Kejayaan demi kejayaan diraih oleh Erna Elliyana binti Rosli, penerima NONA Superwoman Award 2022 bagi kategori NONA Beauty & Health Brand Award ini. Mana tidaknya, melalui syarikat Alphacapital (M) Berhad, syarikat milik bumiputera ini menerokai pelbagai bidang termasuklah industri makanan dan minuman.
Testimoni berjaya restoran K-Town, memberi keyakinan buat syarikat bumiputera Alphacapital (M) Berhad untuk menerokai pasaran baharu industri makanan dan minuman, dengan melahirkan sebuah lagi jenama iaitu Daigor Hong Kong Muslim Restaurant (Daigor).
Ads
Memilih lokasi strategik iaitu di Jumpa @ Sungei Wang, Bukit Bintang, Daigor yang bermaksud satu-satunya, merupakan restoran halal Cina Muslim pertama menerbangkan keaslian citarasa masakan Hong Kong.
Pengasas Daigor, Andy Goh, berkata, keunikan masakan Cina Muslim Hong Kong berbanding lambakan restoran seumpamanya, terletak pada olahan menu yang serasi dengan selera lokal.
âAda banyak restoran Cina Muslim di negara ini tetapi mungkin rasanya sukar diterima masyarakat Malaysia yang sukakan pada masakan pedas dan berempah. Sebaliknya hidangan Cina Muslim Hong Kong ia kena dengan tekak masyarakat Malaysia.
âSelain itu kesukaran peminat masakan Cina untuk mendapatkan hidangan halal seperti itik dan ayam panggang membuka ruang dan peluang Daigor Hong Kong Muslim Restaurant meneroka pasaran halal,â katanya.
Tambah Andy, Diagor melalui proses penyelidikan dan pembangunan selama tujuh bulan bagi mendapatkan rasa yang paling hampir dengan hidangan asal, sebelum sedia disajikan kepada umum.
Malah ramuan dan cara penyediaan makanan mengikut standard halal yang ditetapkan.
âSaya merupakan seorang bekas pramugara. Pengalaman menjelajah pelbagai negara dan berpeluang merasai aneka jenis hidangan luar membuatkan saya terfikir untuk membawanya balik ke kampung halaman saya, Kuala Lumpur.
âMenyedari masakan Cina juga digemari oleh orang Melayu, kami sangat menititikberatkan ramuan halal dan dalam proses permohonan mendapatkan pengiktirafan sijil Halal.
âKami mempunyai central kitchen yang akan memastikan semua makanan yang disediakan memenuhi standard halal yang telah ditetapkan,â katanya.
Ads
Memilih itik panggang antara signature dish istimewa Daigor, jelas Andy, hidangan ini menjanjikan pengalaman gastronomi yang cukup menyelerakan.
âMenu signature kami ialah itik panggang. Memang ia banyak dijual namun sukar nak dapatkan yang halal. Menu Cheese Baked Rice dan pelbagai jenis daging, makanan laut, charcoal custard lava bun dan juga air kopi antara keistimewaan yang ditawarkan,â ujarnya lagi.
Ads
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AlphaCapital (M) Berhad, Syed Mahadzir Fadaak, berkata, mereka optimis bahawa industri makanan dan minuman mempunyai potensi yang cukup luas, pihaknya membuat pelaburan berani sebanyak RM1.5 juta kepada syarikat subsidari K-Town Alpha dan sebanyak RM700,000 diperuntukan untuk Daigor.
âRestoran pertama kami K-Town iaitu sebuah restoran makanan Korea mempunyai reputasi yang sangat baik dan sehingga kini telah mempunyai tiga cawangan.
âKami yakin Daigor juga bakal mendapat tempat dihati peminat yang sukakan masakan Cina. Insya-Allah selepas ini kami akan memperkenalkan hidangan lokal atau mamak, namun kami perlu mengkaji pasaran terlebih dahulu.
âSelain hadir dengan olahan resipi tempatan yang lebih baik, sekaligus dapat dikomersilkan ke tahap lebih tinggi,â katanya.
Pada majlis perasmian hari pertama Daigor Isnin lalu, pihak pengurusan restoran ini turut menaja makan malam sempena Meet & Greet bintang berbakat besar Indonesia, Andmesh Kamaleng bersama peminat.
