Kejayaan demi kejayaan diraih oleh Erna Elliyana binti Rosli, penerima NONA Superwoman Award 2022 bagi kategori NONA Beauty & Health Brand Award ini. Mana tidaknya, melalui syarikat Alphacapital (M) Berhad, syarikat milik bumiputera ini menerokai pelbagai bidang termasuklah industri makanan dan minuman.
Testimoni berjaya restoran K-Town, memberi keyakinan buat syarikat bumiputera Alphacapital (M) Berhad untuk menerokai pasaran baharu industri makanan dan minuman, dengan melahirkan sebuah lagi jenama iaitu Daigor Hong Kong Muslim Restaurant (Daigor).
Memilih lokasi strategik iaitu di Jumpa @ Sungei Wang, Bukit Bintang, Daigor yang bermaksud satu-satunya, merupakan restoran halal Cina Muslim pertama menerbangkan keaslian citarasa masakan Hong Kong.
Pengasas Daigor, Andy Goh, berkata, keunikan masakan Cina Muslim Hong Kong berbanding lambakan restoran seumpamanya, terletak pada olahan menu yang serasi dengan selera lokal.
“Ada banyak restoran Cina Muslim di negara ini tetapi mungkin rasanya sukar diterima masyarakat Malaysia yang sukakan pada masakan pedas dan berempah. Sebaliknya hidangan Cina Muslim Hong Kong ia kena dengan tekak masyarakat Malaysia.
“Selain itu kesukaran peminat masakan Cina untuk mendapatkan hidangan halal seperti itik dan ayam panggang membuka ruang dan peluang Daigor Hong Kong Muslim Restaurant meneroka pasaran halal,” katanya.
Tambah Andy, Diagor melalui proses penyelidikan dan pembangunan selama tujuh bulan bagi mendapatkan rasa yang paling hampir dengan hidangan asal, sebelum sedia disajikan kepada umum.
Malah ramuan dan cara penyediaan makanan mengikut standard halal yang ditetapkan.
“Saya merupakan seorang bekas pramugara. Pengalaman menjelajah pelbagai negara dan berpeluang merasai aneka jenis hidangan luar membuatkan saya terfikir untuk membawanya balik ke kampung halaman saya, Kuala Lumpur.
“Menyedari masakan Cina juga digemari oleh orang Melayu, kami sangat menititikberatkan ramuan halal dan dalam proses permohonan mendapatkan pengiktirafan sijil Halal.
“Kami mempunyai central kitchen yang akan memastikan semua makanan yang disediakan memenuhi standard halal yang telah ditetapkan,” katanya.
Memilih itik panggang antara signature dish istimewa Daigor, jelas Andy, hidangan ini menjanjikan pengalaman gastronomi yang cukup menyelerakan.
“Menu signature kami ialah itik panggang. Memang ia banyak dijual namun sukar nak dapatkan yang halal. Menu Cheese Baked Rice dan pelbagai jenis daging, makanan laut, charcoal custard lava bun dan juga air kopi antara keistimewaan yang ditawarkan,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AlphaCapital (M) Berhad, Syed Mahadzir Fadaak, berkata, mereka optimis bahawa industri makanan dan minuman mempunyai potensi yang cukup luas, pihaknya membuat pelaburan berani sebanyak RM1.5 juta kepada syarikat subsidari K-Town Alpha dan sebanyak RM700,000 diperuntukan untuk Daigor.
“Restoran pertama kami K-Town iaitu sebuah restoran makanan Korea mempunyai reputasi yang sangat baik dan sehingga kini telah mempunyai tiga cawangan.
“Kami yakin Daigor juga bakal mendapat tempat dihati peminat yang sukakan masakan Cina. Insya-Allah selepas ini kami akan memperkenalkan hidangan lokal atau mamak, namun kami perlu mengkaji pasaran terlebih dahulu.
“Selain hadir dengan olahan resipi tempatan yang lebih baik, sekaligus dapat dikomersilkan ke tahap lebih tinggi,” katanya.
Pada majlis perasmian hari pertama Daigor Isnin lalu, pihak pengurusan restoran ini turut menaja makan malam sempena Meet & Greet bintang berbakat besar Indonesia, Andmesh Kamaleng bersama peminat.
Konsert pelantun lagu Hanya Rindu itu bakal berlangsung pada 4 Jun 2023 di Plenary Hall, KLCC, ditaja oleh Kamya Glow iaitu produk kesihatan dan kecantikan dibawah payung AlphaNeyaga Sdn. Bhd, yang juga sebuah syarikat subsidari Alphacapital M) Berhad.
This website uses cookies.