Menakutkan! Semakin hari keselamatan diri semakin terancam apabila gejala sosial dan aktiviti jenayah seperti rompak, ragut serta pukau kian menghampiri masyarakat. Seolah-olah tidak berasa takut melakukan aktiviti ini, si pelaku juga kini lebih berani melakukan jenayah di khalayak ramai.
Terbaru, seorang lelaki yang dikenali dengan nama Harry Lautner berkongsi detik cemas yang dialaminya ketika berada di KLIA2 tiga hari lalu. Menerusi entri tersebut, kejadian berlaku pada pukul 6.30 petang di hadapan restoran KFC yang terletak berhampiran pintu masuk ke Departure Hall.
Mengakui masih terkejut dengan insiden yang menimpa, lelaki ini bagaimana pun terpanggil untuk berkongsi pengalaman agar perkara sama tidak berulang kepada insan lain.
================================================================================
6.30 petang saya sedang berjalan menuju departure entrance betul-betul depan KFC. Tiba-tiba lengan saya sebelah kanan disentuh orang dengan agak kuat dan dia seorang lelaki agak berumur, details:
Selepas pegang lengan saya, saya terus pandang dia dan dia cakap, “Pak cik nak tunggu kawan, kami nak ke Sabah.” Dan serta-merta saya rasa pening, rasa macam blur dan saya rasa seperti berjalan dalam air, langkah semakin perlahan.
Saya dapat rasa this is very wrong, rasa macam kena bius nak buat operation perut dulu. Rasa sejuk macam tak dengar suara orang lain cuma dengar suara dia saja.
Dia terus cakap, “Mari kita berbual dekat tepi sana.” Saya dapat rasa yang saya ikut dia sampai betul-betul pintu nak masuk departure entrance.
Saya paksa diri saya fokus dan keep telling myself, this is wrong.Terus lupa Al-Fatihah, lupa ayatul Kursi. Saya cuma paksa diri stay focus, beristighfar dan tarik nafas dalam-dalam sebanyak mungkin. Saya pandang muka orang tua itu betul-betul tepat pada mata dia dan bercakap dalam hati, “Aku tahu apa yang kau buat dan Cuma mampu sebut Allahuakhbar.”
Saya dapat rasa macam terlerai dari sarang labah-labah. Saya terus lari ke tempat printing (ada kedai printing) dan saya masuk dekat situ. Terus menggigil dan rasa nak jatuh.
Staf di kedai printing itu suruh saya duduk dan bertenang. Saya cakap apa yang terjadi, dia cakap saya kena pukau dan minta check barang. Alhamdulillah, Allah Maha Besar melindungi saya daripada musibah.
Saya nak buat report tapi boarding jam 7.10 petang dan kesuntukan masa. Saya terus stopkan seorang polis wanita dan menceritakan kepada beliau.
PESANAN SAYA :
Sekiranya anda travel seorang di airport berhati-hati, saya rasa mereka ini akan attack orang yang single traveller. Saya tak henti-henti bersyukur kerana terlepas daripada musibah itu . Syukur kerana saya mampu fokus dan kuat.
================================================================================
Buat para wanita di luar sana, tidak kira di lapangan terbang atau di mana-mana sekalipun sentiasa memastikan keadaan sekeliling. Jika terdapat sebarang tanda mencurigakan, segera minta bantuan. Elakkan juga melalui tempat-tempat yang sunyi dan jauh daripada pandangan orang lain.
This website uses cookies.