Konsert pelantun lagu Hanya Rindu itu bakal berlangsung pada 4 Jun 2023 di Plenary Hall, KLCC, ditaja oleh Kamya Glow iaitu produk kesihatan dan kecantikan dibawah payung AlphaNeyaga Sdn. Bhd, yang juga sebuah syarikat subsidari Alphacapital M) Berhad.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak menembusi industri fesyen e-dagang pada 2010, FashionValet berusaha mengetengahkan pereka fesyen tempatan. Bukan sahaja mencipta sebuah platform untuk menaikkan dan mengangkat nama mereka, tetapi inisiatif tersebut adalah sebagai pencetus inspirasi buat seluruh peminat fesyen tanah air dan juga antarabangsa.
Bangga dengan pencapaian dan bakat-bakat pereka fesyen Malaysia masa kini, FashionValet berbesar hati melancarkan coffee table book pertamanya, âThe Rise of Malaysian Designers by FashionValetâ. Mempunyai 300 halaman muka surat yang menampilkan 20 pereka fesyen dan jenama terkemuka tempatan, barisan pereka fesyen terlibat adalah Afiq M, Aere, Alia Bastamam, Arared, Cala Qisya, dUCk, Fizi Woo, FZK by Fitri Zainal, INNAIRED, Khoon Hooi, Laguna Sydney, Locka, Love To Dress (kini dikenali sebagai Olloum), Mimpikita, Nurita Harith, Poplook, Rizman Ruzaini, Syaiful Baharim, THAVIA dan TudungPeople.
Menurut Pengasasnya, Vivy Yusof, usaha untuk menerbitkan ‘The Rise of Malaysian Designers’ merupakan hasil kerja seluruh warga FashionValet sepanjang tahun ini bertujuan sebagai pengantara pereka fesyen, jenama dan masyarakat yang tidak mengetahui kisah perjalanan, rahsia serta kejayaan setiap insan istimewa ini dalam menempa nama dalam industri fesyen negara. Dengan muka hadapan tebal dihiasi wajah 20 designer, buku ini turut mengandungi foto-foto eksklusif, kata-kata azimat dan kisah di sebalik pembabitan mereka.
Bagi penggemar fesyen tanah air, jangan lepaskan peluang untuk memiliki naskhah ini di www.fashionvalet.com atau di kedai fizikal FashionValet di Bangsar Village II dan Pavilion pada Oktober ini dengan harga RM129 senaskhah. SUZIANA ABU DAUD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika selama ini tugas pereka fesyen adalah menjahit busana anggun penuh glamor untuk dijual kepada pelanggan, namun segalanya berubah sejak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu. Aneka warna fabrik mewah, aksesori manik dan labuci yang kebiasaannya menjadi ‘mainan’ di atas meja jahit terpaksa ‘ditolak’ tepi demi memenuhi permintaan luar biasa kelengkapan perlindungan diri atau Personal Protective Equipment (PPE). Waktu itu, hanya satu material khusus berwarna biru yang memenuhi ruang kerja kebanyakan pereka fesyen tempatan!
Menceritakan kembali saat getir menyiapkan PPE untuk kakitangan perubatan yang terlibat menangani Covid-19, Melinda Looi selaku Presiden Malaysia Official Designers Association (MODA) yang juga pereka fesyen ternama negara berkongsi kisah. Kata Melinda, momen menyaksikan petugas perubatan bersengkang mata menjahit sendiri PPE mereka di hospital masih segar di ingatan wanita berusia 47 tahun ini sekaligus meruntun jiwanya.
Enggan duduk di rumah tanpa mempedulikan perjuangan frontliners yang menggadai nyawa demi menangani wabak berbahaya berkenaan, Melinda terus menghubungi pihak terlibat dan menyuarakan hasratnya untuk turut serta membantu petugas perubatan. Tanggal 26 Mac, Melinda nekad menghubungi Hospital Kuala Lumpur dan menyatakan kesediaan untuk membantu menghasilkan PPE.
“Jujurnya, saya sangat berterima kasih kepada volunteer dan rakan fashion designer yang telah bertungkus-lumus membantu menyiapkan PPE ini. Bila tengok di TV, jururawat dan doktor yang sendiri buat, potong dan jahit PPE di hospital… saya rasa sedih kerana menjahit adalah kepakaran dan kerja saya. Saya tak boleh cuma duduk diam dan di rumah. Saya kena tolong!
