“Dalam Bisnes Kita Perlu Tahu Siapa ‘Musuh’. Mentor Usahawan Ini Kongsi Impak Polikrisis Berpanjangan

Tahukah anda, dunia kini sedang berhadapan ‘polikrisis’ yang memberi impak secara langsung dan tidak langsung kepada orang ramai terutama bangsa usahawan selepas pasca pandemik ketika ini.

Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, polikrisis (polycrisis) yang bermaksud krisis yang berlaku dalam satu masa menyebabkan impak yang lebih besar kepada semua pihak.

Katanya, ramai usahawan  sedang berhadapan cabaran dari segi jualan ekoran perubahan berlaku dari segi strategi, bisnes model dan banyak lagi disebabkan tak ubah ‘game

‘ bisnes dengan cepat.

“Ini bukan perkara baru, sebaliknya sudah dan sedang berlaku yang berpanjangan seperti dibincangkan dalam World Economic Forum di Davos, Switzerland pada Januari lalu.

“Kami terpanggil untuk menggerakkan inisiatif menyokong bangsa usahawan dengan persediaan dan bimbingan yang menjuruskan solusi saat ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Pengerusi RichWorks itu, pihaknya menerima banyak maklumat tentang cabaran dihadapi pelbagai industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga ada yang tutup bisnes selain jualan bisnes yang merudum.

“Saya tetap percaya dalam setiap cabaran ini sebenarnya mempunyai peluang yang sangat besar bagi mereka yang tahu dan bersedia.

“Perkara lebih penting di dalam bisnes adalah kita tahu siapa ‘musuh’ atau ancaman yang memberi kesan kepada usahawan agar dapat adaptasi, ubah dan bertindak mengikut nasihat yang betul agar saksikan perkembangan luar biasa seperti dialami ramai anak didik saya,” katanya.

Sehubungan itu, Dr. Azizan mempelawa usahawan yang berdepan cabaran di atas untuk bertemunya secara langsung di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam pada 2 & 3 September akan datang.

“Sesi ini ditaja sepenuhnya di mana saya sendiri akan jawab persoalan mereka secara terus agar dapat terus buat tindakan nanti. Terdapat 15 cabaran sebenarnya sedang berlaku dan saya akan kongsikan solusi kepada usahawan ketika ini. Permohonan menyertai sesi ini adalah dengan layari laman web www.binabisnesberjaya.com.

“10XBBB ini hanya bagi usahawan, sebab mereka sendiri lebih tahu apa kesusahan yang dihadapi menjalankan bisnes ketika ini untuk saya berikan solusi buat mereka, insya-Allah,” tambahnya mengakhiri perbualan.

 

Share
Published by
Rosmah Idayu