Luar biasa betul penangan usahawan muda yang dikenali ramai sebagai Cik Epal ini. Mana tidaknya, dalam masa kurang setahun je dia dah mampu raih jualan lumayan mencecah tujuh angka! Fuh, dah boleh jadi pelapis usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida nampak gayanya.
Mula dikenali sebagai blogger, Cik Epal yang kini bergelar usahawan bagi produk Fair Fit menjadi inspirasi generasi muda hari ini kerana kemampuannya memberi suntikan semangat dan perangsang di dalam setiap posting di laman blog mahupun media sosial. Setiap hari ada saja kisah inspirasi yang dikongsikan ibu muda berusia 28 tahun ini.
Meskipun mendapat kecaman netizen baru-baru ini berikutan posting membeli-belah beg tangan mewah di Instagram, namun figura berjiwa besar ini tetap tenang menghadapi kritikan… salah satu ciri yang memang patut ada dalam diri seorang usahawan berjaya.
Terang Cik Epal, “Saya baru jual satu produk, dalam masa 10 bulan saya dah hit RM1 juta untuk Fair Fit. Memang zero cost marketing, hanya guna Instagram saya dengan suami je untuk menjual. Untuk tahun 2019 ni saya nak go bigger. Nak try masuk mass market. Saya memang ada impian nak satu level dengan Dato’ Vida / Dato’ Aliff Syukri atau level lebih lagi dari diorang. Kalau boleh ads Fair Fit semua saya nak lain dari yang dah ada dekat market Malaysia sekarang ni.”
Mengusahakan Fair Fit iaitu produk kesihatan yang berfungsi untuk menguruskan badan dan memutihkan kulit serta pelbagai manfaat lain, Cik Epal menjelaskan bisnes miliknya dan suami ini telah dilancarkan pada Februari 2018.
Ditanya strategi perniagaan untuk tahun ini, kongsi Cik Epal, “Lepas ni mungkin saya akan masuk ke arah kosmetik pula. Tapi nak fokus Fair Fit ni bagi big dulu sebab takut buat semua benda dalam satu masa ni jadi tak fokus. Ada juga plan nak masuk clothing line tapi kena tunggu Fair Fit betul-betul stable.”
Tambahnya lagi, “To be honest, saya memang tak takut langsung dengan pesaing. Sebab saya tahu kelebihan dan kelemahan saya. Kelemahan saya, saya akan suruh suami top up supaya saling melengkapi. Sebelum saya nak start bisnes Fair Fit, saya selalu tengok dan kaji sendiri founder-founder dalam Malaysia ni. Dari observation saja, saya banyak belajar apa kelemahan dan kelebihan diorang.
Founder famous dan low profile semua saya tengok. Yang brand lagi famous dari owner ke yang owner lagi famous dari brand ke semua saya observe. Sebenarnya dari observation je kita boleh belajar banyak benda. Sebab tu saya cakap macam previous post saya, anda tak perlu masuk kelas bisnes pun untuk permulaan nak start bisnes. Anda buat dulu, kaji, nanti anda akan faham sendiri selok-belok bisnes.”
Moga kejayaan yang dikecapi Cik Epal ini dapat membuka jalan dan mencetuskan semangat kepada semua untuk menggapai impian sepertinya.
Kredit sumber: Instagram Cik Epal & cikepal06.blogspot.com