Jadi saya terus telefon HKL dan beritahu mereka, ‘Saya, Melinda Looi. Presiden MODA dan saya ada banyak kawan designer yang boleh tolong’. Selepas mendapat persetujuan, saya terus post usaha tersebut di social media untuk cari dana dan volunteer. Saya sangat terharu melihat sokongan seluruh rakyat Malaysia yang mahu sama-sama membantu dan sangat sayangkan negara. Tak sangka ramai yang menghubungi saya untuk membantu.
Tak boleh buat sebarangan dan kena ikut prosedur yang telah ditetapkan pihak hospital. Bila selesai buat sample, kami minta doktor datang ke kilang untuk periksa seterusnya dihantar ke lab bagi mendapatkan kelulusan. Kami kena pastikan ia menggunakan material yang betul. Begitu juga dari segi jahitan.”
https://www.instagram.com/p/B-sCkKfnBc2/
Ujar Melinda lagi, dua hari selepas menghubungi HKL iaitu pada 28 Mac dia sekali lagi memohon bantuan dan sumbangan daripada masyarakat untuk membeli material di media sosial.
“Orang pertama yang menghubungi saya waktu itu ialah Khoon Hooi. Kemudian, Alia Bastamam diikuti Datuk Rizalman dan ramai lagi rakan designer prihatin lain yang turut sudi membantu. Termasuklah FashionValet yang membantu untuk mencari kutipan dana yang diperlukan menerusi platform e-dagang mereka.”
Difahamkan ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Melinda baru sahaja menggantung koleksi hari raya miliknya di butik. Akui Melinda, dia sangat terkesan dan buntu menghadapi hari sepanjang PKP kerana ia adalah kali pertama negara menguatkuasakan lockdown kepada rakyat.
Biarpun jumlah kes jangkitan Covid-19 semakin mampu diatasi dengan baik hingga ke hari ini namun Melinda bersama para sukarelawan dan rakan pereka fesyen tetap meneruskan usaha menjahit PPE untuk kegunaan pihak hospital kelak.
Kata Melinda, sehingga sekarang pihaknya mempunyai 40 ribu set PPE dalam simpanan stok. Syabas dan tahniah buat pereka fesyen negara yang telah memerah keringat membantu para petugas barisan hadapan menangani wabak coronavirus ini. Semoga usaha murni mereka memberi inspirasi kepada semua untuk turut membuat kebaikan. #KITAJAGAKITA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenama yang sinonim dengan tagline âBaju Kurung Tak Perlu Gosokâ, Sabella menjadi satu-satunya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan syarikat Melayu yang berjaya merangkul tiga anugerah emas dan satu Grand Prix pada Malam Anugerah Media Specialist Association (MSA) baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman berkata, kejayaan yang diraih itu bukan hasil titik peluh bersama isterinya, Siti Fatimah Abdul Samad sahaja, tapi ia juga kerja keras daripada warga kerja dan pasukan.
âBuat julung kalinya kali mendapat anugerah terbesar pemasaran di Malaysia. Kami menang ketiga-tiga kategori yang dicalonkan iaitu Gold dan keseluruhan iaitu Grand Prix. Lebih membanggakan apabila kami tercalon bersama beberapa jenama antarabangsa dan tempatan terkenal lain.
âSejujurnya, apabila diumumkan pemenang dengan menewaskan jenama hebat lain, memang berasa kerdil. Namun, jauh di sudut hati ini adalah berkat usaha dan kerja keras pasukan kami dari dulu sampai sekarang dalam membangunkan jenama Sabella,â katanya.
Menurut Mohd Sufian, dia berharap anugerah yang diperoleh itu menjadi pemangkin untuk Sabella melangkah ke peringkat antarabangsa.
âAlhamdulillah, ini adalah penghargaan dan pencapaian terbesar yang pernah diraih Sabella sepanjang ia mula beroperasi. Semoga dengan anugerah ini kami akan terus maju jaya dan berkembang ke peringkat antarabangsa, insya-Allah. Terima kasih kepada semua yang menyokong kami selama ini,â katanya.
Empat anugerah yang dimenangi Sabella adalah Branded Content (Gold), E-Commerce (Gold), Media Performance (Gold) dan Grand Prix.
Untuk rekod, jenama Sabella bermula dari rumah menggunakan sebuah mesin jahit dengan niat ingin membantu menambah pendapatan seisi keluarga. Kini, jenama Sabella Holding Sdn Bhd (Sabella) mampu berdiri megah seiring dengan jenama terkenal lain di Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda âAbdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...