan bahawa ini merupakan salah satu inisiatif untuk dirinya istiqamah. Malah Daiyan juga memaklumkan akan cuba untuk tidak mengambil peragaan jenama antarabangsa yang terlalu seksi.

Sumber: Ohbulan! & Harian Metro

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus